"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, September 18, 2009

Ditangkap tidak puasa. Pernah ke?

Alang2 dah nak habis puasa, aku nak kongsi pengalaman puasa aku tahun ni.

Antara kelebihan perempuan: Ada beberapa hari tertentu di dalam bulan puasa di mana perempuan tak payah puasa, sebabnya ______ (sila jawab sendiri. Aku agak segan untuk taip sebabnya)

Standard la, kalau dah tak payah puasa, nak buat apa tahan diri daripada makan kan? Tapi makan kena sembunyi2 la. Malu la sikit kat orang yang puasa...

Suatu hari, di hari yang tak payah aku puasa, aku telah ke bazaar Ramadhan. Macam biasa, makanan yang aku akan rembat dulu adalah ayam goreng crispy (sedap weh! korang mesti try, KFC versi Melayu!)

Dan seperti kebiasaan aku pada hari2 tak puasa, bila dah masuk kereta, aku melantak la ayam tu. Sambil drive sambil makan. Dah la sahur pun tak bangun, jangan salahkan aku kerana lapar. Btw, aku tak perlu rasa malu kat kereta2 yang lalu kat sebelah, sebab aku memang naturally renek merimbun, tinggi tak seberapa. Kedudukan stereng aku lagi tinggi dari muka, so aku selamat la (waktu ni je la aku bersyukur aku dilahirkan dalam versi mini).

Sampai rumah, aku terserempak dengan beberapa member uniteng. Aku dengan riang ria terus la menyapa mereka. Tak sangka, aku lupa pulak yang diorang ada habit XOXO (hugs and kisses - salam, peluk sikit, cium pipi kiri muah! pipi kanan muah!) Dan belum sempat aku menyesal, aku telah ditarik untuk membuat aksi XOXO Gossip Girl bersama-sama...

Kemudian aku blah.

Dan aku 80% pasti bahawasanya lepas aku blah tu, diorang mesti memperkatakan tentang mulut aku yang berbau ayam goreng crispy di tengah petang Asar.

Oh, maruahku....... TT-TT

Moral of the story: Kalau ponteng puasa, pastikan lap mulut dan kumur2 selepas makan...

2 bebelan orang:

Unknown said...

oh maruahmu tercalar kerna XOXO. sadis.

Melati said...

Ko pon slalu xoxo ngan housemate ko kan? hahaha... jgn tak mengaku...

Post a Comment