"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Tuesday, March 30, 2010

Glee!~



13 episode in less than 24 hours! Yeaha!~


Ok, that's sounds unintelligent, and sound like I don't have a real life. Only live in craps of fantasy and tv series, etc, etc. But d-uh! After going through 5 final exam paper in 4 days (STRAIGHT!) , I do deserve a little bit of happy moment, right?

And I know some of you might thought I'm so outdated, baru sekarang nak tengok Glee. But in my defence, I'd like to say "I ONLY WATCH A SERIES ONCE THE WHOLE SEASON IS COMPLETE!" Now that's what I call wholesome!

Ok, that's a bad excuse. Truth is, I am outdated. Baru sekarang nak tengok Glee. Heheeee.....

And to those who are more outdated than I am (coz still hasn't watch Glee) or thought that Glee is a lame-O and only for geeks, well, I'd say it must be dull to be you! Your life must be so bleak, it must be miserable to be you! Ugghhh!

So what's so good about Glee? Well, I can't tell you that. It's different for everyone. But one thing for sure, it does makes me feel so gleeful!


So, tips of the day:

Watch Glee and you'll be happy!


And this is how Melati seize it!
(As much as I hate Sue Sylvester in Glee, I still like to say this words, since NOW!)

Sunday, March 21, 2010

Hujan Emas di Negeri Orang..... Agaknya kat Lombok pon hujan emas ke?


Wah, kuatnya guruh kat luar! Sambil2 angin kuat bertiup kencang menandakan hujan bakal turun dengan lebatnya, membuatkan bulu mata aku meremang. Rupa-rupanya cuaca yang sejuk membuatkan aku mengantuk dan malas study...

Oh, tidak!

Tapi, alang2 aku dah malas nak study, daripada aku tido petang2 ni, baik aku blogging. Sekurang-kurangnya, ada faedahnya gak. Contohnya dari segi............







Jap. Tengah fikir jap.











Ok lupakan je!

Mendengarkan guruh berdentum-dentam ni, mula la otak aku melayang2 teringatkan memori waktu zaman muda aku. Biasa la, dah tua2 ni la baru kita nak mengimbau kenangan lama, tak gitu?

AKu tak tau la korang selalu dengar pasal ni ke tak, tapi waktu aku mula2 masuk sekolah rendah dulu, setiap kali guruh berdentum kuat, orang kata tandanya Allah tengah marah kat iblis sebab asyik menghasut anak Adam. Oh, waktu tu betul2 aku percaya!

Bila dah besar sikit, dah belajar Kajian Tempatan, aku dapat tau Negeri Sembilan adalah negeri paling kering kat Malaysia. Maksudnya, tak banyak hujan. Dan maksudnya, tak banyak guruh. Hurm... "Nampaknya, tak banyak iblis kat Negeri Sembilan," fikirku ketika itu.

Bila dah belajar Geografi, aku belajar bahawa kat padang2 pasir, sangat la tak berapa hujan. Aku gak belajar cerpen (English Literature - Looking For A Rain God) bahawa ada tempat yang kemarau panjang sampai diorang terpaksa buat persembahan manusia (maksud aku sacrifice, bukan performance, ok!).

Jadi kat sana iblis tak kena marah? Atau manusia siap bunuh2 sampai tak perlu lagi iblis menghasut manusia kat sana?

Ha-ha... (gelak tak ikhlas + blur)




Aggghhhh.... Aku tension study!!!!!

Monday, March 15, 2010

Dukun Multi-purpose

Di sebuah perkampungan yang agak terpencil, di sebuah taman larangan yang jarang dikunjungi orang, tinggallah seorang dukun tua. Dukun tersebut....

- Ok, aku melebih2kan cerita. -

Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku mengunjungi sebuah dispensari (klinik) berdekatan. First time datang, dengan jakunnya aku mendaftar.

"Cik Melati!" Tiba-tiba namaku dilaung oleh sebuah suara yang kasar. Aku menoleh. Seorang lelaki yang hampir tua bangka menjengukkan kepalanya dari celah pintu.

Masuk ke bilik rawatan, lelaki tua bangka itu sudah tiada di tepi pintu. Sebaliknya, dengan magiknya dia sudah berada di kerusi. "Cik Melati, sakit apa?" tanyanya dengan kompiden. Aku dengan terpinga2 pon kata la aku batuk ngan sesema.

Tanpa perlu diperiksa (hanya interbiu je), dia pun blah ke bilik sebelah. Tandanya aku pun dah boleh keluar untuk ambil ubat.

Kemudian, namaku dilaung kembali. "Cik Melati!"

Aku mengangkat kepala. Lelaki tua bangka itu lagi! Kali ini kepalanya dijengukkan keluar dari celah cermin kat tempat ambil ubat. Aku usha2 la kat dalam tu, mana tau ada orang lain. Tapi tak ada. Hanya dia dan rak2 ubat.

Dan barulah aku faham. Doktor ni memang multi purpose, beb! Doktor 3-in-1! Dialah nurse, dialah doktor, dialah farmasi. Dia yang conquer dua2 bilik.

Love conquers all!~ <---ini tak ada kena mngena




Isk... tiba2 aku terfikir.

"Patut ke aku makan ubat yang dia prescribe ni eh?"

Tuesday, March 9, 2010

Kepentingan Sukan (macam tajuk soalan esei SPM la pulak..)

Visit: http : / /redmelati . blogspot . com for better view

Last weekend, aku dengan mulianya telah menjadi sukarelawan untuk Karnival Olahraga Uniteng. Sambil2 kulit aku menyerap sinar UV berlebihan sambil melanin di kulitku menebal, tiba2 aku terkenang waktu aku bersukan zaman2 sekolah dulu.

