"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, October 16, 2009

Imaginasi melampaui diri....

Air lai chee kang ni macam Malaysia kan? Ada Melayu (kacang), Cina (kurma merah), India (cincau) dan bangsa2 lain seperti omputih (nata de coco) dan sebagainya. Bila bergabung, jadilah negara yang unik (air yang sedap)!

Well, itu aku punya random thoughts waktu tengah minum lai chee kang sambil lepak kat port biasa bersama tiga strangers (yang aku baru kenal tak sampai setengah jam). Kebetulan je kitorang terduduk sama, since bangku2 lain dah dipenuhi kapel2 dan family, dan aku pulak conquer bangku sensorang. So diorang lepak la dengan aku...

But then random thoughts aku tu tetiba berubah jadi random argue plak.

Soalan diorang
-Jawapan aku

"Kenapa Melayu kacang?"
- Sebab kaler dia macam kita, ala2 sawo matang

"Kenapa Cina kurma merah? Ko nak kata orang Cina banyak kedut macam kurma ke?"
- Tak la! Aku pilih kurma merah sebab kurma tu lg familiar di kalangan Chinese la...Ada setengah orang panggil kurma tu Kurma Cina tau!

"Kenapa India cincau? Sebab warna kulit? Isk kau ni racist!"
- Weh aku tak berniat pon. It's just a random thought. Kalau ikutkan ramai je kawan Indian aku yang kulit lagi putih dari aku. Wuuuuu.... Ok fine, aku tukar. India = Longan!

"Habis kalau India longan, cincau apa?"
"Cincau tu Sudan ke Fiji? Atau Nepal?"
- Isk, korang ni racist!

"Mana aci, kau tak letak buah pala ngan kismis. Kesian diorang. Penindasan kaum ni. Racist!"
- Suka ati aku la. Aku tak suka buah pala. N. E. X. T!

"Yang berserabut macam sampah2 (kitorang tak tau nama) tu apa pulak?"
- (Kitorang semua setuju benda tu adalah politician. Sangat buruk, tapi brilliant (sedap) dan tanpa benda tu, tak lengkap la lai chee kang/Malaysia)

"Air melambangkan apa?"
- (Sorang kata 'banjir', sorang kata 'rasuah', sorang lagi kata 'hujan'. Aku, lepas fikir panjang, kata "tanah yang dilimpahi hujan a.k.a rezeki". Cewah! Mulia betul ayat aku!)

"Biji selasih pulak?
- (semua terdiam kejap)
- (Jawapan yang keluar dari mulut kitorang: semut, lalat, nasi sebagai makanan ruji, dan kutu (huh?)


Haha... Quite annoying but interesting, kan? Korang patut try to mingle around. Boleh luaskan network, paling tidak pun boleh buang masa cam aku. Hehe..

p/s: Benda ni berlaku last Friday. Sory la lambat tulis. Baru teringat bila aku lepak kat port yang sama sengsorang sambil makan lai chee kang ni(lagi!). Oh, btw, siapa tahu nama diorang? Sebab kitorang ber'kau-aku', langsung tak kenalkan diri. Hahahahaha.....


Oh, btw, sila proceed ke post seterusnya.
Aku tulis 3 posts sehari!
Wooootttttt!~

2 bebelan orang:

Crazee Lazzy said...

perghhh ko makan lai chee kang katne we? sedap x? nnt aku follow blk blog ko eh.. broadband lembab so xleh klik kat follower ko.. thanks sudi singgah blog aku..

Melati said...

ehehe.... thnx sbb follow. lai chee kang bli kat pasar mlm ptrjya r. kat stall yg ada jual air "maurici". sedap wooo....

Post a Comment