"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, December 20, 2009

Zaman dah berubah.... Budak dah maju......

Cuti semester lepas (aku dah habis cuti dah la ni.... T-T) aku telah ter-ada hobi baru dalam mengisi masa senggangku.

Mendownload video2 kat YouTube.


Kebanyakan video yang aku download adalah video2 lama, mostly katun2 kegemaran waktu zaman kanak2 dulu. Thanks to Mozilla dan para pencipta add-ons kat Mozilla, sekejap je aku leh download video2 kat YouTube, walaupun broadband aku sangat crappy macam ayam sembelit.

Tapi masalahnya, aku takde mood pon nak tengok katun2 yang warna tak bright dan takde suara nyaring2 macam kat Cartoon Network tu, tak secomel kat Disney Channel, serta tak sengal macam kat Nickelodeon. Tapi aku tetap download gak. Seronok dan excited bila tengok video2 aku sangat laju didownload. Hahahahaaaa....!~ (Buang tebiat)

Dan setelah beberapa lama, barulah aku ada mood untuk menonton segala haramjadah yang aku download tu.


Dan aku perasan cerita2 tu semua kebanyakannya....





SANGAT BOSAN!






Mungkin sebab aku ni dah tua kot. Dah mula hilang jiwa remaja serta riang ria rebina aku. Memang tercabar ego aku bila sedar aku dah mula menjadi tua (walaupun muka aku nampak ke-makcik-an, tapi aku selalu perasan aku ni young at heart! Hehe...)

Jadi aku pun suruh la adik2 sedara aku tengok. Saja nak pastikan.

Dan review yang mereka beri adalah....


“BOSAN LA CITER2 NI....”

“TAK NAK TENGOK LAGI...”

“..........z...........” (tidur)



Dan ketika itu barulah aku sedar...


Orang zaman kita kecik2 dulu memang takde taste buat cerita!




(oh, exception kepada Dragon Ball dan Sailormoon. Haha....)


Wednesday, December 9, 2009

Saya Anak Malaysia. Anda Bagaimana?

Tersebutlah kisah pada hujung minggu yang lepas, datang seorang wanita yang tidak dikenali dengan wajah yang sangat dicurigai mengetuk pintu rumahku. Ibuku dulu pernah berkata "jangan bukak pintu utk org yang tak dikenali. Nanti kena culik". Biasa la, anak dia ni kan ala2 Miss World Greatest Loser ~ Siapa yang tak nak culik aku! Rasanya semua orang pun tak nak!

Jgn bengang kat aku dulu. Sila highlightkan ayat di atas tu.

Jadi aku pun mengintai dari pintu belakang. Memang nampak mencurigakan la, sekejap2 pandang atas, lepas tu buat muka bengang. Sekejap dia pegang leher, sekejap pegang kepala. Tak boleh duduk diam. Macam budak2 baru curik gula2 dua posen kat gerai sekolah.

Tapi kemudian baru aku perasan, rupanya dia tengah kepanasan... Laa... Kesian...

Dipendekkan cerita, bila aku buka pintu, wanita tersebut meminta aku untuk menjawab survey2 yang dibawanya. Survey berkenaan 1Malaysia. Punya la bersungguh dia bertanya itu ini pasal pendapat aku tentang masyarakat berbilang kaum dan pendapat aku berkenaan 1Malaysia. Aku jawab je la seperti budak baik yang sangat patriotik, walaupun hakikatnya aku menanam cita-cita untuk keluar dari negara ini dan lepak kat negara lain sebagai pendatang untuk lima enam tahun, saja nak lari dari cukai pendapatan kat sini. Hehe...

Selesai menjawab, aku telah dihulurkan sehelai tuala muka warna hijau. "Cenderahati sebab tolong jawab," katanya. Tapi kemudian, barulah aku perasan tag yang ada di tuala itu:


100% cotton
Made in China



Saiz tag tu besar woo...! Hurm... Yang buat survey ni tak tau ke perbezaan multi-racial ngan multi-national? Walaupun orang Cina di Malaysia tergolong dalam rakyat 1Malaysia, tapi tak tau pula aku negara China pon join dasar ni. Ceh! Sooooo Malaysian! Buat penat je promosikan barangan buatan Malaysia.

Tapi, apa boleh buat... Dalam pepatah Melayu pun ada kata, "Belajar tinggi-tinggi, biar sampai ke negeri China." Produk Malaysia tak best... Mahal pulak tu...

Friday, November 20, 2009

Orang Melayu dulu....

Dia tidak secantik yang lain. Walaupun tubuhnya putih gebu, tetapi agak bertompok. Tubuhnya juga cuma dibaluti daun dan surat khabar. Lebih teruk, kadangkala dia hanya dibaluti plastik berwarna jernih. Habis nampak seluruh tubuhnya. Namanya juga tidak indah. Bukan seperti Cik Seri Muka mahupun Puan Dumpling. Namanya simple dan lapuk.

Namanya Tempe.

Tapi macam manapun dia sangat femes. Sebab tubuhnya, walaupun tak menggiurkan, tapi sedap dijamah! Wow! Lagipun tempe baik untuk kesihatan batin, tidak kira lelaki mahupun wanita. By batin, sebenarnya aku maksudkan sistem penghadaman dan sistem pengangkutan darah (apa korang fikir haaaa????)

Ok. Mukadimah aku agak over. Sila jangan blush. Takkan la dengan tempe pon korang nak stim?


Tempe Goreng.
Kulit putihnya menjadi kekuningan selepas masuk tanning machine (kuali)


Bagi sesiapa yang tak tau tempe tu apa, sila google. Sebab aku tak nak cerita pasal tempe yang selalu dijual kat pasar tu. Aku nak cerita pasal TEMPE BIJI GETAH.

Eh, getah boleh makan ke?

I know. Pelik kan? Tapi mungkin ada yang pernah dengar pasal tempe ni dari parents atau tok nenek diorang. Aku pun dengar dari mak aku, yang kampungnya di Batu Pahat, Johor, dalam area yang banyak pokok getah.

Dulu, waktu zaman penjajahan Jepun dulu, makanan susah nak didapati. Setakat ubi kayu dan pujuk-pucuk kat semak, memang la menggugatkan nafsu makan penduduk pada waktu tu. Agaknya, dah bosan dengan ubi, tu yang terciptanya tempe biji getah.

Orang kata, tempe biji getah ni bukan semua perut boleh terima. Kalau tak reti makan, boleh mabuk la jawabnya. Tapi kalau betul cara buatnya, tak memabukkan jugak.

Biji getah juga boleh dijadikan hidangan minum petang. Biji getah disira gula (orang kampung panggil "sira getah"). Ada proses dia untuk masak sira getah ni, sebab biji getah memang memabukkan, tapi aku pun tak tau prosesnya.

Dan lagi, pencuci mulut yang mak aku suka. Bukan dari getah, tapi dari sawit. Bingka Sawit. Mesti ramai yang rasa pelik kan? Tapi sedap sebenarnya. Cuma aku lebih prefer bingka ubi dari bingka sawit.

Kreatif kan orang zaman Jepun cipta makanan? Nyum nyum....






Eh? Macam mana cerita tempe dah jadi cerita makanan orang zaman Jepun? Haha

Wednesday, November 11, 2009

Ni Cerita Seram Aku 2

Awas!
Kalau nak baca entry ni, sila baca entry aku sebelum ni "Ni Cerita Seram Aku"

Sekarang dah siang. Jadi aku dah berani cerita.

Ceritanya
Semalam waktu aku sibuk guna wifi di foodcourt kolej aku, aku terdengar satu bunyi - bunyi orang sapu sampah. Pukul 1.30 pagi. Bunyi dia macam orang sapu sampah bawah pokok rambutan yang berdaun sangat lebat - bunyi timbunan daun kering yang disapu.

Mulanya aku tak kisah sangat. Kat situ memang ada anak sungai yang busuk dan kotor mengalir, so mungkin bunyi tu. Kemudian bunyi dia semakin kuat. Aku fikir pulak, mungkin sebab tadi hujan lebat. Tapi semakin jelas bunyi tu, semakin aku perasan tu bukan bunyi air. Dah tu, beberapa ketika lepas aku start masukkan entry semalam, bunyi tu tiba-tiba hilang. Membuatkan aku sendiri hilang arah.




* * * * * * * * * * *

Ok. I may be over reacted. Big deal, I heard something. Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman orang lain yang lebih seram, contohnya pengalaman kawan aku Mama tu.

Cuma... Aku takde pengalaman seram2 ni semua. Aku tak pernah jumpa hantu atau makhluk halus. Mungkin sebab rabun aku tahap kritikal.



Hurm....


Hantu dan Aku
Kalau nak tau, aku ni jenis yang ignorance sikit. Tak pernah perasan hal sekeliling. Jadi aku terfikir, mungkin ke.......







Yang selama ni, memang ada hantu/makhluk halus yang memunculkan diri kat depan aku. Tapi memandangkan rabun aku teruk sangat, dan sifat aku yang tak kisah hal sekeliling, menyebabkan aku langsung tak perasan kewujudan benda2 seram tu.





