"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, February 19, 2010

Whataya Want From Me?

Whattayaaaaa!!!!!

(Hehe... saja je... aku cuma fancy perkataan 'whataya' dalam lagu Adam Lambert tu)


Akhir-akhir ni, telah berlaku sebuah epidemik yang sangat annoying kat apartment aku.


Semut merah berleluasa!!!!!!!!!!


Aku tak faham apa yang digilakan sangat dengan semut-semut merah tu. Nak kata housemate aku masak sedap, takde la pon. Sebab akhir2 ni, housemates aku dah malas nak masak, diorang terlalu sibuk melayan kehendak setiap lecturer2 mereka. (ey, ini bukan lucah punya wooo…. Aku cakap pasal assignments dan exams, okai!?)

Tambah ketidakfahaman aku adalah, semut2 kat apartmen kitorang agak mementingkan kesihatan. Diorang nak serang makanan yang betul2 dimasak – maggi diorang tak layan. Buah-buahan pun mereka tibai. Dan yang paling menarik, diorang tak layan air2 bikarbonat dan air kotak. Yang diorang selalu serbu adalah air suam kat dalam jug dan electric kettle kitorang. Memang menyihatkan. Orang Malaysia patut mencontohi cara pemakanan semut2 ni!

Tapi yang paaaaling aku tak faham adalah… Semut2 ini juga menggigit aku!

Aku tak tipu! Diorang suka gigit aku. Walaupun kesan gigitan diorang tak berbintat (tak jadi kembung), tapi aku tetap rasa annoyed. Bayangkan la, tengah syok aku senyum2 simpul melayan movie dengan penuh khusyuk, tiba2 kena gigit! Mati nafsu aku nak senyum. (Ey, aku tak tengok yang bukan2 ok! Sila jangan berfikiran serong)

Yang peliknya, aku sorang je yang kena gigit kat rumah aku. Housemate aku tak pernah kena. Membuatkan aku tiba2 terfikir…

Aku ni sweet sangat ke? Alamak… NI yang rasa blush ni!

Atau mungkin…



Aku ni ‘sihat’ sangat?? Aku gemuk? Tidakkkkk!!!!



Isk, ni yang nak kena minum Jusmate5 ni? Sapa ada? Nak satu boleh? Hahahahahahahahahahahahahahaah
(Eh, aku bukan berniat nak hahaha-kan peminat Jusmate. Sila jgn serang aku dengan plan diet korang. Peace!^^)

0 bebelan orang:

Post a Comment