"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, April 16, 2010

P1, POTONG!



Bagi sesiapa yang fikir aku tengah promote P1Wimax, ANDA SILAP! Aku tengah condemn ni!

Korang tengok iklan kat atas, pasal potong2. Hurm... Akhir2 ni baru aku faham apa maksudnya...

“P1Wimax tak bagus, so bila korang dah langgan nanti, korang boleh la POTONG balik Wimax!”

Korang rasa P1 tak guna wayar? Hei, mana ada. Itu untuk Wiggy je la. Mahal sikit. Yang biasa punya berwayar-wayar!

Ceh! Indah khabar dari rupa. But then again, rupa device dia pun bukan la bagus sangat. Dah la tak portable pulak tu! (aku guna yang tu). Pastu, kalau nak dapat line, kena letak kat tingkap. Tak boleh tempat lain. Pastu guna kuasa elektrik pulak! Buat beban bil elektrik aku je! Dah la tu, line tak bagus pun! Buat aku rasa macam nak POTONG kabel wayar kat syarikat P1 tu je!

Memang aku akui, P1Wimax memang laju. Gila seronok aku layan Youtube, download torrent, bagai. Tapi bila aku guna Stremyx, cewah! Streamyx dah laju gak la sekarang! Tak tersekat2 pun macam dulu (waktu siang ada la tersekat sikit. Tapi standard la. P1 yang konon hebat tu pun camtu gak!)

Dah tu, aku dok Putrajaya. Kat sini, masih tak ada coverage P1 sangat. Tapi ada la dapat tempias coverage dari kawasan berdekatan. Menyala gak la LED aku warna kuning (kalau laju, warna hijau. Slow/takde lina, warna merah). Dulu waktu kitorang first jadi customer, kitorang dah DIJANJIKAN bahawa dalam masa terdekat ni diorang akan luaskan coverage kat Putrajaya. By then, memang heaven la kalau nak surf internet.

Tapi sekarang lepas dah 4 bulan, HARAM! Coverage kat Putrajaya masih takde. Dahlah aku punya kawasan perumahan ni kat pinggir Putrajaya. Memang line sentiasa merah. Waktu malam dah nak dekat midnight baru ada. Itu pun berkelip kuning. Line tu segan-segan je!

Lepas tu, sikit2 server ada masalah. Kadang2 line ada, tapi tak boleh surf internet sebab server kata mak aku tak bayar bil. Gila apa! Pastu bila call technical, diorang kata “Sorry la kak. Server kat Putrajaya sekarang ada masalah sikit. Saya janji kitorang akan baiki hari ni jugak!” Huh, dah dua minggu, tetap problem gak. Agaknya kat planet diorang definisi “hari ni” adalah sama dengan “BULAN ni” kot!

Damn! Aku potong! Layan streamyx lagi bagus! Walaupun tak portable (ala, P1 yang aku pakai pun tak portable) tapi murah. Pakej universiti tu. Siap dapat netbook lagi! Huh!

3 bebelan orang:

Nas said...

oke..akan setia dengan streamix..! :)

GADIS INI said...

eish2,,i pun nk potong p1..cm haram je line dye..tp kn de kontrak 2year kn..cmne erk..nk cut..

Melati said...

erm.. kao nak potong, kena bayar denda. brape rat ntah. rm200 kot. tapi lagi berbaloi daripada stuck dgn kontrak tu for another year.

Post a Comment