Korang rasa mungkin ke?




Kalau betul la macam tu, aku rasa kesian kat hantu/makhluk tu. LOL. Macam riak je aku.

Tapi penjelasan ni lebih baik dari penjelasan mak aku: "Hantu tak muncul depan aku sebab aku lagi menakutkan dari hantu"

Haha....

Ni cerita seram aku.

Waktu aku baru start taip entry ni, jam menunjukkan pukul 1.33 pagi. Aku tengah duduk kat foodcourt kolej. Berseorangan.



Ya. Aku berseorangan. Orang terakhir tadi dah balik sejam yang lepas.




Dalam keheningan malam, hanya kedengaran bunyi kipas, angin bayu yang bertiup, titisan air baki hujan lebat tadi, dan.......







Aku tak berani cakap. Nanti bila aku sampai rumah, aku tambah kat bawah tu, apa yang aku dengar. Buat masa sekarang, meh cerita kosong sementara aku habis download.


* * * * * * * * * *

Aku ingat lagi waktu zaman sekolah dulu. Waktu tu aku masih menengah rendah, sekolah aku terletak di kawasan pergunungan. Walaupun nama gunung tu macam femes di kalangan tourists, tapi yang tourist selalu datang adalah kat puncak sana nun. Sekolah aku kat lereng gunung je, agak terpencil la jugak. Dan of course, kat kawasan2 camtu memang terdapat beberapa cerita yang bukan2 yang dibawa oleh mulut students mahupun cikgu2 di situ.



"Cerita bukan2" tu korang faham2 la apa.

But let's not discuss about them now. Meremang bulu roma aku kang.




Aku ada sorang kawan ni. Jom kita panggil dia Mama. Mama ni kiut orangnya. Kecil molek, manis rupa paras. Tapi Mama ni ada masalah sikit. Tak tau macam mana nak klasifikasikan masalah dia. Mama ni macam lemah semangat. Tapi yang paling tak sedapnya, Mama mengaku dia boleh nampak makhluk yang mata orang lain tak boleh nampak. Mata Mama ni rabun juga, kadang-kadang pakai cermin mata, tapi itu mata pertama dia. Nampaknya, mata kedua dia lebih sensitif.

Kalau nak tau, Mama ni selalu tiba2 buat muka takut, especially waktu maghrib, then terus diam membisu. Lepas beberapa ketika, dia akan confess "sebenarnya, aku ada nampak 'benda tu' kat situ". Dan Mama juga pernah mengaku 'benda tu' yang dia maksudkan ada kat banyak tempat di sekolah tu. Kat luar pun sama juga. Aku tak pernah tanya sangat sebab aku ni penakut. Tapi mungkin dia maksudkan yang 'benda tu' ada di mana2.

Memang tak dapat dinafikan, Allah ciptakan banyak jenis makhluk. Dan Allah juga ciptakan dunia berbeza bagi makhluk yang kita tak dapat nampak tu. Err.... let's not discuss about it, okay?

The bottom line here is.....

Dalam keseorangan ni, tiba2 aku teringat Mama dan segala kisah2nya. Dan tiba2 aku terfikir.......


Mungkin ke sekarang ni


Pada saat aku keseorangan ni

Sebenarnya aku ditemani?

Ya Allah......

Ok bye. Aku nak balik sekarang. Download aku dah siap. Bye.

Thursday, October 29, 2009

Dengarlah kata-kata orang yang banyak makan garam.... Untung2 air liur yang terpercik di muka akan terasa masin.

Mood: Ngantuk dan penat, sebab banyak guna sel otak.

Final exam... Study.... Hidup tidak lagi girang dan ceria...

Tukar mood: Separa riang ria

Baru-baru ni, aku telah berjaya membuat penemuan hebat! Tentang senaman ringan paling berkesan untuk lenguh2 yang disebabkan study terlalu lama. Korang yang tengah terfikir2 untuk study, mahupun yang lemah anggota batin kerana mengadap komputer lama2 layan fesbuk mahupun youtube, sila ikut gerakan ini!


* * * * * * * * mood: mari bersenam* * * * * * * * *

Sebelum apa2, Pastikan anda masih dalam keadaan duduk di kerusi. (Tak payah berdiri. Buat penat kaki je)

Regangkan badan. Goyang2 sikit kepala, pinggang, dan punggung...

Ok. Start!

First, toleh kepala ke kanan.
Toleh betul2, dan kira
1....2.....3.....4.....5....!

Pastu toleh kepala ke kiri.
Toleh elok2, kira
1....2....3....4....5.....!

Ok? Then tunduk pulak.
Tunduk kuat2! Kira
1....2....3....4....5.....!

Ok tak?

Sekarang dongakkan kepala pulak.
Dongaaaaaakkkkkk habis2! dan kira
1....2....3.....4... . . . . . . . . . . . . . . . .

Dan anda akan rasa saaaaaangat lega!~ YAY!!!~~~

Apakah rahsianya?

Erm... Senaman ini menyebabkan anda kemudiannya berada dalam posisi bersandar di kerusi. dan study anda akan tergendala, dan..... Errr.... Tidur kejap la ye! Hehe... Bubye, dan selamat mencuba!!!



mood: Burnout jap. Tu yang membebel yang bukan2 ni. Hehe

Friday, October 16, 2009

Imaginasi melampaui diri....

Air lai chee kang ni macam Malaysia kan? Ada Melayu (kacang), Cina (kurma merah), India (cincau) dan bangsa2 lain seperti omputih (nata de coco) dan sebagainya. Bila bergabung, jadilah negara yang unik (air yang sedap)!

Well, itu aku punya random thoughts waktu tengah minum lai chee kang sambil lepak kat port biasa bersama tiga strangers (yang aku baru kenal tak sampai setengah jam). Kebetulan je kitorang terduduk sama, since bangku2 lain dah dipenuhi kapel2 dan family, dan aku pulak conquer bangku sensorang. So diorang lepak la dengan aku...

But then random thoughts aku tu tetiba berubah jadi random argue plak.

Soalan diorang
-Jawapan aku

"Kenapa Melayu kacang?"
- Sebab kaler dia macam kita, ala2 sawo matang

"Kenapa Cina kurma merah? Ko nak kata orang Cina banyak kedut macam kurma ke?"
- Tak la! Aku pilih kurma merah sebab kurma tu lg familiar di kalangan Chinese la...Ada setengah orang panggil kurma tu Kurma Cina tau!

"Kenapa India cincau? Sebab warna kulit? Isk kau ni racist!"
- Weh aku tak berniat pon. It's just a random thought. Kalau ikutkan ramai je kawan Indian aku yang kulit lagi putih dari aku. Wuuuuu.... Ok fine, aku tukar. India = Longan!

"Habis kalau India longan, cincau apa?"
"Cincau tu Sudan ke Fiji? Atau Nepal?"
- Isk, korang ni racist!

"Mana aci, kau tak letak buah pala ngan kismis. Kesian diorang. Penindasan kaum ni. Racist!"
- Suka ati aku la. Aku tak suka buah pala. N. E. X. T!

"Yang berserabut macam sampah2 (kitorang tak tau nama) tu apa pulak?"
- (Kitorang semua setuju benda tu adalah politician. Sangat buruk, tapi brilliant (sedap) dan tanpa benda tu, tak lengkap la lai chee kang/Malaysia)

"Air melambangkan apa?"
- (Sorang kata 'banjir', sorang kata 'rasuah', sorang lagi kata 'hujan'. Aku, lepas fikir panjang, kata "tanah yang dilimpahi hujan a.k.a rezeki". Cewah! Mulia betul ayat aku!)

"Biji selasih pulak?
- (semua terdiam kejap)
- (Jawapan yang keluar dari mulut kitorang: semut, lalat, nasi sebagai makanan ruji, dan kutu (huh?)


Haha... Quite annoying but interesting, kan? Korang patut try to mingle around. Boleh luaskan network, paling tidak pun boleh buang masa cam aku. Hehe..

p/s: Benda ni berlaku last Friday. Sory la lambat tulis. Baru teringat bila aku lepak kat port yang sama sengsorang sambil makan lai chee kang ni(lagi!). Oh, btw, siapa tahu nama diorang? Sebab kitorang ber'kau-aku', langsung tak kenalkan diri. Hahahahaha.....


Oh, btw, sila proceed ke post seterusnya.
Aku tulis 3 posts sehari!
Wooootttttt!~

Ni bukan pertama kali aku terlanjur camni...

Sudah tertulis dalam suratan takdir - tiada yang sempurna selain Yang Maha Kuasa.... Terkadang kita terlupa. Lalai dan leka. Hanyut dengan hal dunia dan tidak peduli akan yang lainnya.......

Oh, mukadimah aku agak merepek!

Ok, terus kepada story!

Suatu petang yang agak busy (sebab ada test tapi aku masih belum abis study), sorang kawan telah memesej aku, bertanyakan sesuatu. Test aku dah nak start, so aku malas fikir banyak. Aku reply, then terus terbang untuk amik test.

