"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Wednesday, November 11, 2009

Ni cerita seram aku.

Waktu aku baru start taip entry ni, jam menunjukkan pukul 1.33 pagi. Aku tengah duduk kat foodcourt kolej. Berseorangan.



Ya. Aku berseorangan. Orang terakhir tadi dah balik sejam yang lepas.




Dalam keheningan malam, hanya kedengaran bunyi kipas, angin bayu yang bertiup, titisan air baki hujan lebat tadi, dan.......







Aku tak berani cakap. Nanti bila aku sampai rumah, aku tambah kat bawah tu, apa yang aku dengar. Buat masa sekarang, meh cerita kosong sementara aku habis download.


* * * * * * * * * *

Aku ingat lagi waktu zaman sekolah dulu. Waktu tu aku masih menengah rendah, sekolah aku terletak di kawasan pergunungan. Walaupun nama gunung tu macam femes di kalangan tourists, tapi yang tourist selalu datang adalah kat puncak sana nun. Sekolah aku kat lereng gunung je, agak terpencil la jugak. Dan of course, kat kawasan2 camtu memang terdapat beberapa cerita yang bukan2 yang dibawa oleh mulut students mahupun cikgu2 di situ.



"Cerita bukan2" tu korang faham2 la apa.

But let's not discuss about them now. Meremang bulu roma aku kang.




Aku ada sorang kawan ni. Jom kita panggil dia Mama. Mama ni kiut orangnya. Kecil molek, manis rupa paras. Tapi Mama ni ada masalah sikit. Tak tau macam mana nak klasifikasikan masalah dia. Mama ni macam lemah semangat. Tapi yang paling tak sedapnya, Mama mengaku dia boleh nampak makhluk yang mata orang lain tak boleh nampak. Mata Mama ni rabun juga, kadang-kadang pakai cermin mata, tapi itu mata pertama dia. Nampaknya, mata kedua dia lebih sensitif.

Kalau nak tau, Mama ni selalu tiba2 buat muka takut, especially waktu maghrib, then terus diam membisu. Lepas beberapa ketika, dia akan confess "sebenarnya, aku ada nampak 'benda tu' kat situ". Dan Mama juga pernah mengaku 'benda tu' yang dia maksudkan ada kat banyak tempat di sekolah tu. Kat luar pun sama juga. Aku tak pernah tanya sangat sebab aku ni penakut. Tapi mungkin dia maksudkan yang 'benda tu' ada di mana2.

Memang tak dapat dinafikan, Allah ciptakan banyak jenis makhluk. Dan Allah juga ciptakan dunia berbeza bagi makhluk yang kita tak dapat nampak tu. Err.... let's not discuss about it, okay?

The bottom line here is.....

Dalam keseorangan ni, tiba2 aku teringat Mama dan segala kisah2nya. Dan tiba2 aku terfikir.......


Mungkin ke sekarang ni


Pada saat aku keseorangan ni

Sebenarnya aku ditemani?

Ya Allah......

Ok bye. Aku nak balik sekarang. Download aku dah siap. Bye.

2 bebelan orang:

cik.no.one said...

wusyyOOO...

tindakan yang sgt berani..

after dgr TUUTT, hg brani nak taip pasal bende TUUTT...

wow!

Mael said...

punya la determined aku nak cerita kat korang tanpa kena cerita betul2 (kang terlebih cerita kang aku gak yang kena!) haha

Post a Comment