"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Wednesday, December 9, 2009

Saya Anak Malaysia. Anda Bagaimana?

Tersebutlah kisah pada hujung minggu yang lepas, datang seorang wanita yang tidak dikenali dengan wajah yang sangat dicurigai mengetuk pintu rumahku. Ibuku dulu pernah berkata "jangan bukak pintu utk org yang tak dikenali. Nanti kena culik". Biasa la, anak dia ni kan ala2 Miss World Greatest Loser ~ Siapa yang tak nak culik aku! Rasanya semua orang pun tak nak!

Jgn bengang kat aku dulu. Sila highlightkan ayat di atas tu.

Jadi aku pun mengintai dari pintu belakang. Memang nampak mencurigakan la, sekejap2 pandang atas, lepas tu buat muka bengang. Sekejap dia pegang leher, sekejap pegang kepala. Tak boleh duduk diam. Macam budak2 baru curik gula2 dua posen kat gerai sekolah.

Tapi kemudian baru aku perasan, rupanya dia tengah kepanasan... Laa... Kesian...

Dipendekkan cerita, bila aku buka pintu, wanita tersebut meminta aku untuk menjawab survey2 yang dibawanya. Survey berkenaan 1Malaysia. Punya la bersungguh dia bertanya itu ini pasal pendapat aku tentang masyarakat berbilang kaum dan pendapat aku berkenaan 1Malaysia. Aku jawab je la seperti budak baik yang sangat patriotik, walaupun hakikatnya aku menanam cita-cita untuk keluar dari negara ini dan lepak kat negara lain sebagai pendatang untuk lima enam tahun, saja nak lari dari cukai pendapatan kat sini. Hehe...

Selesai menjawab, aku telah dihulurkan sehelai tuala muka warna hijau. "Cenderahati sebab tolong jawab," katanya. Tapi kemudian, barulah aku perasan tag yang ada di tuala itu:


100% cotton
Made in China



Saiz tag tu besar woo...! Hurm... Yang buat survey ni tak tau ke perbezaan multi-racial ngan multi-national? Walaupun orang Cina di Malaysia tergolong dalam rakyat 1Malaysia, tapi tak tau pula aku negara China pon join dasar ni. Ceh! Sooooo Malaysian! Buat penat je promosikan barangan buatan Malaysia.

Tapi, apa boleh buat... Dalam pepatah Melayu pun ada kata, "Belajar tinggi-tinggi, biar sampai ke negeri China." Produk Malaysia tak best... Mahal pulak tu...

1 bebelan orang:

mein melon said...

hahaha! apetah made in china.. malu je weyh~

Post a Comment