"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, August 9, 2009

Walaupun korang tak hensem, tak cun. Ingat la... Kalau kentut jangan kuat., Biar la bunyi "puf!" je.....

Kejadian berlaku hampir jam 10. Shopping Complex Alamondok dah nak tutup, so aku kena cepat sikit. Ni la jadinya kalau last minit nak beli barang. Dah la ramai orang. Nasib baik bdak Uniteng ramai dah balik rumah, so aku tak yah la nak risau sgt orang nmpk muka aku tanpa secalit mekap. Mata pulak bengkak habis sebab nangis tengok citer Code Geass (lagi sekali!). Wohooo... muka aku lagi seram dari citer Nang Nak.

Memang mengah aku berlari dalam sekitar Alamondok. Dulik la orang lain syak aku ni peragut. Atau ingat aku tengah kena kejar ngan patung beruang besar dari A&W sebab tolak kepala dia (kalau nak try, sila tolak kuat sikit. haha.... memang menghiburkan la). Takpe2... kalau orang yang kenal aku nampak aku sasau camtu, dia mesti lupa punye. Kalau dia tak lupa, sure aku femes pasni. hahahahahahahahaha!!!!~)

Tengah aku lari2 tu, aku pegi la lari nak naik escalator, yang bergerak dari atas ke bawah (tangga turun). Ark! Lagi sikit nak terrlanggar satu mamat ni! Nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, terpeluk, parah aku kang, awek dia dah la kat sebelah.

Mamat tu memang terkejut. Mana taknye, tengah cover2 macho, ade plak awek ntah dari mana nak langgar dia. Serta merta, kedengaran satu bunyi


PROTTTT!!!


Tengok kepada font tu korang mesti dapat agak yang bunyi itu agak kuat, cukup kuat untuk aku, mamat tu, dan aweknya dengar. Aku blurr jap. Suara tu cam dari mamat tu. Tapi aku tengok dia tak ada apa2 barang yang boleh wat bunyi kentut kalau tergesel (cam getah or belon). Sah, mamat tu yang kentut!

Spontan, blum sempat aku nak buat muka, mamat tu kerut kening. Mata pandang tepat ke arah aku. Geleng kepala, tangan dilayang2 ke mukanya sendiri.

Aku blur.

Lepas beberapa saat, baru aku perasan apa yang mamat tu buat. DIA KENTUT, DIA TUDUH AKU KENTUT???!!! DAH LA BUSUK!!!!!!!! <----aku terbau lepas beberapa saat dia lepaskan souvenir tu!



Mamat, ko ingat ko leh lepas azab malu dari awek ko, tapi ingatlah... Aku berdoa ko akan terkentut kuat busuk depan bakal mak mentua nanti.......... amin!

5 bebelan orang:

mein melon said...

hahahahaha! buduhnyee org cmni..

oy.. ko g alamandot x ajak aku ponn..

YobSumO said...

yeah. cover gila mamat tu dasar hyppokrassi btol.

a p e x said...

hahha..vuduh pnye mamat..buat malu kaum adam je... haha

cik.no.one said...

sgt bodo mamat tu...
hahaha...!!!
suke2 cte nih!

sol said...

HAHAHAHHA celake gile XD

Post a Comment