Hyuuuuuu~~~ (bunyi aku terbang)

Habis test, baru aku perasan, aku tak tekan 'send'. Haha... Bodoh betul. Ntah apa yang aku taip, aku pon tak ingat. Tapi, aku fikir, baik tak payah cek. Apa yang aku telah taip merupakan isi hati aku tadi. Kalau aku edit, kira aku tak jujur la kan? Cewah! Ok, tekan 'send'!

Beberapa saat kemudian, mesej masuk:

"Ko mmg TERBAIK! Lps test bru nk btau. Dah la slh info."

Aku blur. Aku cek balik send item aku. Ooooo baru aku tau...

Tadi dia tanya: "Mel, test kol bape?

Dan aku reply: "8.30"

Tapi sebenarnya test pukul 8!Oh sorry2... Hehe.... Tak sengaja...

Tapi kan... nasib baik aku x tkn 'send' td kan? Kalo tak, takkan aku nak bertanggungjawab kalo dia lambat setengah jam? Hahahaha.... Dia patut bersyukur!


p/s: Peace la... Macam tak biase lak aku careless! lol.

Tuesday, October 6, 2009

Babak Memalukan 1 - Tamat

Baru tadi, aku dan Kumpulan Teater buat promotion untuk pementasan baru kitorang

Apa yang memalukan sangat tu?

Well, since ini adalah kerja last minute, so promotion kitorang tak sempat buat. Kitorang cuma sempat buat something ala-ala supposed to be flash mobs kat food court. Tapi... Memang memalukan kerana:
  • Nama pun mobs, memang la kena mencapub habis!
  • Rata2 surat khabar yang kitorang pegang (untuk promo tu) dah berusia lebih dua minggu. Ceh. Surat khabar lama!
  • Oleh kerana yang buat kecoh tu tak ramai, so macam... tak jadi.... Waaaa.... (nasib baik aku tak jerit sama. Aku edar kertas je. Hehe...)
  • Waktu edar risalah tu, muka aku penat gila + aku sandang beg besar gadang kesayangan aku tu. Gila la, macam orang yang selalu menyibuk kat kedai2 makan then merayu "Kak... Beli la kalendar ni. Belian amal, untuk anak yatim kak...."
  • Macam biasa, kadang2 ketidakmaluan aku menguasai diri. Dengan ceria berry2 nya, aku telah berlari di sepanjang koridor (ramai pulak tu orang) dan terserempak dengan crush lama aku kawan lama aku. Cis! Malu nye! Tak sempat nak kontrol ayuuuuuu!!! stop lari...
    Isk, lepas ni gila nak praktis pulak ni! Datang la ye! Details adalah sepert berikut:


    PEMENTASAN AMAL
    KDKB 113 & RUMAH TEATER

    APA ADA DALAM SURAT KHABAR
    Rabu, 7 Oktober 2009
    8.15 pm
    Auditorium Perpustakaan
    Harga Tiket: RM1, RM2, Ikut niat anda.
    Sumbangan akan ditujukan ke rumah kebajikan terpilih
    Tiket dijual di pintu masuk


    Aku, macam biasa, berlakon jadi diri aku, mulut becok. Ye, aku tau... Sangat cliche. Tapi, sila lupakan watak aku. Ada watak2 lain yang memang pedas + berapi + mengupas isu realiti di Malaysia + lucu + matang. Jika anda rasa anda seorang remaja yang intelektual dan cool, sila datang. Kalau tak datang, maknanya korang memang mengaku korang seorang yang tak cool lagi membosankan. Huahahaha....

    Monday, October 5, 2009

    Hantu Raya = orang yang kuat beraya. Tapi, mak aku pun kuat beraya jugak! Camne ni?

    Eh, aku tak ada post pasal raya kan?

    Well, I have to say, throughout the year, waktu2 yang paling aku benci adalah Hari Raya (with so many complications in my oh-so-big family, all I got every year were bags full of headaches!)

    Sorry ter-emo pulak. Hurm... Tukar mood jap.

    Change mood: CERIA! ^_____^

    Firstly, harap tak terlambat utk aku ucap....

    (sila bayangkan lagu raya sebagai background song)

    SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!~

    maaf zahir batin...

    * * * * *

    Weekend lepas, aku pergi rumah terbuka. Dan ini adalah gambar yang paling aku suka:


    Huh? Kenapa tu? Kena tangkap khalwat? Siapakah gerangan gadis yang berlagak cam Memek waktu kena tangkap basah dengan Norman Judge? Mesti cun kan pompuan tu? Sebab tu la dia tutup muka...

    Sila imagine gadis tersebut sebagai gadis yang ayu, sopan santun, dan mempunyai ciri2 ideal sebagai calon menantu mak anda. Hurm... Tapi sila kecewa dengan imaginasi anda sendiri, kerana gadis tersebut merupakan gadis dalam gambar di bawah sekali tu... Jauh panggang dari api!

    Well, alang2 meh sini aku nak promote : she's still single! haha... And she's a special little girl
    (sila translate ke BM : kanak-kanak istimewa. lol. she's as crazy as she looks)

    Oh, btw, she's the purple one:


    Ye, pompuan tu aku.... Ala, blog ni aku punya kan? So, suka hati la aku nak mencapub camne pon. Lalalala~

    * * *

    Oh ya. Gambar2 tu semua aku grab dari -mein melon-. Dia la yang edit, jadikan muka aku putih melepak! (nape la dia tak padam jerawat aku skali?) Punya la dia nak habaq yang pix tu dia punya, dia gi letak semua logo dia. Haish.... Baru je aku nak mengaku "all rights reserved on me". LOL.

    Friday, September 18, 2009

    Ditangkap tidak puasa. Pernah ke?

    Alang2 dah nak habis puasa, aku nak kongsi pengalaman puasa aku tahun ni.

    Antara kelebihan perempuan: Ada beberapa hari tertentu di dalam bulan puasa di mana perempuan tak payah puasa, sebabnya ______ (sila jawab sendiri. Aku agak segan untuk taip sebabnya)

    Standard la, kalau dah tak payah puasa, nak buat apa tahan diri daripada makan kan? Tapi makan kena sembunyi2 la. Malu la sikit kat orang yang puasa...

    Suatu hari, di hari yang tak payah aku puasa, aku telah ke bazaar Ramadhan. Macam biasa, makanan yang aku akan rembat dulu adalah ayam goreng crispy (sedap weh! korang mesti try, KFC versi Melayu!)

    Dan seperti kebiasaan aku pada hari2 tak puasa, bila dah masuk kereta, aku melantak la ayam tu. Sambil drive sambil makan. Dah la sahur pun tak bangun, jangan salahkan aku kerana lapar. Btw, aku tak perlu rasa malu kat kereta2 yang lalu kat sebelah, sebab aku memang naturally renek merimbun, tinggi tak seberapa. Kedudukan stereng aku lagi tinggi dari muka, so aku selamat la (waktu ni je la aku bersyukur aku dilahirkan dalam versi mini).

    Sampai rumah, aku terserempak dengan beberapa member uniteng. Aku dengan riang ria terus la menyapa mereka. Tak sangka, aku lupa pulak yang diorang ada habit XOXO (hugs and kisses - salam, peluk sikit, cium pipi kiri muah! pipi kanan muah!) Dan belum sempat aku menyesal, aku telah ditarik untuk membuat aksi XOXO Gossip Girl bersama-sama...

    Kemudian aku blah.

    Dan aku 80% pasti bahawasanya lepas aku blah tu, diorang mesti memperkatakan tentang mulut aku yang berbau ayam goreng crispy di tengah petang Asar.

    Oh, maruahku....... TT-TT

    Moral of the story: Kalau ponteng puasa, pastikan lap mulut dan kumur2 selepas makan...

    Bahasa Melayu susah ke?

    Isk, dah berapa lama aku peram cerita ni, asik tak sempat je nak tulis kat sini!

    Korang pernah dengar dua pepatah/kata2 hikmat ni?
    Bersakit2 dahulu,
    Bersenang2 kemudian.
    Sesal dahulu pendapatan,
    Sesal kemudian tidak berguna.
    Dua ayat berbeza, tapi maksud lebih kurang je.

    Kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memang kena tau banyak pepatah/kata2 hikmat macam ni. Kalau tak tau jugak, sila masuk darjah satu balik.

    Tapi, kadang2 banyak sangat menghafal boleh memesongkan ingatan orang juga, sampai tergabung dua ayat. Macamlah apa yang terkeluar dari mulut seorang perempuan ni pada suatu hari:
    Bersusah-susah dahulu pendapatan,
    Bersenang kemudian, tidak berguna
    Bersenang kemudian tak berguna? Haha... ajaran sesat la pulak!

    Tuesday, September 15, 2009

    When Nothing Matters Anymore (edisi luahan hati yang touching)

    Pernah tak korang rasa burnout habis, sampaikan korang terfikir:
    "Apa guna aku belajar/kerja semua ni? Tak de baiknya pon. Gi mampos!"



    Pernah tak korang rasa tak tahan dengan kehidupan/masalah korang (walaupun takdela teruk mana pun) sampaikan korang dah takde hati nak nangis/jerit/fikir lagi dan korang asyik fikir:
    "Erm... whatever. Nak mampos pon, lantak la..."




