Tidak seperti selalu, kedai makan tempatku bekerja pada malam tadi agak lengang. Mungkin terlalu takut terjangkit penyakit demam jenis A (H1N1) atau nama glamernya selesema babi - walaupun kes pertama kini dikuarantinkan nun di Hospital Sungai Besi, agak jauh jugak dari tempatku ini. Ataupun mereka baru mula merasakan beban kegawatan ekonomi, memandangkan pada peringkat awal kemelesetan, mereka terlalu kuat berjoli sehingga lupa diri dan money.
OK, enough with the mukadimah!
Nak dijadikan cerita, antara pasangan-pasangan bercinta atau tidak bercinta yang datang, adalah satu couple ni... Minah tu punye la.... err.... aku x nak komen minah tu pon. Nothing special to talk about. Senang cerita, wanita normal jugalah adanya. Sementelah balaknya pula, adussss.... tergugat iman! Bukan sebab hensem atau bermata redup ataupun mempunyai jelingan menggoda, tapi rambutnya... Kussss semangat! Kalau aku mak dia, mau aku cantas-cantas rambut dia sampai botak! Mana tak nye, bahagian tepi di-trim habis. Tiba-tiba, tercongok pulak sejemput rambut kat tengah-tengah kepala. Dah tu, diwarnakan hujung rambut dengan kaler kuning. Ala-ala vegetation crops kat Barat gitu!
Aku yang kadangkala suka menghakimi buku melalui kulitnya (memang dasar perangai orang tua!) pun mendengus. Dalam hati aku berkata, "bajet stylo la konon... poyo sial! kalo artis takpe la gak. ni kalo stakat nak bajet je, tak payah la weh... ". Memang jahat hatiku, tapi peduli apa. Hatiku, lantakku lah!
Tak puas lagi, aku dan beberapa rakan sekerja berbisik-bisik kata-kata seperti "rambut cantas" atau "rumput". Biasalah, mulut manusia tak dapat ditutup.
Tetapi, dalam pada aku mentertawakan mamat tu, tiba-tiba rakanku mendapatkan mamat cantas tersebut untuk mengambil gambar. Aku pun, biasa saja. Tak rasa pelik, sebab keramahan rakanku itu kadang-kala boleh terlebih sampai menimbulkan hairan orang juga.
Tapi sejurus selepas mamat tu keluar dari pintu kedai, rakanku yang diambil gambar tadi dengan bangga mencanangkan:
"Smart doh, aku amik gambar dengan Cat Farish!!"
Erm... OK. Cat Farish pon aku tak kenal.
Ni kalau tak kes aku sangat tak mengikuti perkembangan seni tanah air, atau aku ni ada krisis penyakit tua (sebab kawan aku kata orang tua je yang tak kenal Cat Farish!)
2 bebelan orang:
aiyo ko x knal cat farish! OMG! mmg tua...
Fabulous cat ko tahu? xtahu juga ehem2 la ko ni...
erk lg 1, asal cara penulis ko sgt panjang 1 perenggan... pelik plak, mcm tgh buat karangan..
melly is there anything wrong? maybe i can help u :p
kuang ajau! aku tau la fabulous cat tu ape. baru google tadi. hehe... btw, sbb tu la aku jarang ske wat ayat dlm BM. sure mcm karangan nak hntar kat ckgu BM!
Post a Comment