"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, June 26, 2009

Aku memang berhati murni. Kenapa? Tak percaya?

Aku tau apa yang aku nak mengomel ni dah tak up-to-date. Dan mesti dah ada orang yang pernah cakap menda ni. Tapi aku tak pedulik! Nak cakap jugak.

Ingat tak lagu ni? (Mana2 orang Malaysia yang tak ingat, tak lama lagi dah nak 'game over' la tu.......)

Ikan di laut, asam di darat
Dalam periuk bikin muafakat

Orang kata moralnya, "Walaupun berbeza kaum dan asal usul, walaupun berbeza cara hidup dan amalan, kita mesti hidup bersatu padu."

Tapi aku tak setuju!

Baru akhir2 ni baru la aku terfikir (aku memang ketinggalan zaman. Dah lepas setahun, baru terfikir). Kenapa dalam periuk baru nak muafakat? Kenapa sebelum mereka jatuh ke tangan Pak Man Jual Ikan dan Mak Kiah Jual Sayur, dan kemudian jatuh ke tangan mak-mak kita untuk dimasak, mereka tak muafakat pulak?

Orang kata lagu orang tua ada moralnya. So apa moralnya?

Mengikut pendapat aku yang suka berceloteh secara random ni, moralnya:
Jangan la jadi macam ikan di laut dan asam di darat. Waktu masih hidup sihat otak cergas dulu, tak nak pula mereka berbaik, bahu-membahu. Bila dah kojol, dah disiang, baru la nak bertepek bersama, spending their last time together before jadi ikan masak asam atau ikan singgang atau ikan asam pedas atau.... apa2 je la!

Setuju tak?

So, di sini, saya yang berhati murni ini ingin menyeru kalian, walaupun kalian berbangsa apa sekalipun, genetik macam mana sekalipun, hidup di darat atau di laut atau di pulau sekalipun, sama-samalah kita amalkan prinsip perpaduan. Jangan bila mata dah tertutup dan nafas dah takde, baru nak bertepek sama-sama dengan orang lain kat bilik mayat, ok?

1Malaysia! Yeah!

4 bebelan orang:

YobSumO said...

ini lagu je...

bazilah said...

mel...
salute r hg...
otak geliga mcm hape!
bile dipikiq-pikiq, tol gak kate2 hg tuh...
xkn last minutes bru nk brsatu an?
xkn bumi dh hancur bru nk bersatu an?
pandai...pandai....

-alklaken- said...

ak x stuju! k
mcane ikan nak muafakat ngan asam tang die kat laut. klau die naek ke darat maka matila die n klau asam msuk ke laut maka kembang n hancur la die...

bile diorg duduk dlm periuk tu bermakne diorg sling berharmoni antara 1 sama laen mghasilkan mkanan yg sodap!
klau time diorg idup nak wat sume tu x gne coz xde kebaikan yg dpt...

tu die komen pnjang lebar ak huahuahua~!

Nama.saya.Mel said...

aku x stuju ko alklaken! kalo asam dok tepi sungai, kira die jiran ngan ikan tu la kan. spatutnye kene muafakat la. bila dah masuk periuk, kira terpaksa. macam pejuang berani mati, sanggup mati demi mengisi perut ko smpai buncit. hahahaha.... camne aku nye khutbah. ok?? cam bleh menang case je ni!

Post a Comment