    Itulah yang aku sedang alami this couple of weeks.


    Bosannya hidup.
    Nak bunuh diri, tak cium bau syurga kang.


    Whatever.

    Saturday, September 12, 2009

    Sapa makan cili, dia yang terasa pedas ouch!

    Tersebut la kisah, aku ni ber'lidah kucing'. Lidah aku tak tahan sangat makan makanan panas. Jauh sekali makan pedas!

    Ye, aku memang mengada. Mak aku kata aku perasan omputih walaupun hakikatnya, aku 75% orang Jawa. Ala rilek la mommy... Nak jadi jawa tak semestinya kena reti makan pedas. Dapat hafal angka dalam bahasa jawa pon dah kira ok gak what? Siji... loro... telu... papat....

    Waktu kecik, aku selalu rasa yang teman sebaya aku yang reti makan pedas tu semua cool. Kat tadika, kalau ada budak tuang sos cili kat pinggan, memang jadi Hot Stuff Of The Day la!

    Suatu hari, kakak aku kata aku pon boleh makan sos merah yang nampak pedas tu jugak. Tak pedas, katanya. Aku tak percaya, tapi aku try jugak. Rupanya sos tu memang tak pedas! Serta merta, aku rasa macam badan aku dipenuhi aura hotness yang membara, dan sepanjang waktu tu aku makan ayam goreng dengan bercicah sos.

    Esoknya, tibalah waktu makan tengah hari di tadika. Dan aku dengan bangganya tuang sos di pinggan. Seperti jangkaan, semua mata memandangku dengan pandangan bersinar. Serta-merta aku dipandang sebagai Hot Stuff of the Day (cewah!). Tanpa membuang masa, aku suap mihun goreng yang telah diletak sos cili ke dalam mulut...

    Dan aku rasa SANGAT PEDAS!!!!

    Itu adalah kali pertama aku tahu yang sos ada dua jenis - Sos Cili dan Sos Tomato... Hahahaha....

    Oh ya, apa jadi kat aku lepas tu? Of course aku tetap teruskan suapan. Tak cun ar tetiba stop - aku kan Hot Stuff of The Day. So aku makan cepat2 dan blah. Tak ada sesiapa tahu bahawa lepas aku bangun dari tempat duduk, berjurai-jurai air mata aku mengalir, sambil bergelas-gelas air aku minum. Menyesal! I was soooo lame..... Sekarang dah cool. Haha... Tapi tetap tak reti makan pedas. Pedas tak termasuk dalam kriteria untuk jadi cool, ok!)

    Tuesday, September 8, 2009

    Funny answer on Muslim Veil / Hijab

    Ok, it's probably a little annoying to have another vid on my blog, since i know lots of my reader are staying inside Uni*en and the connection was ridiculously slow, but I really want you to read this!

    Why Muslim women wear veils?

    Even Muslims don't really know how to convincingly explain this, and non-Muslim usually very sceptical about veils. Just hear this out, and you know why veils are needed.



    That was the most relevant answer I had ever heard, by Sheikh Ahmad Dedaat.

    Thanks to blogger of Akal vs Hati for introducing the vid in your blog.

    Sunday, September 6, 2009

    The Famous Abang Matt ^^

    Korang kena tengok video ni! Mesti!

    Well, I know a lot of you probably have watched this vid months ago, but I'm pretty sure there are lots more who haven't (I just discovered this vid myself, too). Just look how many people surrounded him! It inspires me, and I know it will give the same effect to you too.


    Malaysia's not included in this vid, but you can see it in: "Where the Hell are Matt's Outtakes" taken place in Sarawak.

    This vid was done by Mathew "Matt" Harding. At first he did the vid for fun, to be watched by friends and family. But somehow his vid was passed around through emails and eventually became viral, with his server getting 20,000 or more hits a day after it was discovered!

    He used to be a game designer, but he resigned so he could do what he's doing. Just so you know, this vid you're watching has been viewed 23,386,506 times in Youtube! Giler ah!

    For more info, please google it yourself. Macam tak reti pulak.

    p/s: I wish I could do something like that. Then it will become viral, and I could be a Youtube star, and I can get a lot of sponsors and stuff, and I'll become famous and rich! Yay!~~~~ But somehow the mirror in my room doesn't approve. Ceh! Apa bleh buat? Tengok la bila aku cun/seksi nanti! Huahahahahaha

    Tuesday, September 1, 2009

    Malang tidak berbau, tapi kalau terpijak najis ayam kan berbau jugak?

    Aku eksiden hari ni!!!!!!

    Takde la parah. Tapi teruk jugak la. Saaaakit... Aku tak tau ape jadi dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Mungkin sebab lapar ke? Tapi hari2 sebelum ni takde pulak!

    Aku tak tau apa jadi. Sedar2 aku terasa macam aku digilis. Tapi boleh pulak aku blur jap. Lepas beberapa ketika, baru aku perasan, darah menitik-nitik. Waktu tu bila aku tengok bahagian yang cedera tu, dan aku tengok darah bertakung, tiba2 aku rasa saaaaakit sangat! Aku cuba nak mintak bantuan, tapi takde sesapa kat situ... Nak cari first aid, tak jumpa. At last aku amik tisu, lap darah tu. Tapi pedihnya!!!

    Dah lama post aku takde gambar kan? Tapi hari ni aku sertakan sekali gambar2 yang sempat aku tangkap dalam tangan aku menggigil2 menahan sakit.


    Tempat kejadian eksiden
    (atas meja, surat khabar sebagai alas pemotong)

    *kalau tak nampak, klik gambar tu*
    Jari aku yang luka berdarah kerana terhiris (kertas sebelah tu diari tempat aku mengadu dan merengek). Bulatan tu, sila tengok di bawah:


    Ni la kulit yang terpotong. Kalau korang perasan, tengah tu ada bentuk bulat, tu la daging ibu jari aku.

    Itulah jadinya kalau gelabah sangat waktu potong kertas guna pisau zigzag dan pembaris. Isk, korang mesti rasa aku mengada kan? Dulik apa aku? Sakit tau!

    Kalau korang nak tau, waktu aku amik gambar kulit yang terpotong tu (dalam bulatan), daging dia masih basah lagi (walaupun takde darah). Macam span basah yang terlekat kat sellotape! Badan kita memang banyak kandungan air kan?

    Kenapa la ek waktu subjek Sains sekolah dulu takde eksperimen utk kaji peratus air dalam badan manusia? Kalau la ada eksrperimen tu, mesti lab report dia camni:

    Hipotesis: Manusia terdiri daripada 70% air.

    Alatan dan radas:
    Tangan sendiri, pisau tajam, mikrowave (Ni kot nama dia. Ala.. yang nak hilangkan moisture dalam bahan tu), piring petri, penimbang

    Prosedur:
    1. Potong mana2 bahagian tangan anda sebanyak 50gram.
    2. Potong lagi 50gram lagi dan disimpan di dalam mikrowave, dan dibiarkan 24jam supaya kelembapannya hilang untuk mendapatkan jisim kering.
    3. Timbang jisim kering dan kira peratusan air yang hilang selepas pengeringan.

    Pengiraan:
    Kira sendiri

    Kesimpulan:
    Hipotesis diterima. Manusia memang berkelembapan tinggi.



    -GILA-

    Sunday, August 30, 2009

    Telur takde bulu, baru la orang suka!

    Jalan2 kat bazaar Ramadhan, aku rasa kesian bila tengok banyak gerai yang tak laku jualan diorang. Lagi kesian bila tengok gerai lain yang jual makanan yang sama boleh pulak ada ramai pelanggan setia yang sanggup beratur panjang giler dan tunggu lama giler.

    Untuk gerai-laku-giler yang tak putus ada pelanggan tu, tahniah atas kejayaan anda.

    Untuk gerai-yang-tak-laku, entah apa yang ada dalam fikiran diorang. Mungkin diorang sendiri tertanya2 kenapa makanan diorang tak laku. Padahal makanan kat gerai-laku-giler tu tak de la extra special super duper finger-licking good punya sedap. Tapi pelanggan lagi sanggup beratur dua tiga jam hanya untuk dapatkan sebungkus kat gerai-laku-giler tu. Tapi aku rasa la kan, diorang mesti syak yang gerai-laku-giler tu pasang pelaris, kan? Biasa la, hati manusia, siapa la yang tau. Aku buat spekulasi je.

    Tapi, aku bet tak de sesiapa pun antara ahli gerai-tak-laku tu yang perasan punca dan sebab utama kenapa gerai diorang tak laku. Aku perasan la, sebab aku ni pelanggan. Dan aku ni genius.

    Kalau korang genius, korang mesti perasan yang gerai-laku-giler tu semua letak telur ayam diorang dalam besen. Tak de nye nak biar telur tu kat tray telur. Diorang nak beri impression yang telur tu dibasuh dulu (dah basuh ke tak, wallahualam...). Gerai-tak-laku tu pulak biasa ignorant pasal ni. Seumur hidup dah biasa merasa penangan bontot ayam, so diorang tak kisah nak biar pelanggan tau yang diorang guna telur yang fresh keluar dari lubang yang sepatutnya. Siap ada bulu2 halus dari tongkeng ayam lagi! Haha... sapa yang pernah rasa tau la sedap ke tak...

