Tas tangan aku telah melarikan diri
(kejadian sebenar: tercicir)
Takyah la aku citer lagi camne leh jadi. Dah penat aku mencanang pasal menda ni kat member2 (walaupun diorang tak tanya).
Tetapi entah kenapa, walaupun diriku ditimpa musibah sebegitu, aku tak rasa nak nangis pon. Nak tergelak lagi ada la! Sebab:
- Beg tu mak aku belikan waktu Sale raya kat Parkson. Tak mahal pon. Walaupun agak terkilan sebab itu tas tangan feminin aku yang pertama (sila jangan kompius ‘feminin’ dengan ‘girly’ atau ‘pompuan-pakai-pon-tak-nampak-jantan-sangat’)
- Walaupun malam tu bagai nak rak aku sumbatkan barang2 mekap ngan earphone aku, tapi aku lupa lak nak masukkan $$duit$$ ngan phone, IC, lesen, dan kad ATM. Yang ada kad bodo2 je (kad MPH, kalendar free, kad cop2 waktu beli air bubble, kad bank yang dah setahun aku terminate, dan sampah sarap aneka rasa)
So senang cerita, yang patut dikasihani adalah orang yang mengutip tas tangan aku tu. Mesti waktu tu dia rasa cam orang paling bertuah kat dunia ni sebab boleh dapat beg pompuan tanpa perlu naik motor, lari2, atau dicekup atas tuduhan meragut. Tapi tup2….
Dah la earphone aku tu model lama. Mekap aku lak kebanyakannya Silky Girl je. Huahahahaaaaaa (sila jangan salah faham. Aku tak kutuk para peminat Silky Girl, ok. Bak kata Dafi, “nampak mak awak, sejuk hati saya “ (takde kaitan. Saja je nak cakap))
0 bebelan orang:
Post a Comment