"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, May 23, 2010

Peraturan jalan raya pada abad ke 21.

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Zaman maju sekarang ni, semuanya dah berubah. Even peraturan jalan pun dah lain skang. Peraturan baru ni tak termaktub kat buku. Kalau korang tanya JPJ pon, diorang tak tau. Tapi, semua rakyat Malaysia yang lain tau peraturan ni. Mungkin ini la yang dinamakan Indie Road Law (korang ingat band je yang main Indie2 ni?)

Jadi, pastikan korang hafal benda ni baik2 supaya korang pun turut jadi macam orang lain. Baru la cool.


Lane tengah:

Laluan untuk pemandu perlahan atau sederhana laju. Juga sebagai laluan lori dan bas.
*Anda akan sakit jiwa kalau cuba bawak laju di lane ini*

Lane kiri (yang pertama):
Laluan untuk kereta yang bawak kurang dari 60km/j (Sabar itu separuh daripada iman...). Juga laluan untuk kenderaan berat iaitu lori besar gadang. Tidak dilupa, berfungsi sebagai laluan memotong versi baru.
*Kalau korang nak bawak laju, tapi kurang dari 140km/j, memotonglah di laluan ini*

Lane kanan (yang ketiga):

Laluan khas untuk orang nak berak. (Yang bawak laju nak mati. Mungkin mereka tak sabar sebab tak tahan nak berak)
*Lane ini mengamalkan sikap pandu CEPAT, JIWA selamat. Kalau korang setakat bawak 120 je kat sini, korang akan diajak berdisko oleh orang belakang. Tak caya? Cuba try. Mesti orang belakang main2 lampu, ataupun hon2 kat korang. Kan meriah tu...*

Laluan kecemasan:
Tempat Abe Lori parking lori besar gadang diorang sementara nak kencing atau makan nasi lemak. Juga untuk korang main potong2 waktu jammed musim raya. Tak pun tempat untuk korang lepak2 sambil tengok DVD Korea kat TV kecik kereta korang.
*Ambulans jangan sibuk kat laluan ni, okeh! Kitorang busy okeh!*

Garisan pembahagi jalan (yang putih putus2):
Laluan khas untuk para penunggang main zig zag. Dengan seronok diorang menyelit kat laluan ni untuk mengelakkan traffic jam, atau sekadar untuk kekwat ngan kereta lain sebab motor kurus, kereta gemuk.
*Sape berani langgar motor yang tengah happy bermain di sini akan dapat maki hamun percuma + bayar ganti rugi motor diorang. Maklumlah, jalan ni kan bapak diorang yang punya...*

3 bebelan orang:

kenwooi said...

haha.. diajak berdisko.. like the term! =P

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ said...

hahaha..pandu cepat jiwa selamat..yes..that's the way..yang saya paling benci..ramai orang mangkuk (betoi2 MANGKUK AYUN) suka mandu slow macam kura2 di lane kanan..(mengalahkan pejalan kaki)..ish ish..rasa macam nak bagi penampau jer..hehe

Melati said...

yup! sangat sakit ati if that thing happen. bwk 80km/j, tapi kat lane kanan. hahahaha... ape lagi, akan diajak berdisko la!

Post a Comment