    Sebenarnya, tak perlu sedap giler pon untuk lariskan produk. Asalkan tunjuk kat pelanggan yang korang hygenic, straightly orang akan rasa selamat nak beli kat tempat korang. Tak payah separuh gila nak fikir pasal taun , dan tak payah kang berabis duit beli ubat cirit-birit atau beli minyak yu yi cap limau untuk anak.

    Aku ni kan otak macam orang tua sikit. Aku tau la ape orang tua fikir. Orang tua banyak makan garam, (walaupun diorang tau garam tak bagus untuk kesihatan). So diorang tau la bahawasanya bontot ayam itu adalah kotor dan berisiko ada tahi di situ. Makan tongkeng ayam takpe, diorang basuh dulu sebelum goreng. Makan telur ayam tak berbasuh? Korang ingat ada ke ayam yang reti cebuk? Atau menjerit bagitau tuan dia yang dia nak bertelur, then tuan dia basuhkan bontot ayam tu sebelum bertelur? Atau adakah korang rasa apek jual telur ayam sangat baik hati untuk mencuci satu persatu telur ayam itu?

    Lu pikirlah sendiri wahai gerai-tak-laku!
    (walaupun aku tau tak mungkin ada pemilik gerai nak buang masa dok usha blog anak dara orang baca menatang alah ni)
    .

    Monday, August 24, 2009

    Puasa yang yok, pagi2 bukak periuk

    Waktu aku darjah satu dulu, sesiapa yang dapat puasa penuh dan bukan puasa separuh hari memang dapat tabik spring dek pelajar lain lah! Dah besar la konon...

    Aku ni boleh dikira antara yang dapat tabik hormat dari rakan2 sebaya aku, memandangkan aku setiap hari puasa penuh. (Hehe... bangga siot!) Lagi hormat bila tengok aku masih boleh main kejar2 dan mulut masih macam bertih kat dalam kelas. Penuh bertenaga!

    Suatu hari di hari puasa, aku dicekup oleh beberapa kawan kelas aku. Bukan sebab makan, tapi sebab berak. Belum sempat hilangnya aroma mewangi yang memenuhi ruang jamban, aku telah dituduh tidak puasa. Beriya sungguh diorang kata puasa aku dah batal, sebab aku berak di siang hari.

    Hujah diorang: Berak kan boleh batalkan air sembahyang. Kiranya berak pun boleh batalkan puasa la!

    Aku balas: Kalau kentut atau kencing?

    Diorang jawab: Kentut dengan kencing tak pe. Berak tak boleh. Sebab tu la berak dipanggil "buang air besar".

    Aku bangkang: Sama la tu kencing dengan berak. Kenapa berak je yang batal?

    Hujah diorang: Macam muntah la. Muntah batal puasa. Sendawa dengan batuk tak apa...

    Logik jugak kan hujah diorang? Aku hampir2 nak percaya apa yang diorang kata. Agak2 korang la kan, ada ke budak yang betul2 tahan berak semata-mata nak puasa penuh satu hari? Huih... Hebat la budak tu! Andai la kata dia mula terasa nak berak sejak pukul 9 pagi, larat ke dia tunggu 8 jam lagi?

    Sunday, August 9, 2009

    Walaupun korang tak hensem, tak cun. Ingat la... Kalau kentut jangan kuat., Biar la bunyi "puf!" je.....

    Kejadian berlaku hampir jam 10. Shopping Complex Alamondok dah nak tutup, so aku kena cepat sikit. Ni la jadinya kalau last minit nak beli barang. Dah la ramai orang. Nasib baik bdak Uniteng ramai dah balik rumah, so aku tak yah la nak risau sgt orang nmpk muka aku tanpa secalit mekap. Mata pulak bengkak habis sebab nangis tengok citer Code Geass (lagi sekali!). Wohooo... muka aku lagi seram dari citer Nang Nak.

    Memang mengah aku berlari dalam sekitar Alamondok. Dulik la orang lain syak aku ni peragut. Atau ingat aku tengah kena kejar ngan patung beruang besar dari A&W sebab tolak kepala dia (kalau nak try, sila tolak kuat sikit. haha.... memang menghiburkan la). Takpe2... kalau orang yang kenal aku nampak aku sasau camtu, dia mesti lupa punye. Kalau dia tak lupa, sure aku femes pasni. hahahahahahahahaha!!!!~)

    Tengah aku lari2 tu, aku pegi la lari nak naik escalator, yang bergerak dari atas ke bawah (tangga turun). Ark! Lagi sikit nak terrlanggar satu mamat ni! Nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, terpeluk, parah aku kang, awek dia dah la kat sebelah.

    Mamat tu memang terkejut. Mana taknye, tengah cover2 macho, ade plak awek ntah dari mana nak langgar dia. Serta merta, kedengaran satu bunyi


    PROTTTT!!!


    Tengok kepada font tu korang mesti dapat agak yang bunyi itu agak kuat, cukup kuat untuk aku, mamat tu, dan aweknya dengar. Aku blurr jap. Suara tu cam dari mamat tu. Tapi aku tengok dia tak ada apa2 barang yang boleh wat bunyi kentut kalau tergesel (cam getah or belon). Sah, mamat tu yang kentut!

    Spontan, blum sempat aku nak buat muka, mamat tu kerut kening. Mata pandang tepat ke arah aku. Geleng kepala, tangan dilayang2 ke mukanya sendiri.

    Aku blur.

    Lepas beberapa saat, baru aku perasan apa yang mamat tu buat. DIA KENTUT, DIA TUDUH AKU KENTUT???!!! DAH LA BUSUK!!!!!!!! <----aku terbau lepas beberapa saat dia lepaskan souvenir tu!



    Mamat, ko ingat ko leh lepas azab malu dari awek ko, tapi ingatlah... Aku berdoa ko akan terkentut kuat busuk depan bakal mak mentua nanti.......... amin!

    Monday, July 27, 2009

    Oi korang WAJIB baca kalau korang muslim

    Mungkin apa yang aku tulis ni dah ramai orang tau. Sori la aku agak ignorant. Aku baru tau. Itu pun sebab baca blog orang.

    Prego ada babi. Korang tau tak?

    Blogger yang tulis ni, liku-liku perjalanan, yang jumpa pasal ni.

    "Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... ... pork minced meat!"

    Cuba korang cek balang Prego. As for me, ugggghhhhhh..... dulu aku banyak makan babi rupenye! tak mau aku makan lagi haramjadah tu!!!

    Dengan membuta tulinya, aku pon macam lipas berlari - buat misi "mencari buku teks sekolah dulu-dulu", nak cari camne nak sucikan balik tekak dan perut aku. Tapi bodohnye aku. Internet kan ada.

    Aku blah dulu. Aku rasa nak muntah. Kena google camne nak guna air dan tanah kat tekak aku.

    Moral: Lain kali ape2 hal, usha la ingredients or authentication kehalalan apa yg korang makan ye!

    p/s: Aku tak paham nape orang kita make a big fuss over PIG flu. Yg Muslim2 tu, ada ke concern sama ada diorang makan babi ke tak? (oh tetiba aku agak terasa dengan apa yang aku sendiri tulis)

    "Yang pergi takkan kembali lagi......." -Rabbani-

    Kalau satu dunia ratapi kematian mengejut Micheal Jackson a.k.a Mikhael...

    Kalau satu Malaysia, or at least penggemar seni tanah air, tangisi kematian mendadak Yasmin Ahmad...

    Aku satu rumah pula sedang tangisi kematian salah satu ahli rumah aku. Merupakan anak angkat, sahabat baik kami sekeluarga. Punca kematian sangat ruthless, kalau terjadi kat depan mata korang, korang akan rasa "Sungguh tragis lagi menyayat hati!":

    DIPIJAK SAMPAI MATI!

    Aku tau... That was terrible. Paling tak disangka, orang yang bertanggungjawab atas kematian itu adalah orang yang paling menyayangi dia, iaitu mak aku....

    Tak sampai dua minggu dia hidup, dia mati macam tu je. Selepas disiasat, rupanya semua adalah kemalangan. Waktu tu dia makan kat tempat feveret dia. Tempat tu memang tinggi. Dia sorang je suka panjat situ. Kitorang dah kasi warning dah... Tempat tu bahaya... Dia degil jugak. Bila dia jatuh, semua orang tak perasan kewujudan dia. Tup tup waktu mak aku cari dia, terpijak la dia. Mati serta merta di tempat kejadian.

    Mak aku memang sangat sedih. Tapi yang mati kena diuruskan. Mak aku pun amik tisu, kutip dia dengan tisu dan buang ke plastik sampah. Mak aku tak rasa bersalah pun uruskan dia camtu!

