"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, May 29, 2009

I miss you, I love you, I can't stop thinking of you... Oh my beloved phone...

I lost my phone!!

No. To be exact, SOMEONE STOLE MY PHONE!!!!


Kepada Encik/CIk/Puan/Tuan/Datin/Datuk Pencuri,
(sila pangkah yang tak berkenaan)

Adakah anda bongok atau bangang untuk menilai bahawa mencuri phone saya adalah sangat tak berbaloi? Mata anda rabun sebelah ke sampai tak perasan betapa buruknya phone tu? Dan kalau anda tak perasan la kan, handphone saya tu dah la skrin dan skin dah macam kertas pembalut tempe, suara cam bangang, toggle key dah macam tandas awam punya flush (bukan tandas kat Putrajaya yang serba cantik, ok!), button 'back' pon dah tak boleh tekan lagi, dan kalau mood dia baik, dia tak nak berfungsi, sekejap-sekejap anda kena ketuk manja dua tiga kali baru OK.

Nak jual part2 kat dalam tu? Jangan harap. Papan litar kat dalam tu, saya pernah usha. Dah teruk dah, macam tempe. Paling tak anda boleh jual kamera dia, tapi berapa je anda dapat weh. Henpon tu dah la model antik zaman nenek moyang, pernah lemas dalam air 4 kali, litar pintas 2 kali, jatuh ke lantai at least sekali sehari sejak dua tahun lepas. Anda ingat laku ke? Anda nak guna sendiri pon perlukan kesabaran dan iman yang mantap tau!

Atau anda berminat kat memory kad saya? Saya tau la dalam tu ada koleksi lagu Bullet for My Valentines dan Avenged Sevenfold yang sedap2, lagu dari anime pon banyak. Lagu Britney lagi, Wonder Girls lagi. Terbaru ada beberapa lagu indie yang sedap yang saya sendiri tak habis dengar. Ya, saya tau genre muzik saya pelbagai. Tapi kalau anda mintak lagu tu datang la kat saya dengan baik, "Kak, saya mongok lagi mangang ni tak reti download lagu. Leh tolong downloadkan?" Nescaya, walaupun saya akan blur jap dengan permintaan anda, saya tetap akan penuhkan, sebab saya ni baik hati. Atau awak nak gambar saya? Ala, pergi la friendster saya ke, facebook ke. Kat blog ni pon ada gambar saya. Copy la. Tak gentle la secret admirer curi fon!

Kalau awak nak tau, henpon tu la talian hayat saya. Saya berbual dan mengumpat dengan kawan-kawan saya, saya mesej bila takde keje. Saya kacau orang bila bosan. Walaupun henpon saya tak macam PDA, tapi kat situ la saya tulis schedule, itulah alarm clock saya, kat situlah saya tulis diari pasal hantu-hantu kat sekeliling saya, saya tulis nota-nota penting pasal kerja saya, saya tulis reminder sebab otak saya ni pelupa.

Lagi, saya tak mampu beli kamera sendiri, so henpon saya tu je yang membolehkan saya tangkap gambar mamat ensem, gambar barang2 utk wishlist saya. Bila saya nak baca free tapi kena halau dengan tokey kedai buku, saya akan amik gambar apa yang saya nak baca untuk dizoom kat rumah nanti. Nampak benda pelik tepi jalan, saya tangkap gambar buat kenangan. Tak pon nak elak sesat, saya amik gambar perjalanan saya. Bosan waktu break, saya tangkap gambar saya. Bosan drive kat jalan, saya amik gambar saya tengah drive. Bosan kat kelas, saya amik gambar muka blur saya. Senang cerita, saya suka amik gambar saya. Mesti pening punya bila tengok gambar saya banyak sangat! Kalau cun, boleh la gak usha banyak kali. Tapi saya extra cun. Tiada di pasaran. Sure anda tak tido malam sebab mimpi ngeri!

Takpe la. Saya kan baik, so saya pasrah awak amik handphone saya yang buruk tu (tapi saya tak halalkan!). Tapi bagi balik memory card dan simkad saya. Banyak gambar kenangan yang saya tangkap yang tak sempat saya copy ke komputer... Video yang saya sayang (bukan blue OK!)... Dah la saya baru top up, contact number yang saya simpan buat koleksi semua pon hilang. Pulangkan. Pulangkan. Puuulangkan!~

-Gambar terakhir Sony Ericsson K750i tahun 2005, dalam kenangan-

0 bebelan orang:

Post a Comment