"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Thursday, June 4, 2009

Poket Serbaguna Doraemon!~

Arakian tersebutlah kisah sebuah keluarga, tujuh orang kesemuanya, datang bertandang untuk mengisi perut mereka dengan bersuap-suap nasi. Macam biasalah, mereka meng-order, aku menghidang.

Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja semua makanan terhidang di meja, aku berlalu pergi membiarkan mereka menjamu selera. Sekali-sekala, kuberlalu-lalang di sepanjang laluan untuk mengisi cawan2 kosong pelanggan yang tak habis2 mintak refill air free, selain memastikan keperluan mereka mencukupi.

Lalu-lalang dua tiga kali, kulihat ibu kepada keluarga bertujuh itu mencedok keluar mi udonnya ke dalam mangkuk kecil. Dalam hatiku bertanya, "eh, ada ke aku kasi mangkuk kecik kat dia?" Dan pabila diperhatikan semula, didapati mangkuk itu hak miliknya jualah adanya.

Lalu-lalang empat lima kali, kulihat... eh? ada sudu purple! oh, bawa sendiri untuk kegunaan anak kecilnya...

Lalu-lalang enam tujuh kali, tiba-tiba kudengar bunyi potong-potong. Kudiamkan sahaja. Namun apabila diberitahu oleh kawanku, baru kuperasan - rupanya si ibu itu sedang memotong makanannya dengan menggunakan gunting. Panjang gunting tu! Lepas tu, letak gunting kat atas pinggan macam nak bunuh orang pula tu!

Setelah diperhatikan betul2, baru la aku perasan, si ibu itu membawa sendiri sebuah mangkuk, dua sudu, dan satu gunting silver! Dan beg di sisinya masih lagi kembung. Agaknya berapa banyak barang yang dia angkut ke sana ke mari? Serbaguna sungguh ibu itu, seperti Doraemon!
Oh, btw, ibu tersebut menggunting sejenis makanan yang nampak macam cucur udang kat pasar malam. Cara dia gunting? Haha... Sebijik macam pakcik jual cucur udang kat pasar malam! (Jahat nye aku gelakkan dia...)

2 bebelan orang:

Unknown said...

baiknya makcik tu... sgt ambik berat ttg anak dia... ibu mithali...

Unknown said...

kamu dpt award pg ambil kat blog aku!

Post a Comment