    Tapi lepas apa yang berlaku, baru aku perasan dia ni takde nama dan IC. Dah mati ni pulak, takde surat kematian. so aku decide ni ala-ala surat kematian dia la:

    Nama: Stephanie (sempena penyebab kematian dia. Got it? Stephanie?)
    Umur waktu mati: Seminggu setengah
    Sebab mati: Kena pijak tuan dia lepas jatuh waktu makan
    Tempat tinggal: plastic container berisi air tempat mak aku letak pokok hiasan
    Makanan feveret: daun paling tinggi dapat dipanjat olehnya kat pokok tempat dia tinggal
    Spesis: Siput, yang hidup dalam air. Siput air kot (bentuk dia cam siput babi, tapi kecik je)





    Mesti korang pelik kenapa kitorang bela siput kan? Sebenarnya kebetulan pokok yang mak aku dapat dari kampung untuk letak kat akuarium tu ada siput. Pastu mak aku rasa siput tu sangat comel. So mak aku pun tak kisah la dorang kat situ...

    Monday, July 6, 2009

    Mama, I want to be a smart student! Give me some fish eyeballs!!!! <----tips from GTO

    Since my previous exam result wasn't so good, my mom insisted that I should stay home this whole semester. No hostel. (T-T) Say hi to curfews and rules!!~

    So, her first order for me was: KEMAS BILIK!!!!

    Her order comes with a theme for my room: The room should provide me with the "intellectual environment" so it could trigger my eagerness to study ((d-uh~))

    But I have one problem! My room is packed with lots and lots of books, and they are not the "intellectual" kind of books. They're COMICS! Comics and "intellectual" never go along together! Never since before the Age of Civilization of Mesopotamia. Never before the Ice Age!

    So which one should I choose? Keep my huge collection of comics and have to listen to my mom's neverending nags OR toss them away and let my mom wins?

    Of course I chose my comics! And know what? It turned out that my mom didn't say a thing about it. Truth is, she never really care 'bout my comics. Seriously! Hurm.... My mom's definition about "intellectual" is a little twisted, don't you think? But she said if it is my case, "comics" and "intellectual" can mix together. B'coz I'm so stubborn she bet I'll go on strike if even one of my collection goes missing. And my room will become so dark, full of the blackness of my gloom and misery....... Spoooky, eh?

    Hahaha..... She's so right about that. lol.

    Friday, June 26, 2009

    Aku memang berhati murni. Kenapa? Tak percaya?

    Aku tau apa yang aku nak mengomel ni dah tak up-to-date. Dan mesti dah ada orang yang pernah cakap menda ni. Tapi aku tak pedulik! Nak cakap jugak.

    Ingat tak lagu ni? (Mana2 orang Malaysia yang tak ingat, tak lama lagi dah nak 'game over' la tu.......)

    Ikan di laut, asam di darat
    Dalam periuk bikin muafakat

    Orang kata moralnya, "Walaupun berbeza kaum dan asal usul, walaupun berbeza cara hidup dan amalan, kita mesti hidup bersatu padu."

    Tapi aku tak setuju!

    Baru akhir2 ni baru la aku terfikir (aku memang ketinggalan zaman. Dah lepas setahun, baru terfikir). Kenapa dalam periuk baru nak muafakat? Kenapa sebelum mereka jatuh ke tangan Pak Man Jual Ikan dan Mak Kiah Jual Sayur, dan kemudian jatuh ke tangan mak-mak kita untuk dimasak, mereka tak muafakat pulak?

    Orang kata lagu orang tua ada moralnya. So apa moralnya?

    Mengikut pendapat aku yang suka berceloteh secara random ni, moralnya:
    Jangan la jadi macam ikan di laut dan asam di darat. Waktu masih hidup sihat otak cergas dulu, tak nak pula mereka berbaik, bahu-membahu. Bila dah kojol, dah disiang, baru la nak bertepek bersama, spending their last time together before jadi ikan masak asam atau ikan singgang atau ikan asam pedas atau.... apa2 je la!

    Setuju tak?

    So, di sini, saya yang berhati murni ini ingin menyeru kalian, walaupun kalian berbangsa apa sekalipun, genetik macam mana sekalipun, hidup di darat atau di laut atau di pulau sekalipun, sama-samalah kita amalkan prinsip perpaduan. Jangan bila mata dah tertutup dan nafas dah takde, baru nak bertepek sama-sama dengan orang lain kat bilik mayat, ok?

    1Malaysia! Yeah!

    Thursday, June 18, 2009

    Mari tonton! Mari tonton! Korang kena tengok gak! Aku tak dulik!!!!!

    Pernah dengar Wonder Girls???? Kalo tak pernah, sila2 la google yek! Youtube pon boley!!!~

    Wonder Girls terdiri drpd 5 minah korea yg cun, dan dikategorikan sbg anak2 ayam panas (geddit? hot chicks?). Dan rekod diorang bersih, and diorang under JYP (producer Rain). Kiranya gadis2 seksi yang masih di tahap innocent la (walaupun skirt sangat pendek).

    Oh, btw, komen yg aku buat bkn la berunsurkan lesbian ye! I just *heart* Wonder Girls!!!!! You go gurlz!~ (oh, tetibe aku jd gedik gaya feminin!)

    Ok. Enuf is enuf.

    Aku kalau dah suka mmg pantang bila nampak anti-fan yg mengutuk idol aku dan suka-suki nak bwat parody ntah hape demi menjatuhkan saham diorang. Tapi ada satu vid parody yg aku x leh resist dari menyukai....

    SANGAT LAWAK!!!! AKU MMG SUKA SAPE YG WAT VID NI!

    korang kene tgk gak parody ni. Tak kira la korang suka ke x Wonder Girls, korang kene tengok gak! Vid ni bagus ditonton utk mereka yg asik x endah pasal hygenic, di saat2 kemarau SWINE FLU aka SELESEMA BA-B-I. Tapi mereka2 yg bersih pon, sgt2 la dijemput utk menonton.

    Klik sini utk tonton:

    http://www.youtube.com/watch?v=K93dCa8GM34



    P/s: the 60's theme is not their concept. They just do that for the MV

    Tuesday, June 16, 2009

    Habis durian, kulit dibuang!

    Aku pernah makan nasi berulamkan buah2 seperti anggur, betik, epal, and even durian. Ada gak aku makan nasi berlaukkan asam keping HawFlakes, jeruk mempelam, dan asam jawa (yang ada gula tu). Dan aku pernAh letak kat nasi tu 1000 island la, kuah kacang (biase la tu).... DAN AKU SUKA!

    TAPI AKU TETAP TAK SUKA nasi makan ngan TEMPOYAK!

    Aku pernah try fries cicah sundae, burger ngan asikrim coklat, roti telur (roti celup telur, pastu goreng ngan planta) letak choki-choki, dan bun KFC cicah air Pepsi. DAN AKU SUKA!

    TAPI AKU TETAP TAK SUKA ikan goreng cicah TEMPOYAK!

    Fine, masak lemak memang ngam ngan cili api. Aku yang makan pedas ni pon suka (walaupun selalunya aku give up awal2). AKU SUKA!

    TAPI AKU TETAP TAK LEH TERIMA masak lemak TEMPOYAK!

    Sapa kata aku tak suka durian? Raja buah tu beb! Kulit dia je yang aku tak suka. Tak tau badi mana aku dapat, setiap kali pegang batang durian, mesti duri dia cucuk skali tangan aku. Dah tu, setiap kali gi gerai jual durian, mesti kaki aku kena penangan duri durian!

    Lagi, biji durian pon aku pernah makan (tapi biasa je rasa dia. Macam ubi rebus versi keras). Buah durian, cakaplah durian apa, durian kampung? durian bandar? (aku tak tau jenis2 durian ni. hehe....) Sure aku melantak licin!

    Produk berunsur durian: serawa (bubur durian), dorayaki Jusco inti durian, Big Apple Duren Duren, Kek durian kat Secret Recipe, apa2 je la produk durian! SEMUA AKU SUKA!

    TAPI AKU TETAP TAK SUKA TEMPOYAK!

    Bonda aku kata: Orang Melayu kena la makan tempoyak!
    Aku balas plak: Tak. Kita orang Jawa!

    Dulik! Aku memberontak!

    AKU TAK SUKA TEMPOYAK!

    Sunday, June 14, 2009

    Tips Camne Nak Kaya Tanpa Masuk Contest Power Root. (Cara halal punye)

    Baru tadi, aku terbaca kat blog member aku pasal tips camne nak dapatkan duit kalau sengkek, versi zaman kanak2 die. Haha... sangat la lawak. Tak sangka dia waktu kecik sangat pelik!

    Klik -sini- kalau nak baca post dia.

    Aku tak pernah la plak dengar tips tu waktu kecik dulu. Tapi aku ada tips sendiri.

    Dulu waktu kecik2 mak aku selalu pesan, "doa orang baik dimakbulkan". Ni kira nak galakkan aku jadi orang baik la ni. Lagi satu, aku juga selalu dengar dari ustazah2 yang mengajar aku agama, dan dari kawan aku, "dosa budak belum baligh ditanggung oleh ibu mereka". Jadi memandangkan waktu tu aku belum baligh (dan waktu tu aku pon tak paham baligh tu apa. Pasal 'bendera merah" dan "mimpi basah" apatah lagi!), aku pon conclude la yang aku ni sangat suci dan tergolong dalam golongan baik2 belaka.

