"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, April 2, 2010

Membaca Amalan Mulia. Dan Aku Sedikit Mulia.

Mode: Ayat bermutu gaya cikgu Bahasa Melayu.
Mode: Lepak la beb!
Mode: Penegasan.

Hari ini aku telah memulakan pembacaan novel aku yang pertama sejak final exam aku tamat. Aku amat berharap dapat menghabiskan keseluruhan buku tersebut, memandangkan sudah tabiat semulajadi aku yang pemalas ini untuk membaca buku sekadar sekerat jalan. Apatah lagi, novel Melayu biasanya terlalu emosi untuk aku ladeni.

Oh, bila dikenang kembali, ketika di Sekolah Menengah Atas, aku tidak pernah menghabiskan pembacaan novel-novel KOMSAS. Tetapi Bahasa Melayuku tetap memperoleh A1. Terima kasih kuucapkan kepada buku-buku Sinopsis yang terdapat di pasaran ^__^

Berbalik kepada topik asal.

Sejujurnya, aku tidak begitu berminat akan novel cinta. Tak main la jiwang2 beb! Buat gatal idong je aku nak nangis2 ni! Tetapi, pilihan yang terdapat di kedai buku hanya terbatas kepada:
A. Kisah cintan-cintun tanpa kissing-kissung
B. Kisah berunsur keagamaan
C. Biografi/Merepek-meraban tentang bagaimana menjadi kaya
D. Thriller Ramlee Awang Murshid
C tu awal2 dah out. D pulak aku dah bosan. B, errrmmm... Aku selalu rasa terpukul bila baca kisah2 macam tu. So, let’s try A.

Dan mataku akhirnya tertacap pada sebuah novel:
Nukilan Rose Harissa

Kenapa aku memilih buku tersebut? Mudah... Kerana terdapat ulasan di belakang buku, “...membicarakan cinta zaman sekarang dari sudut yang belum pernah saya lihat...”. Kedengaran agak menarik! (Yeah, I’m a sucker at advertisement! Mudah tertipu dengan pengiklanan).


Berjayakah aku menghabiskan novel ini?


Nantikan seminggu lagi. Jika tiada khabar berita dariku tentang hal ini, maknanya buku tersebut telah menghilang entah ke mana di sebalik timbunan buku-buku lama di rumah. Ha-ha!~

Tunggu!~

0 bebelan orang:

Post a Comment