"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Saturday, May 8, 2010

Mahasa Nyiwa Mangsa

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
(maksudnya: Bahasa Jiwa Bangsa, kalau disebut waktu sengau tatkala traffik dalam rongga pernafasan sesak)

Sepanjang cuti yang panjang ni, memandangkan sepanjang masa aku dipenuhi dengan masa yang sangat terluang, aku dengan penuh iltizam berusaha untuk menjadi perempuan (?)

Ya. Aku yang berjantina perempuan ini cuba menjadi perempuan.

By that, maknanya masa terluang aku diisi dengan:
  1. Membaca novel, especially novel jiwang (Cis, public library memang suka bazirkan air mata aku!)
  2. Belajar memasak (Resepi dari internet. Perhatian, penulis resepi tu semua penipu! Apahal masakan aku tak jadi macam gambar? Rasa pon macam makanan kucing je. Eeeek!)
  3. Menulis puisi dan cerpen (Jangan risau, aku takkan suruh korang baca. Kesihatan minda korang masih terjamin)
  4. Usha2 blog orang lain yang serba chomel dan menarik (sampaikan keyakinan aku terhadap blog aku jadi sama rendah dengan punggung)
  5. Usha2 magazine Cleo, Dara.com, ngan Remaja yang lama2 sambil berangan nak jadi cantik macam model2 kat situ
Okeh. Senang cerita, semua aktiviti aku memerlukan aku MEMBACA. Heh, bosan betul jadi pompuan timur yang tak berduit ni. Tapi alang-alang, meh aku promosikan kempen membaca:


Tapi yang paling aku tak puas hati adalah, bahasa pertuturan aku jadi semakin baik. Macam baru ni tadi, waktu aku komen kasut Bata yang mak aku beli untuk aku:

"Ibu punya citarasa berlainan dengan citarasa Melati. Tapi tidak mengapalah, kasut ini kelihatan selesa."

Sila perhatikan perkataan yang aku besarkan. Serius, aku memang sebut sebijik2 macam tu, sampaikan aku sendiri rasa geli! Gramatis sungguh ungkapanku!

Selalu aku akan cakap something like "Taste ibu lain la ngan taste Melati. Tapi takpela. Sedap gak kasut ni"

Cikgu Haianah!!! Pasti cikgu berbangga mempunyai anak murid yang mengikut sunnah2 Bahasa Melayu ini!!!!!

1 bebelan orang:

cik.no.one said...

cikgu hainanh dgt x tu???!!!!!!!!
hahahaha..

Post a Comment