"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, August 30, 2009

Telur takde bulu, baru la orang suka!

Jalan2 kat bazaar Ramadhan, aku rasa kesian bila tengok banyak gerai yang tak laku jualan diorang. Lagi kesian bila tengok gerai lain yang jual makanan yang sama boleh pulak ada ramai pelanggan setia yang sanggup beratur panjang giler dan tunggu lama giler.

Untuk gerai-laku-giler yang tak putus ada pelanggan tu, tahniah atas kejayaan anda.

Untuk gerai-yang-tak-laku, entah apa yang ada dalam fikiran diorang. Mungkin diorang sendiri tertanya2 kenapa makanan diorang tak laku. Padahal makanan kat gerai-laku-giler tu tak de la extra special super duper finger-licking good punya sedap. Tapi pelanggan lagi sanggup beratur dua tiga jam hanya untuk dapatkan sebungkus kat gerai-laku-giler tu. Tapi aku rasa la kan, diorang mesti syak yang gerai-laku-giler tu pasang pelaris, kan? Biasa la, hati manusia, siapa la yang tau. Aku buat spekulasi je.

Tapi, aku bet tak de sesiapa pun antara ahli gerai-tak-laku tu yang perasan punca dan sebab utama kenapa gerai diorang tak laku. Aku perasan la, sebab aku ni pelanggan. Dan aku ni genius.

Kalau korang genius, korang mesti perasan yang gerai-laku-giler tu semua letak telur ayam diorang dalam besen. Tak de nye nak biar telur tu kat tray telur. Diorang nak beri impression yang telur tu dibasuh dulu (dah basuh ke tak, wallahualam...). Gerai-tak-laku tu pulak biasa ignorant pasal ni. Seumur hidup dah biasa merasa penangan bontot ayam, so diorang tak kisah nak biar pelanggan tau yang diorang guna telur yang fresh keluar dari lubang yang sepatutnya. Siap ada bulu2 halus dari tongkeng ayam lagi! Haha... sapa yang pernah rasa tau la sedap ke tak...

Sebenarnya, tak perlu sedap giler pon untuk lariskan produk. Asalkan tunjuk kat pelanggan yang korang hygenic, straightly orang akan rasa selamat nak beli kat tempat korang. Tak payah separuh gila nak fikir pasal taun , dan tak payah kang berabis duit beli ubat cirit-birit atau beli minyak yu yi cap limau untuk anak.

Aku ni kan otak macam orang tua sikit. Aku tau la ape orang tua fikir. Orang tua banyak makan garam, (walaupun diorang tau garam tak bagus untuk kesihatan). So diorang tau la bahawasanya bontot ayam itu adalah kotor dan berisiko ada tahi di situ. Makan tongkeng ayam takpe, diorang basuh dulu sebelum goreng. Makan telur ayam tak berbasuh? Korang ingat ada ke ayam yang reti cebuk? Atau menjerit bagitau tuan dia yang dia nak bertelur, then tuan dia basuhkan bontot ayam tu sebelum bertelur? Atau adakah korang rasa apek jual telur ayam sangat baik hati untuk mencuci satu persatu telur ayam itu?

Lu pikirlah sendiri wahai gerai-tak-laku!
(walaupun aku tau tak mungkin ada pemilik gerai nak buang masa dok usha blog anak dara orang baca menatang alah ni)
.

6 bebelan orang:

cik.no.one said...

i stuju with you...
and sumtimes kedai x-laku-giler tu pon buat muke monyok jer..as org xdtg tmpt die...agilah x me-laku-kan gerai x-laku-giler tuh...

Nama.saya.Mel said...

haha... good point!

orang yg dtg pon xde mood nak beli sbb muka dorg x b'semangat

YobSumO said...

mereka pengotor. kuku panjang hitam. aku benci.

Nama.saya.Mel said...

errr.... yob, ko dah terkeluar topik. eh, ko ckp sape ni? apek jual ayam or ayam yg b'telur tu?

Nina Soraya said...

haha.
saya rasa saya perlu ubah taktik perniagaan saya.
lepas ni
telur ayam korang beli sendiri kt apek runcit.

eh mel. aku kagum dgn penulisan ko~

Nama.saya.Mel said...

nina, hik hik... tengkiu tengkiu...

ey sejak bila ko berniaga? ko jual roti canai kat kedai mamak mana?

Post a Comment