"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Saturday, September 12, 2009

Sapa makan cili, dia yang terasa pedas ouch!

Tersebut la kisah, aku ni ber'lidah kucing'. Lidah aku tak tahan sangat makan makanan panas. Jauh sekali makan pedas!

Ye, aku memang mengada. Mak aku kata aku perasan omputih walaupun hakikatnya, aku 75% orang Jawa. Ala rilek la mommy... Nak jadi jawa tak semestinya kena reti makan pedas. Dapat hafal angka dalam bahasa jawa pon dah kira ok gak what? Siji... loro... telu... papat....

Waktu kecik, aku selalu rasa yang teman sebaya aku yang reti makan pedas tu semua cool. Kat tadika, kalau ada budak tuang sos cili kat pinggan, memang jadi Hot Stuff Of The Day la!

Suatu hari, kakak aku kata aku pon boleh makan sos merah yang nampak pedas tu jugak. Tak pedas, katanya. Aku tak percaya, tapi aku try jugak. Rupanya sos tu memang tak pedas! Serta merta, aku rasa macam badan aku dipenuhi aura hotness yang membara, dan sepanjang waktu tu aku makan ayam goreng dengan bercicah sos.

Esoknya, tibalah waktu makan tengah hari di tadika. Dan aku dengan bangganya tuang sos di pinggan. Seperti jangkaan, semua mata memandangku dengan pandangan bersinar. Serta-merta aku dipandang sebagai Hot Stuff of the Day (cewah!). Tanpa membuang masa, aku suap mihun goreng yang telah diletak sos cili ke dalam mulut...

Dan aku rasa SANGAT PEDAS!!!!

Itu adalah kali pertama aku tahu yang sos ada dua jenis - Sos Cili dan Sos Tomato... Hahahaha....

Oh ya, apa jadi kat aku lepas tu? Of course aku tetap teruskan suapan. Tak cun ar tetiba stop - aku kan Hot Stuff of The Day. So aku makan cepat2 dan blah. Tak ada sesiapa tahu bahawa lepas aku bangun dari tempat duduk, berjurai-jurai air mata aku mengalir, sambil bergelas-gelas air aku minum. Menyesal! I was soooo lame..... Sekarang dah cool. Haha... Tapi tetap tak reti makan pedas. Pedas tak termasuk dalam kriteria untuk jadi cool, ok!)

5 bebelan orang:

Anonymous said...

pedas baru kool. lu tak kool langsung la!

sejak bila plak sos cili pedas? sos cili tak pedas tp sos tomato yg masam.

solehah said...

hahhahahhahahaha.true2.kalau budak tadika yg dapat mkn pedas, sume org tgk :P

ni ke bendenye yg kau tulis sbelah aku ri2??

Anonymous said...

bukan orang jawa suka sambal yang pedas2 ke?

Melati said...

yob: hello!~ bagi budak 5 tahun, sos cili dikira pedas tau x? erm... kat tempat aku camtu la. oh, btw, skang aku reti mkn sos cili, tpa aku ttp prefer sos tomato. haha

pencancai najis: tak la... ari tu aku tulis diari. hahahahahaha

macha: aku jawa yang dah terpesong adat. ahahahahaha

Melati said...

oh, btw, yob. spt yg aku kata, reti mkn pedas bukan kriteria utk jd kewl okai! nonono...

Post a Comment