    Jadi setiap kali lepas solat, dengan keyakinan tinggi bahawa doaku kompem akan termakbul, aku berdoa:

    "Ya Allah, kau berikanlah aku duit yang banyak tanpa aku perlu minta duit dari ibu"

    Amin.

    Termakbul ke?

    Oh well, pakcik makcik aku dulu agak pemurah. Diorang la sumber aku ngendeng sedikit rezeki diorang. Tak mintak duit dari ibu, kira doa aku tu termakbul la kan?

    Saturday, June 13, 2009

    Oh I'm EFFING You!~

    That's so EFFING gewd!~

    You're so EFFING gorgeous!~

    He's so EFFING cool!~

    I'm so EFFING tired of the word EFFING!~

    This word "EFFING" was not very common among us. Only few used it in their blogs. But it has been a pandemic ever since Blair said the word in Gossip Girl (She said "Oh my Effing Gawd", I think - I'm not saying 'God' there, coz I'm not 'fucking' my God. I'm respecting my God, and so should you!)

    Recall back, before Leighton Meester blurt out the word in Gossip Girl, did you even know the word "effing"? I bet most of you didn't! Oh well, exception to those who never really watch the show, since you just picked up this word from your friends, coz you think it's cool.

    It's kinda cute at first, to have people around you copying what's on TV, but when more and more people said it and it's been this way for months, it's not cute anymore. And it's faaaar from ccol. It's what I prefer to call DISTURBING!

    Cut that crap out! Let's just stick with the word 'fucking'...

    Or unless you didn't know that 'effing' is a British euphemism for 'fucking'... Sounds nicer, but still...

    I prefer to say 'fishing'. Looks stupid, but oh well~

    Kekeliruan Identiti

    Whooooaaaa!!!!~ I have a brand new phone!!!!~ Now my long lost phone can be not more than just a memory. (Sorry my K750i... We've been together for 4 years before you left. Let me be with my new love, and go on with my new life. But you'll always be in my heart, but in second place la!). Wohooo!!~~ I love my new phone!!!~

    OK... I'M DONE BRAGGING....

    -NOW BACK THE STORY-


    For those who knows me should know that I look older than my old age. That's the fact, and I'm cool with it (and sometimes overproud of it!)

    For those who knows my brother should know that he looks bigger than a normal guy his age should be. That's the fact, and most of the time he's proud of it!

    For both of us who know each other, one thing we didn't know about us - we shouldn't walk side by side when we're in 'happy' mode. Be'cuz otherwise, this is what happen:

    On the train:
    I talk, he talk, we laugh. As usual (like what I do when I chat with my best buddies), I cling to whatever close to me - the pole, the door. Before the train stopped, my adik said, "maybe you shouldn't cling and smile like that. You make us look like a couple." Isk, I bet we did! Yucks!

    In Imbi:
    There were a Celcom promotion, and since I'm a penyibuk, I listen to what the promoter was saying (hehe...). And finally the promoter said, "plan ni memang bagus la untuk couple macam you all!" Huh? WTH!!!

    In LowYat:
    We approached a promoter, and d-uh... I bet you can guess what he asked us... "Ok, you ni boyfren gelfren kan?"

    All these happened on the day we both go to Imbi to get ourselves new phones. All in one short journey!

    Hey....

    Wet de menet (wait a minute)...

    Is it wrong to be chummy with my own (not-so-little) little brother?

    And most importantly, my BFFs said that my adik has my resemblance (or vise versa). So what's with this BF GF confusion?

    Here's the pic of the two of us (the pirst pic taken by my new phone):

    Erm.... Maybe I shouldn't lean on him.... (-_-")

    Sunday, June 7, 2009

    Resepi baru, korang memang patut try!

    Korang pernah tak try makan fries cicah sundae? Sedap kan? Sape tak pernah tu try2 la. Sedaaaaap! Feveret aku sejak sekolah lagi!

    Isk, resepi ni dah lapuk dah...

    So aku nak cuba la variety sikit. Sundae + onion ring A&W.

    Try la weh!

    Amik satu onion ring, letak setengah teaspoon sundae kat hujung onion ring tu, lepas tu gigit.

    Waktu onion ring tu mencecah lidah aku, dapat kurasa sensasinya!

    Saaaaaaaaaaaaaangat lahhhhh~ tak sedap.

    Aku menyesal.

    Thursday, June 4, 2009

    Poket Serbaguna Doraemon!~

    Arakian tersebutlah kisah sebuah keluarga, tujuh orang kesemuanya, datang bertandang untuk mengisi perut mereka dengan bersuap-suap nasi. Macam biasalah, mereka meng-order, aku menghidang.

    Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja semua makanan terhidang di meja, aku berlalu pergi membiarkan mereka menjamu selera. Sekali-sekala, kuberlalu-lalang di sepanjang laluan untuk mengisi cawan2 kosong pelanggan yang tak habis2 mintak refill air free, selain memastikan keperluan mereka mencukupi.

    Lalu-lalang dua tiga kali, kulihat ibu kepada keluarga bertujuh itu mencedok keluar mi udonnya ke dalam mangkuk kecil. Dalam hatiku bertanya, "eh, ada ke aku kasi mangkuk kecik kat dia?" Dan pabila diperhatikan semula, didapati mangkuk itu hak miliknya jualah adanya.

    Lalu-lalang empat lima kali, kulihat... eh? ada sudu purple! oh, bawa sendiri untuk kegunaan anak kecilnya...

    Lalu-lalang enam tujuh kali, tiba-tiba kudengar bunyi potong-potong. Kudiamkan sahaja. Namun apabila diberitahu oleh kawanku, baru kuperasan - rupanya si ibu itu sedang memotong makanannya dengan menggunakan gunting. Panjang gunting tu! Lepas tu, letak gunting kat atas pinggan macam nak bunuh orang pula tu!

    Setelah diperhatikan betul2, baru la aku perasan, si ibu itu membawa sendiri sebuah mangkuk, dua sudu, dan satu gunting silver! Dan beg di sisinya masih lagi kembung. Agaknya berapa banyak barang yang dia angkut ke sana ke mari? Serbaguna sungguh ibu itu, seperti Doraemon!
    Oh, btw, ibu tersebut menggunting sejenis makanan yang nampak macam cucur udang kat pasar malam. Cara dia gunting? Haha... Sebijik macam pakcik jual cucur udang kat pasar malam! (Jahat nye aku gelakkan dia...)

    Tuesday, June 2, 2009

    Fikir dulu sebelum minum air sirap!

    Air merah yang selalu dihidang bersama ais
    Apabila diminum tatkala hari panas
    Confirm hilang dahaga.
    Ditambah dengan aroma ros
    Benar2 menyamankan...
    Itulah air sirap.
    Tapi, walaupun air sirap sedap
    Korang confirm ke air sirap tu halal?

    Bukan la nak kata apa
    Tapi zaman skarang ni bukan boleh percaya.

    Sebelum ni, aku memang confirm la
    Yang air sirap tu mmg terbukti kehalalannya
    Walaupun ada sesetengah pek sirap tu tak ditulis
    "ha lam alif lam"
    Tapi takpe
    Sebab dah jadi common sense la kan
    Yang sirap memang halal
    Apa je la ingredients dia pon kan.....

    Tapi lepas aku mendengar hujah kawan aku
    Tiba-tiba keyakinan aku goyah
    Otak tak keruan
    Hatiku menjerit,
    "Betul juga cakap dia ni!"

    Aku dan kawan aku ni
    Bukan terer sangat soal agama
    Tapi dalam bab ni
    Korang tanya la mana-mana ustaz
    Mana-mana mufti

    "Halal ke air sirap tu?"

    Nanti pasti korang dapat jawapannya:
    "Memang tak halal"

    "Kalau minum kat kedai pastu blah tak bayar"

    Sekarang ada faham? Hehe..

    Oh, btw, lawak kurang lawak ni dipersembahkan oleh Encik Bonekalife (sila klik link di sebelah). Hehe... saje je nak promote die. Ey, aku bkn promote die sebab kawan, ok! Aku memang suka blog die. Dan aku suka comic strip dia dan suka produk dia. OK la.. Orang dia pon aku suka gak. Aku memang kagum ngan orang yang tinggi cita2 cam dia ni. Dan sekarang ni dia tengah cari bakat baru, so sesiapa yang rasa lukisan dia chomel molecx tu, ataupun ade article psl bdk2 indie or apa2 produk ke... Sila2 la masuk page dia. Dan sesiapa di luar sana yang takde bakat pon, sila2 la masuk page dia: Bonekalife

    Monday, June 1, 2009

    The result of the survey is quite..... eh how to describe it ha?

    Don't judge a fruit by its appearance! This fruit may look hairy and weird (if you never see it before), but its sweetness and refreshing sensation can make your summer heat as cool as winter! OK, I know, that's exaggerating. Nevermind that.

    So, what's the name of this fruit?

    Betty in Ugly Betty:
    It's tico berry! The model Miss X eats tico berry all her life, that's why she's beautiful! Tico berry is rare...bla.. bla.... only in Brazil....bla..bla... and she is bla...bla............ (needs to be sensored - too long and boring, and too fictional - not good for your brain!)

