"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Monday, May 25, 2009

Seronok! Try now!~

Current mood: if you think I'm happy, think again. Go on reading and you'll know!

Anda rasa bosan cuti semester ini? Asyik makan dan tidur sepanjang hari sehingga badan kian berisi? Datanglah ke Putrajaya! Dan naiklah bas bernombor 400! Gerenti memuaskan, lebih-lebih lagi di waktu siang!

Specialty:
Bas #400 Nadiputra di Putrajaya menawarkan pakej menunggu bas sambil menikmati keindahan kawasan hentian bas dalam ulitan bahang mentari yang mampu membelai liang roma anda untuk merembes titisan peluh.

Memandangkan kedatangan bas di hentian yang dilalui hanya setiap sejam hingga dua jam setengah, masa penungguan anda pasti diisi dengan hati yang membara dan otak yang bercelaru. Mulut anda pasti dihias sumpah seranah dan badan anda akan ditemani aroma yang unik hasil dari peluh yang memercik di badan anda dan aroma badan orang asing yang duduk di sebelah anda untuk cuba 'omong' sama anda.

Bukan itu sahaja, pemandangan berpuluh-puluh bas yang melalui tetapi tertulis REHAT - disyaki pakcik bas tersebut sibuk nak makan walaupun baru pukul 12 ataupun pakcik itu nak berehat melampiaskan lelahnya seketika kat tempat lain - pasti akan membuatkan anda lebih terhibur!

Tidak percaya keberkesanannya?

Saya telah mencuba sendiri, dan ternyata bas #400 ini memang hebat! Hasilnya, bukan sahaja lemak saya terbakar, malah masa dan kesabaran saya juga sudah hangus! Dan kini, saya dengan gembira mengkhabarkan, saya telah disahkan sakit kepala tak OK2 lagi, walaupun sekarang sudah hampir 9 jam berlalu dan 4 biji panadool sudah ditelan.

Baiklah, sampai sini sahaja laporan saya. Walaupun jam belum pukul 9, tapi saya nak tidur dulu. Sapa ada panadol actifast? Tak pe la. Saya mintak jiran sebelah je...

1 bebelan orang:

Syahirah Abdul Aziz said...

haha!!
cm mase skola dulu kn kn kn?
saba melly, saba...
dh keje bersungguh, tangkap ah mini cooper ke, cekai pon swift.
brula x perlu menambah dosa bersumpah seranah dan x pyh membakar lemak tu.
bdn ko kn dh H.O.T.!!

haha.

*kem slm ngn adik ko!!

Post a Comment