"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Tuesday, September 1, 2009

Malang tidak berbau, tapi kalau terpijak najis ayam kan berbau jugak?

Aku eksiden hari ni!!!!!!

Takde la parah. Tapi teruk jugak la. Saaaakit... Aku tak tau ape jadi dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Mungkin sebab lapar ke? Tapi hari2 sebelum ni takde pulak!

Aku tak tau apa jadi. Sedar2 aku terasa macam aku digilis. Tapi boleh pulak aku blur jap. Lepas beberapa ketika, baru aku perasan, darah menitik-nitik. Waktu tu bila aku tengok bahagian yang cedera tu, dan aku tengok darah bertakung, tiba2 aku rasa saaaaakit sangat! Aku cuba nak mintak bantuan, tapi takde sesapa kat situ... Nak cari first aid, tak jumpa. At last aku amik tisu, lap darah tu. Tapi pedihnya!!!

Dah lama post aku takde gambar kan? Tapi hari ni aku sertakan sekali gambar2 yang sempat aku tangkap dalam tangan aku menggigil2 menahan sakit.


Tempat kejadian eksiden
(atas meja, surat khabar sebagai alas pemotong)

*kalau tak nampak, klik gambar tu*
Jari aku yang luka berdarah kerana terhiris (kertas sebelah tu diari tempat aku mengadu dan merengek). Bulatan tu, sila tengok di bawah:


Ni la kulit yang terpotong. Kalau korang perasan, tengah tu ada bentuk bulat, tu la daging ibu jari aku.

Itulah jadinya kalau gelabah sangat waktu potong kertas guna pisau zigzag dan pembaris. Isk, korang mesti rasa aku mengada kan? Dulik apa aku? Sakit tau!

Kalau korang nak tau, waktu aku amik gambar kulit yang terpotong tu (dalam bulatan), daging dia masih basah lagi (walaupun takde darah). Macam span basah yang terlekat kat sellotape! Badan kita memang banyak kandungan air kan?

Kenapa la ek waktu subjek Sains sekolah dulu takde eksperimen utk kaji peratus air dalam badan manusia? Kalau la ada eksrperimen tu, mesti lab report dia camni:

Hipotesis: Manusia terdiri daripada 70% air.

Alatan dan radas:
Tangan sendiri, pisau tajam, mikrowave (Ni kot nama dia. Ala.. yang nak hilangkan moisture dalam bahan tu), piring petri, penimbang

Prosedur:
1. Potong mana2 bahagian tangan anda sebanyak 50gram.
2. Potong lagi 50gram lagi dan disimpan di dalam mikrowave, dan dibiarkan 24jam supaya kelembapannya hilang untuk mendapatkan jisim kering.
3. Timbang jisim kering dan kira peratusan air yang hilang selepas pengeringan.

Pengiraan:
Kira sendiri

Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Manusia memang berkelembapan tinggi.



-GILA-

5 bebelan orang:

Unknown said...

sgt cuai!

tak pakai cermin mata keramat ke?

Nina Soraya said...

ko bt aku ngeri.
kalau aku bace ne sblm tgk luke ko pun ngeri.
dh aku fobia nk pgang pisau.
hahahaha~

Melati said...

Yob: tak... waktu tu aku pakai contact lens je... tp ko lupe ke? aku mmg cuai wpun brapa lapis cermin mata aku pakai sekalipon. haha

nina: haha...ko patut try skali skala...

Unknown said...

Gler r brutal cara penceritaan balik ni.. Bleh jadi producer utk cite SAW ni.. ish3.. gans2... menakutkan..

amatt mexes amir said...

ee menakotkann :p

Post a Comment