"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Monday, August 24, 2009

Puasa yang yok, pagi2 bukak periuk

Waktu aku darjah satu dulu, sesiapa yang dapat puasa penuh dan bukan puasa separuh hari memang dapat tabik spring dek pelajar lain lah! Dah besar la konon...

Aku ni boleh dikira antara yang dapat tabik hormat dari rakan2 sebaya aku, memandangkan aku setiap hari puasa penuh. (Hehe... bangga siot!) Lagi hormat bila tengok aku masih boleh main kejar2 dan mulut masih macam bertih kat dalam kelas. Penuh bertenaga!

Suatu hari di hari puasa, aku dicekup oleh beberapa kawan kelas aku. Bukan sebab makan, tapi sebab berak. Belum sempat hilangnya aroma mewangi yang memenuhi ruang jamban, aku telah dituduh tidak puasa. Beriya sungguh diorang kata puasa aku dah batal, sebab aku berak di siang hari.

Hujah diorang: Berak kan boleh batalkan air sembahyang. Kiranya berak pun boleh batalkan puasa la!

Aku balas: Kalau kentut atau kencing?

Diorang jawab: Kentut dengan kencing tak pe. Berak tak boleh. Sebab tu la berak dipanggil "buang air besar".

Aku bangkang: Sama la tu kencing dengan berak. Kenapa berak je yang batal?

Hujah diorang: Macam muntah la. Muntah batal puasa. Sendawa dengan batuk tak apa...

Logik jugak kan hujah diorang? Aku hampir2 nak percaya apa yang diorang kata. Agak2 korang la kan, ada ke budak yang betul2 tahan berak semata-mata nak puasa penuh satu hari? Huih... Hebat la budak tu! Andai la kata dia mula terasa nak berak sejak pukul 9 pagi, larat ke dia tunggu 8 jam lagi?

9 bebelan orang:

Zaki said...

haha..

teringat aku dlu mase drjh satu.
ustaz aku kata buang air kecil hadas kecil.buang air besar hadas besar.

naik drjh 6 baru aku tau, buang air besar tu pn hadas kecik.hadas besar yg mandi wajib tu semua.

bgs sungguh ustaz tuh.haha

YobSumO said...

bila disamakn dgn,

muntah batal puasa.

batuk n sendawa takpa.

hahahhahhahahahhah!

░♥si lampu neon♥░ said...

logik, kalau la bleh guna sekarang ni heheheheh

Rizdiahk Nahraf said...

Oh..tidak.pasti tercirit aku.

Nama.saya.Mel said...

Zaki: smart la ustaz ko... dia graduate mane? sekolah agama bahai? haha

all: korang jgn main2... wkt aku darjah satu dulu, ramai kwn aku percaya. siot btol sapa yg timbulkan idea camtu!

Nina Soraya said...

dah sesat budak2 ne.
naseb baik budak2.
kalo tak mst korang fames msk tv3.

Nama.saya.Mel said...

haha... kalo zmn kitorg dulu ade tom tom bak, mesti best kalo aznil jemput kitorang

mein melon said...

hahaha! kalau adela bdk2 yg tahan buang air besar mse pose tu.. balik2 umah msti busuukk gler ble deorg buang air besaa..

Nama.saya.Mel said...

mein: lepas TERberak boleh la diorang buat alasan utk TERbuka puasa lak kan. haha

Post a Comment