"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Monday, July 27, 2009

"Yang pergi takkan kembali lagi......." -Rabbani-

Kalau satu dunia ratapi kematian mengejut Micheal Jackson a.k.a Mikhael...

Kalau satu Malaysia, or at least penggemar seni tanah air, tangisi kematian mendadak Yasmin Ahmad...

Aku satu rumah pula sedang tangisi kematian salah satu ahli rumah aku. Merupakan anak angkat, sahabat baik kami sekeluarga. Punca kematian sangat ruthless, kalau terjadi kat depan mata korang, korang akan rasa "Sungguh tragis lagi menyayat hati!":

DIPIJAK SAMPAI MATI!

Aku tau... That was terrible. Paling tak disangka, orang yang bertanggungjawab atas kematian itu adalah orang yang paling menyayangi dia, iaitu mak aku....

Tak sampai dua minggu dia hidup, dia mati macam tu je. Selepas disiasat, rupanya semua adalah kemalangan. Waktu tu dia makan kat tempat feveret dia. Tempat tu memang tinggi. Dia sorang je suka panjat situ. Kitorang dah kasi warning dah... Tempat tu bahaya... Dia degil jugak. Bila dia jatuh, semua orang tak perasan kewujudan dia. Tup tup waktu mak aku cari dia, terpijak la dia. Mati serta merta di tempat kejadian.

Mak aku memang sangat sedih. Tapi yang mati kena diuruskan. Mak aku pun amik tisu, kutip dia dengan tisu dan buang ke plastik sampah. Mak aku tak rasa bersalah pun uruskan dia camtu!

Tapi lepas apa yang berlaku, baru aku perasan dia ni takde nama dan IC. Dah mati ni pulak, takde surat kematian. so aku decide ni ala-ala surat kematian dia la:

Nama: Stephanie (sempena penyebab kematian dia. Got it? Stephanie?)
Umur waktu mati: Seminggu setengah
Sebab mati: Kena pijak tuan dia lepas jatuh waktu makan
Tempat tinggal: plastic container berisi air tempat mak aku letak pokok hiasan
Makanan feveret: daun paling tinggi dapat dipanjat olehnya kat pokok tempat dia tinggal
Spesis: Siput, yang hidup dalam air. Siput air kot (bentuk dia cam siput babi, tapi kecik je)





Mesti korang pelik kenapa kitorang bela siput kan? Sebenarnya kebetulan pokok yang mak aku dapat dari kampung untuk letak kat akuarium tu ada siput. Pastu mak aku rasa siput tu sangat comel. So mak aku pun tak kisah la dorang kat situ...

3 bebelan orang:

Anonymous said...

hehe knape tak goreng je

cik.no.one said...

korang.sgt.pelik.
=p

Melati said...

yob, ko nak goreng die? ko tu tak saiz siput air berusia sminggu stgh camne? mcm saiz lalat remaja je tau!

oh btw cik.no.one? adakah itu satu pujian? mekacih.... haha

Post a Comment