Dia tidak secantik yang lain. Walaupun tubuhnya putih gebu, tetapi agak bertompok. Tubuhnya juga cuma dibaluti daun dan surat khabar. Lebih teruk, kadangkala dia hanya dibaluti plastik berwarna jernih. Habis nampak seluruh tubuhnya. Namanya juga tidak indah. Bukan seperti Cik Seri Muka mahupun Puan Dumpling. Namanya simple dan lapuk.
Namanya Tempe.
Tapi macam manapun dia sangat femes. Sebab tubuhnya, walaupun tak menggiurkan, tapi sedap dijamah! Wow! Lagipun tempe baik untuk kesihatan batin, tidak kira lelaki mahupun wanita. By batin, sebenarnya aku maksudkan sistem penghadaman dan sistem pengangkutan darah (apa korang fikir haaaa????)
Ok. Mukadimah aku agak over. Sila jangan blush. Takkan la dengan tempe pon korang nak stim?
Bagi sesiapa yang tak tau tempe tu apa, sila google. Sebab aku tak nak cerita pasal tempe yang selalu dijual kat pasar tu. Aku nak cerita pasal TEMPE BIJI GETAH.
Eh, getah boleh makan ke?
I know. Pelik kan? Tapi mungkin ada yang pernah dengar pasal tempe ni dari parents atau tok nenek diorang. Aku pun dengar dari mak aku, yang kampungnya di Batu Pahat, Johor, dalam area yang banyak pokok getah.
Dulu, waktu zaman penjajahan Jepun dulu, makanan susah nak didapati. Setakat ubi kayu dan pujuk-pucuk kat semak, memang la menggugatkan nafsu makan penduduk pada waktu tu. Agaknya, dah bosan dengan ubi, tu yang terciptanya tempe biji getah.
Orang kata, tempe biji getah ni bukan semua perut boleh terima. Kalau tak reti makan, boleh mabuk la jawabnya. Tapi kalau betul cara buatnya, tak memabukkan jugak.
Biji getah juga boleh dijadikan hidangan minum petang. Biji getah disira gula (orang kampung panggil "sira getah"). Ada proses dia untuk masak sira getah ni, sebab biji getah memang memabukkan, tapi aku pun tak tau prosesnya.
Dan lagi, pencuci mulut yang mak aku suka. Bukan dari getah, tapi dari sawit. Bingka Sawit. Mesti ramai yang rasa pelik kan? Tapi sedap sebenarnya. Cuma aku lebih prefer bingka ubi dari bingka sawit.
Kreatif kan orang zaman Jepun cipta makanan? Nyum nyum....
Eh? Macam mana cerita tempe dah jadi cerita makanan orang zaman Jepun? Haha
2 bebelan orang:
aku suka gila makan tempe gorengggggggggggggggggggg
sambal tempe ikan bilis sedap... ;)
Post a Comment