"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Tuesday, May 26, 2009

6 Golden Steps untuk penakut yang nak tengok cerita seram

Anda seorang yang penakut. Memang lemah semangat bila keluar perkara-perkara berkaitan makhluk halus yang jarang boleh dikesan menggunakan mata tapi hampir gerenti boleh dikesan oleh bulu roma anda. Nightwalk a.k.a burung hantu? Cerita hantu? Tak nak la. Seram! Duduk sorang dalam gelap pun kadang-kadang boleh buat anda separuh gila!

Namun, anda juga seorang yang ego. Apabila ada ajakan2 sumbing rakan2 anda untuk tengok cerita seram kat wayang, malulah anda untuk menolak! Tapi malu juga kalau orang tengok anda ketap bibir dan tutup muka. Lagi malu kalau anda terjerit kat tengah2 panggung. Apa lagi, ikutlah tips ni. Cara cover takut paling OK sempat aku fikir, tapi tetap boleh nampak berani!

1. Jangan pandang skrin.

Tapi jangan obvious sangat. Anda boleh pandang tepi atau atas skrin. Tak pon anda boleh bersandar dan pandang kepala orang depan. Untuk elakkan nampak fake, anda boleh buat2 cemas sikit, dan setiap kali terdengar suara pompuan menjerit kecil dan diikuti suara lelaki menenangkan adindanya yang ketakutan, anda boleh berkata "takut dia boleh la tahan..." dengan nada yang tenang.

2. Popcorn is not just a snack!
Pastikan anda tidak berkongsi popcorn dengan sesiapa. Beli large lagi bagus! Biarlah orang nak kata anda tamak haloba, asalkan tidak jatuh air muka! Sandar kat kerusi lebih sikit (slide punggung anda ke depan supaya level kepala anda rendah sikit) dan pastikan popcorn di depan muka anda. Kalau takut, at least ada immediate shield!

3. Phone texting
Sebelum anda masuk panggung, kacau la mana2 kawan yang ada potensi untuk melayan anda ber-sms. Bila masuk panggung, alihkan perhatian anda ke telefon bimbit sambil buat2 busy menjadi kawan yang baik kepada teman sms anda. Konon anda ni orang penting la sangat! Tapi ingat, silentkan phone, dan pastikan bunyi keypad anda tidak membuatkan orang sebelah panaaas.

4. Kosongkan minda, buat muka
Jangan tumpukan perhatian sangat kat movie tu. Buat langkah #1 tadi sambil buat muka bosan. Sikit2 tukar posisi korang bersandar, kejap2 korang hela nafas kuat. Konon macam cerita tu bosan la. Lepas tu korang boleh usha kiri dan kanan anda, tengok muka2 cuak penonton lain sebagai hiburan anda.

5. Buat benda lain
Fikir benda lain. Ingat balik segala formula dan rumus yang diajar di kelas. Tak pon recall balik muka balak, awek, tunang, ayah, mak, dan sanak saudara sambil mengimbau kenangan lama. Lepas tu, bila dh sampai babak yang cemas, masa tu la baru kasut anda hilang la, seluar anda senget la, kaki anda gatal la... Tak pon anda boleh gunakan masa ini untuk tidur! Konon citer tu boring la. Padahal....

6. Main lidah
Bukan french kissing! Busy2 kan lidah anda bergulung atau mainkan di gigi sepanjang cerita. Bila lidah anda busy, tak de la cepat sangat anda menjerit atau melatah pulak. Tapi jangan mainkan lelangit, muntah kang! Tak cool la!



Lepas korang buat 6 Golden Steps ni, korang boleh la keluar dari panggung dengan hati yang bangga, dan berkata dengan riak bahawa muka kawan2 anda waktu cuak macam tenggiling yang kena sergah dengan kambing. Tapi bila ada kawan lain tanya korang pasal jalan cerita, anda boleh bagi alasan atau kata saja "isk... malas la nak review cerita biasa2 macam tu"!

2 bebelan orang:

Yern Ain said...

hahaha. kua dr panggung dgn blagak cm da khatam muvie scary tu. btol2. bole di amalkan. =)

W. Suhailaliza W. M. H. said...

hey there, Melly.
thanks for dropping by.
im also your follower.
:)

Post a Comment