"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, March 21, 2010

Hujan Emas di Negeri Orang..... Agaknya kat Lombok pon hujan emas ke?


Wah, kuatnya guruh kat luar! Sambil2 angin kuat bertiup kencang menandakan hujan bakal turun dengan lebatnya, membuatkan bulu mata aku meremang. Rupa-rupanya cuaca yang sejuk membuatkan aku mengantuk dan malas study...

Oh, tidak!

Tapi, alang2 aku dah malas nak study, daripada aku tido petang2 ni, baik aku blogging. Sekurang-kurangnya, ada faedahnya gak. Contohnya dari segi............







Jap. Tengah fikir jap.











Ok lupakan je!

Mendengarkan guruh berdentum-dentam ni, mula la otak aku melayang2 teringatkan memori waktu zaman muda aku. Biasa la, dah tua2 ni la baru kita nak mengimbau kenangan lama, tak gitu?

AKu tak tau la korang selalu dengar pasal ni ke tak, tapi waktu aku mula2 masuk sekolah rendah dulu, setiap kali guruh berdentum kuat, orang kata tandanya Allah tengah marah kat iblis sebab asyik menghasut anak Adam. Oh, waktu tu betul2 aku percaya!

Bila dah besar sikit, dah belajar Kajian Tempatan, aku dapat tau Negeri Sembilan adalah negeri paling kering kat Malaysia. Maksudnya, tak banyak hujan. Dan maksudnya, tak banyak guruh. Hurm... "Nampaknya, tak banyak iblis kat Negeri Sembilan," fikirku ketika itu.

Bila dah belajar Geografi, aku belajar bahawa kat padang2 pasir, sangat la tak berapa hujan. Aku gak belajar cerpen (English Literature - Looking For A Rain God) bahawa ada tempat yang kemarau panjang sampai diorang terpaksa buat persembahan manusia (maksud aku sacrifice, bukan performance, ok!).

Jadi kat sana iblis tak kena marah? Atau manusia siap bunuh2 sampai tak perlu lagi iblis menghasut manusia kat sana?

Ha-ha... (gelak tak ikhlas + blur)




Aggghhhh.... Aku tension study!!!!!

1 bebelan orang:

Nur Syafiqah Yunus said...

el0ow gy kt my blog ...kamu dpt awards dari saye @ www.puteridaman.blogspot.com

Post a Comment