Pilihanraya kecil DUN Hulu Selangor semalam…akhirnya DAH TAMAT!!!!~
Penat tau tak bila terpaksa menghadapi pelbagai kerenah penyokong2 TEGAR dan orang2 KUAT parti2 yang bertanding. Siap baling telur kat masjid, merusuh, bergaduh, dan berbunuh lagi… Memang sangat bersifat ZAMAN BATU! Aku rasa orang utan (yang berstatus haiwan) lagi bertamadun daripada diorang semua. Oh, perenggan ini aku tak specified kepada satu pihak sahaja, ok. Tapi kepada semua yang jadi gila setiap kali ada pilihan raya kecil kat mana2.
Bagi orang-orang tua yang suka buat kacau setiap kali pilihan raya tu… Agaknya diorang ni takde kerja lain ke? Apa diorang ingat ni perlawanan bola sepak pasukan Malaysia lawan Indonesia? Kalo orang Indon buat kacau lepas perlawanan, pandai pulak menyumpah seranah kata takde tamadun. Bila diri sendiri buat kacau, tak sedar diri pulak.
Tiba-tiba aku teringat waktu zaman budak2 aku dulu. Waktu sukaneka, perlawanan antara tadika-tadika. Perang mulut antara tadika sangatlah hebat, dan kadangkala bertengkar sampai tarik2 rambut. Padahal wakil masing2 hanya dua tiga orang je, dan hadiah cuma hamper set alat tulis yang berharga tak sampai RM10.
Haha… Orang perasan arif politik kat luar sana sebijik macam budak2 tadika aku dulu. Ouch!
Nota kaki:
Oh, BN MENANG!~ Syukur Alhamdulillah…
Now, don’t bash me for saying “Alhamdulillah” for a winning of an Indian candidate. I’m not a MURTAD for saying that, okay! Aku cuma bersyukur sebab BN is able to secure the seat instead of the parti yang suka memfitnah dan melagakan rakyat dengan segala macam drama dan teori tak realistik PKR.
Kepada sesapa yang bengang kat nota kaki ni, sorry la. It's a free country, dan aku bukannya tengah melaga-lagakan mana-mana insan. TQ
1 bebelan orang:
wah, gila brani. x takot kene ISA ke? haha
Post a Comment