"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Wednesday, November 11, 2009

Ni Cerita Seram Aku 2

Awas!
Kalau nak baca entry ni, sila baca entry aku sebelum ni "Ni Cerita Seram Aku"

Sekarang dah siang. Jadi aku dah berani cerita.

Ceritanya
Semalam waktu aku sibuk guna wifi di foodcourt kolej aku, aku terdengar satu bunyi - bunyi orang sapu sampah. Pukul 1.30 pagi. Bunyi dia macam orang sapu sampah bawah pokok rambutan yang berdaun sangat lebat - bunyi timbunan daun kering yang disapu.

Mulanya aku tak kisah sangat. Kat situ memang ada anak sungai yang busuk dan kotor mengalir, so mungkin bunyi tu. Kemudian bunyi dia semakin kuat. Aku fikir pulak, mungkin sebab tadi hujan lebat. Tapi semakin jelas bunyi tu, semakin aku perasan tu bukan bunyi air. Dah tu, beberapa ketika lepas aku start masukkan entry semalam, bunyi tu tiba-tiba hilang. Membuatkan aku sendiri hilang arah.




* * * * * * * * * * *

Ok. I may be over reacted. Big deal, I heard something. Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman orang lain yang lebih seram, contohnya pengalaman kawan aku Mama tu.

Cuma... Aku takde pengalaman seram2 ni semua. Aku tak pernah jumpa hantu atau makhluk halus. Mungkin sebab rabun aku tahap kritikal.



Hurm....


Hantu dan Aku
Kalau nak tau, aku ni jenis yang ignorance sikit. Tak pernah perasan hal sekeliling. Jadi aku terfikir, mungkin ke.......







Yang selama ni, memang ada hantu/makhluk halus yang memunculkan diri kat depan aku. Tapi memandangkan rabun aku teruk sangat, dan sifat aku yang tak kisah hal sekeliling, menyebabkan aku langsung tak perasan kewujudan benda2 seram tu.





Korang rasa mungkin ke?




Kalau betul la macam tu, aku rasa kesian kat hantu/makhluk tu. LOL. Macam riak je aku.

Tapi penjelasan ni lebih baik dari penjelasan mak aku: "Hantu tak muncul depan aku sebab aku lagi menakutkan dari hantu"

Haha....

4 bebelan orang:

Syahirah Abdul Aziz said...

yg ko pegi dok berseorangan kt tmpt tu pada pukul yg x patot tu pehal?
mestilah ade org nk teman. haisyh.

Anonymous said...

aku rasa ada kebenaran di sebalik kata2 mak kau tu. Melly jom pegi genting, gathering blogger!

mein melon said...

haha! mnde la ko ni melly.. kalau kau rase laen mcm tu yela kot dea round2 kt sbelah kau..

Melati said...

syahirah: isk ko... jgn cakap camtu.... aku ikhlas nak sensorang, x payah la sesiapa yg x diperlukan tu teman. tima kasih atas niat baik dia...

yob: sampai ati ko kata camtu. majuk, x nak gi genting!

mein: kalo ko rasa lain macam waktu aku ada sebelah ko, apa jadi? lol.

Post a Comment