Eh kejap! Aku tak bersukan la pulak!
(perbarisan dikira bersukan ke?sebab aku selalu masuk)

Tapi aku selalu kena paksa masuk Sukantara (kalo tak datang, kena denda ramai2. habis la imej suci aku!) .

Bagi sape yang tak tau sukantara (mane la tau, skola kat Sri Lanka ke...), sukantara tu adalah event sebelum Hari Sukan Sekolah, yg mana objektifnya adalah untuk mencari peserta berbakat dari kalangan semua pelajar

Aku masih ingat, saat2 aku dapat nombor satu (dari belakang) dalam semua acara larian. Aku juga masih ingat tatkala aku terlalu hebat sehingga tidak dibenarkan layak (disquallified sebenarnya. sebab tak reti baling). Dan aku masih ingat saat2 yang mana cikgu kata aku tak payah masuk sukantara sebab aku kompem finalist untuk Hari Sukan (sebagai pecacai/kuli cikgu a.k.a. sukarelawan).



- Damn. Pengalaman payau! -



Aku tak faham kenapa para kaki bangku kena join Sukantara. Sah2 la nama kitorang tersenarai kat bawah sekali dalam list pemarkahan. Sah2 la kitorang dipangkah dari acara2 berkaitan! Hurm...




Oh, mungkin itu la tujuan dia! Tanpa si lembab, siapalah si laju, kan?

Jadi hakikatnya, golongan seperti aku memainkan peranan yang sangat penting dalam Sukantara.

Hurm... Aku memang mulia. Aku dah agak dah!

Friday, March 5, 2010

Pendidikan Moral tahap satu


Test 2 subjek Numec petang tadi telah mengajarku bahawa

MASA ITU EMAS


Tapi

Aku bukan seorang yang materialistik

Jadi aku telah membuang masa dengan datang lambat.


Aku juga bukannya orang yang kaya

Aku tak cukup emas

So, logik jika aku kata

Aku tak cukup masa.

Damn, apahal diorang kasi banyak sangat soalan ha?

Thursday, March 4, 2010

Bila daki bersatu, kau yang busuk

Aku tak tau camne la aku boleh tahan bersama dengan dia ni. Dah la suka tak mandi. Dia cuma nak mandi bila hujan turun. Waktu tu baru la dia seronok gila main air. Lantak la guruh petir. Sebab tu la, walaupun dia mandi hujan, dia tetap berbau busuk dan tampak busuk.

Tetapi akhirnya setelah beberapa lama dia tak mandi, aku berjaya juga bagi badan dia kena sental satu badan, zahir dan batin (takde la batin sangat. ecehhhh....) Dan hasilnya....

Hensem siot!!!!!!

Satu semester dah dia tak mandi, sekarang dia tampak berseri!~ Terpikat kembali aku kepadanya, walaupun dia nampak gangster.

Oh Benji kesayanganku~

Oh ya, aku tengah cakap pasal kereta aku. Dan bukan mana2 pemuda parah di luar sana. Tengok la Benji lepas dah mandi!~


Ok, itu bukan kereta aku. Cuma kereta impian aku. Lalala~ Ala, perlu ke aku tayang Benji aku? Dia dah tua, tak hensem dah. Banyak luka2 kat badan, dan dagu dia pun dah banyak kesan shaver (sebab aku slalu langgar divider waktu parking. Huahahahaha).

Ok fine. Meh sini aku kasi a glimpse of what Benji looks like, lepas mandi (walaupun aku tau korang tak ingin nak tau pon)

Hon Benji lepas dipolish

Wednesday, March 3, 2010

Putar belit takdir

Pada malam Rabu tatkala aku baru abis memecahkan otak di dewan exam, aku dengan seronoknya pegi tengok wayang citer XXXXXXX (sensored beb!). Kerana ketaksuban aku mengejar nikmat duniawi, akibatnya:

Tas tangan aku telah melarikan diri
(kejadian sebenar: tercicir)

Takyah la aku citer lagi camne leh jadi. Dah penat aku mencanang pasal menda ni kat member2 (walaupun diorang tak tanya).

Tetapi entah kenapa, walaupun diriku ditimpa musibah sebegitu, aku tak rasa nak nangis pon. Nak tergelak lagi ada la! Sebab:

  1. Beg tu mak aku belikan waktu Sale raya kat Parkson. Tak mahal pon. Walaupun agak terkilan sebab itu tas tangan feminin aku yang pertama (sila jangan kompius ‘feminin’ dengan ‘girly’ atau ‘pompuan-pakai-pon-tak-nampak-jantan-sangat’)
  2. Walaupun malam tu bagai nak rak aku sumbatkan barang2 mekap ngan earphone aku, tapi aku lupa lak nak masukkan $$duit$$ ngan phone, IC, lesen, dan kad ATM. Yang ada kad bodo2 je (kad MPH, kalendar free, kad cop2 waktu beli air bubble, kad bank yang dah setahun aku terminate, dan sampah sarap aneka rasa)

So senang cerita, yang patut dikasihani adalah orang yang mengutip tas tangan aku tu. Mesti waktu tu dia rasa cam orang paling bertuah kat dunia ni sebab boleh dapat beg pompuan tanpa perlu naik motor, lari2, atau dicekup atas tuduhan meragut. Tapi tup2….

Dah la earphone aku tu model lama. Mekap aku lak kebanyakannya Silky Girl je. Huahahahaaaaaa (sila jangan salah faham. Aku tak kutuk para peminat Silky Girl, ok. Bak kata Dafi, “nampak mak awak, sejuk hati saya “ (takde kaitan. Saja je nak cakap))