"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Tuesday, October 6, 2009

Babak Memalukan 1 - Tamat

Baru tadi, aku dan Kumpulan Teater buat promotion untuk pementasan baru kitorang

Apa yang memalukan sangat tu?

Well, since ini adalah kerja last minute, so promotion kitorang tak sempat buat. Kitorang cuma sempat buat something ala-ala supposed to be flash mobs kat food court. Tapi... Memang memalukan kerana:
  • Nama pun mobs, memang la kena mencapub habis!
  • Rata2 surat khabar yang kitorang pegang (untuk promo tu) dah berusia lebih dua minggu. Ceh. Surat khabar lama!
  • Oleh kerana yang buat kecoh tu tak ramai, so macam... tak jadi.... Waaaa.... (nasib baik aku tak jerit sama. Aku edar kertas je. Hehe...)
  • Waktu edar risalah tu, muka aku penat gila + aku sandang beg besar gadang kesayangan aku tu. Gila la, macam orang yang selalu menyibuk kat kedai2 makan then merayu "Kak... Beli la kalendar ni. Belian amal, untuk anak yatim kak...."
  • Macam biasa, kadang2 ketidakmaluan aku menguasai diri. Dengan ceria berry2 nya, aku telah berlari di sepanjang koridor (ramai pulak tu orang) dan terserempak dengan crush lama aku kawan lama aku. Cis! Malu nye! Tak sempat nak kontrol ayuuuuuu!!! stop lari...
    Isk, lepas ni gila nak praktis pulak ni! Datang la ye! Details adalah sepert berikut:


    PEMENTASAN AMAL
    KDKB 113 & RUMAH TEATER

    APA ADA DALAM SURAT KHABAR
    Rabu, 7 Oktober 2009
    8.15 pm
    Auditorium Perpustakaan
    Harga Tiket: RM1, RM2, Ikut niat anda.
    Sumbangan akan ditujukan ke rumah kebajikan terpilih
    Tiket dijual di pintu masuk


    Aku, macam biasa, berlakon jadi diri aku, mulut becok. Ye, aku tau... Sangat cliche. Tapi, sila lupakan watak aku. Ada watak2 lain yang memang pedas + berapi + mengupas isu realiti di Malaysia + lucu + matang. Jika anda rasa anda seorang remaja yang intelektual dan cool, sila datang. Kalau tak datang, maknanya korang memang mengaku korang seorang yang tak cool lagi membosankan. Huahahaha....

    1 bebelan orang:

    Unknown said...

    tak cukup meyakinkan. org luar buleh menyibuk?

    Post a Comment