    Mr Mat Salleh:
    Owh, I don't really know this fruit, but I heard Malaysians call it ram-bhoo-tarn! Delicious ram-bhoo-tarn!

    Melayu sini:
    Bongok! Rambutan pon tak tau ke? Macam tahi la ko ni!






    Oh, btw, kenapa aku tulis post ni? Saja je. Sebab aku tetiba mengidam rambutan lepas pekena laici kelmarin. Lepas tu teringat lak Ugly Betty episode yang tico berry tu (3 bulan lepas kot, kat 8tv). Isk, bila nak musim rambutan ni?

    Saturday, May 30, 2009

    "Hey you wanna know? Just now, I ....bla.... bla...

    As a girl, the good thing about having a guy as a close friend at work is that you can have fun talking to him without having to discuss sissy stuff like shopping, make ups, and cute accessories.

    But the bad thing: you will automatically give him too much of information about you - even the most private stuff about your affair with your toilet bowl!

    I don't know about you, but that's what happen to me and my female colleagues.


    Hey, come to think of it, it's embarrassing to be talkative!



    This post is also dedicated to:
    1. My close friend Mr. Smiley (I know you read this although you never give any comments)
    2. My perhaps-close friend Mr. Wasabi (I know you never read this. You only interested in Youtube and some-other-tube anyway)
    3. Those who knows me well to know how over-talkative I can be, and those who are a victim of my story-telling obsession

    Friday, May 29, 2009

    1001 Customers Collection

    Working as a waitress (as commonly known to public, although we call the post "Service Crew") isn't all that nice. But to serve 1001 people with 100001 attitude is priceless!

    RAGAM #1
    Err... Miss?
    The end of the month is the busiest week for the restaurant. It's the week for rich people, and rich wannabe, feels like spending so much in our place. And after 2 days of busy hours past, our udon (thick Japanese noodle) was finally out of stock.

    Cik B : Give me one Black Pepper Udon (cewah! speaking nampak!)
    Mel .. : Sorry miss, but we currently have no stock for udon (rehearsed phrase! hehe)
    Cik B : Oh, nevermind (Pause). Then, give me this (pointing at Sukiyaki Nabe Udon)
    Mel .. : Errr.... Sorry miss. But that one also have udon in it
    Cik B : Oh, tak perasan. Then give this without the udon lah!

    Just so you know, that product consists of udon, clear soup, a few slice of of beef, a couple of small tofus, and some onion spring, AND THAT'S ALL.

    RAGAM #2
    Wanting rice, but without the rice
    Customer : Give me one California Roll sushi. But without the rice, yea!

    RAGAM #3
    Friends in need is a friend indeed
    Puan A : Dik, makanan lambat lagi ke?
    Mel...... : (after checking in the kitchen) Sorry puan, dah nak siap.
    Puan A : Lamanya... taknak kawan! Hehe...
    Mel...... : (playing along) Ala... jangan la tak kawan. Lagi 1 atau 2 minit je...
    Puan A : OK. Kawan balik. (looking at my nametag) Nama Amalina kan? Kita kawan la.

    While counting plates to end her bills,
    Puan A : Ala Amalina. Tak payah la kira semua. Kita kan kawan...

    RAGAM #4
    Sir, you wanna fight meh?
    You know how pictures in the menu always exaggerate the niceness of the food. One example in our place is Hotate Kakiage, since it's hard to decorate the product like the Japanese do. And one day, this customer came and order it. And when the food arrived at his table (and I clearly mention the name of the product), he didn't look satisfied.

    Mr C : Eh, I didn't order this thing la!
    Mel ..: But you ordered this with me just now (showing the order at the bill chit)
    Mr C : No la! I'm pretty sure this is not the name! Give me the menu, I show you which one!

    The customer flipped the menu to the page only to find that it is clearly stated "Hotate Kakiage". I secretly laughed in victory! But he still looked unsatisfied.

    Mr C : Eh, how come the picture is so much nicer ah?
    Mel ..: Sorry sir, but some product may look different from the picture. But the taste is still great... (cuba nak ambil hati. Smile!)

    A short pause. The customer still not happy.

    Mel...: Err, sir. This matter is stated on the back page sir (pointing at the notes at the back page)
    Mr C : Ah, how come only say at the back? This is a fraud, woh!

    RAGAM #5
    Multi-racial Malaysians!
    A group of 4 men, consists of 2 Malays and 2 Chinese dine in together. Suddenly one of the Chinese men call me, and make a signal that he wanna whisper some requests. So I bow down a little as he spoke, "Adik ah, takde belacan ke?". And then one of the Malays said, "Makan sushi mana boleh ada belacan! Sorry dik, uncle ni memang gila belacan!"

    Now, who says only Malays eat belacan?

    I miss you, I love you, I can't stop thinking of you... Oh my beloved phone...

    I lost my phone!!

    No. To be exact, SOMEONE STOLE MY PHONE!!!!


    Kepada Encik/CIk/Puan/Tuan/Datin/Datuk Pencuri,
    (sila pangkah yang tak berkenaan)

    Adakah anda bongok atau bangang untuk menilai bahawa mencuri phone saya adalah sangat tak berbaloi? Mata anda rabun sebelah ke sampai tak perasan betapa buruknya phone tu? Dan kalau anda tak perasan la kan, handphone saya tu dah la skrin dan skin dah macam kertas pembalut tempe, suara cam bangang, toggle key dah macam tandas awam punya flush (bukan tandas kat Putrajaya yang serba cantik, ok!), button 'back' pon dah tak boleh tekan lagi, dan kalau mood dia baik, dia tak nak berfungsi, sekejap-sekejap anda kena ketuk manja dua tiga kali baru OK.

    Nak jual part2 kat dalam tu? Jangan harap. Papan litar kat dalam tu, saya pernah usha. Dah teruk dah, macam tempe. Paling tak anda boleh jual kamera dia, tapi berapa je anda dapat weh. Henpon tu dah la model antik zaman nenek moyang, pernah lemas dalam air 4 kali, litar pintas 2 kali, jatuh ke lantai at least sekali sehari sejak dua tahun lepas. Anda ingat laku ke? Anda nak guna sendiri pon perlukan kesabaran dan iman yang mantap tau!

    Atau anda berminat kat memory kad saya? Saya tau la dalam tu ada koleksi lagu Bullet for My Valentines dan Avenged Sevenfold yang sedap2, lagu dari anime pon banyak. Lagu Britney lagi, Wonder Girls lagi. Terbaru ada beberapa lagu indie yang sedap yang saya sendiri tak habis dengar. Ya, saya tau genre muzik saya pelbagai. Tapi kalau anda mintak lagu tu datang la kat saya dengan baik, "Kak, saya mongok lagi mangang ni tak reti download lagu. Leh tolong downloadkan?" Nescaya, walaupun saya akan blur jap dengan permintaan anda, saya tetap akan penuhkan, sebab saya ni baik hati. Atau awak nak gambar saya? Ala, pergi la friendster saya ke, facebook ke. Kat blog ni pon ada gambar saya. Copy la. Tak gentle la secret admirer curi fon!

    Kalau awak nak tau, henpon tu la talian hayat saya. Saya berbual dan mengumpat dengan kawan-kawan saya, saya mesej bila takde keje. Saya kacau orang bila bosan. Walaupun henpon saya tak macam PDA, tapi kat situ la saya tulis schedule, itulah alarm clock saya, kat situlah saya tulis diari pasal hantu-hantu kat sekeliling saya, saya tulis nota-nota penting pasal kerja saya, saya tulis reminder sebab otak saya ni pelupa.

    Lagi, saya tak mampu beli kamera sendiri, so henpon saya tu je yang membolehkan saya tangkap gambar mamat ensem, gambar barang2 utk wishlist saya. Bila saya nak baca free tapi kena halau dengan tokey kedai buku, saya akan amik gambar apa yang saya nak baca untuk dizoom kat rumah nanti. Nampak benda pelik tepi jalan, saya tangkap gambar buat kenangan. Tak pon nak elak sesat, saya amik gambar perjalanan saya. Bosan waktu break, saya tangkap gambar saya. Bosan drive kat jalan, saya amik gambar saya tengah drive. Bosan kat kelas, saya amik gambar muka blur saya. Senang cerita, saya suka amik gambar saya. Mesti pening punya bila tengok gambar saya banyak sangat! Kalau cun, boleh la gak usha banyak kali. Tapi saya extra cun. Tiada di pasaran. Sure anda tak tido malam sebab mimpi ngeri!

    Takpe la. Saya kan baik, so saya pasrah awak amik handphone saya yang buruk tu (tapi saya tak halalkan!). Tapi bagi balik memory card dan simkad saya. Banyak gambar kenangan yang saya tangkap yang tak sempat saya copy ke komputer... Video yang saya sayang (bukan blue OK!)... Dah la saya baru top up, contact number yang saya simpan buat koleksi semua pon hilang. Pulangkan. Pulangkan. Puuulangkan!~

    -Gambar terakhir Sony Ericsson K750i tahun 2005, dalam kenangan-