"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Wednesday, May 19, 2010

Oh Mak! Beratnya kamus ni!

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Kamus Dewan... Kamus Dwibahasa... Tapi since sekarang ni dah zaman canggih, orang pakai kamus Besta yang ada tandatangan Dr. Fazley tu je.. Semua kamus tebal tu pulak kita cuma guna untuk buat belajar catwalk ataupun letak kat perut waktu senaman sit-up. Hahahaa.... Opss!

Dan memandangkan zaman dah canggih jugak, nampaknya tak lama lagi ada la pulak Kamus SMS (pesanan ringkas) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tak caya?

Korang cuba bukak ni: http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf dan buka page 7 perenggan ke-2.

Kalau korang rajin, korang baca la sepenuhnya. As for me, memandangkan banyak sangat tulisan panjang lebar dalam tu, aku setakat usha-usha je.

Aku tak nak condemn sangat pasal apa yang ditulis kat dalam tu, memandangkan tulisan tu adalah untuk dijadikan rujukan dalam SMS rasmi. Tapi cuba korang tengok ni:

Korang rasa ada ke orang gunakan perkataan dalam collumn "singkatan salah" tu untuk tujuan rasmi? I mean, c'mon la. Our broken language must sound stupid, but we're not THAT stupid. Anyway, other than that, risalah panduan ni at least boleh kita gunakan untuk tujuan rasmi, contohnya mesej Perdana Menteri untuk bertanya khabar...

Tapi, korang tak rasa ke yang SMS tu satu cabang seni? Waktu kita SMS tu, kita curahkan segala daya kreativiti kita untuk ringkaskan sehabis mungkin mesej kita sebab kita kedekut nak bazirkan another 1 sen untuk page seterusnya (benda lain boleh bazir! Mesej 1 sen pon nak berkira!). Dah tu, kita juga kena pastikan mesej kita juga dilengkapi emosi, bukan sekadar mesej kosong. Kan ke kreatif tu?

Hurm... Aku tak la pandai ringkaskan mesej sebab aku tak kedekut. Lagipun aku ske tulis panjang2 macam "muuuuaaahs!" dan "sukeeeeenyeeeee". Hahahaha saje nak mengada, walaupun penat taip.

But whatever it is, lepas ni kalau aku nak SMS menteri, aku kena bukak kamus dulu. Ooolala!~

0 bebelan orang:

Post a Comment