"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, September 18, 2009

Ditangkap tidak puasa. Pernah ke?

Alang2 dah nak habis puasa, aku nak kongsi pengalaman puasa aku tahun ni.

Antara kelebihan perempuan: Ada beberapa hari tertentu di dalam bulan puasa di mana perempuan tak payah puasa, sebabnya ______ (sila jawab sendiri. Aku agak segan untuk taip sebabnya)

Standard la, kalau dah tak payah puasa, nak buat apa tahan diri daripada makan kan? Tapi makan kena sembunyi2 la. Malu la sikit kat orang yang puasa...

Suatu hari, di hari yang tak payah aku puasa, aku telah ke bazaar Ramadhan. Macam biasa, makanan yang aku akan rembat dulu adalah ayam goreng crispy (sedap weh! korang mesti try, KFC versi Melayu!)

Dan seperti kebiasaan aku pada hari2 tak puasa, bila dah masuk kereta, aku melantak la ayam tu. Sambil drive sambil makan. Dah la sahur pun tak bangun, jangan salahkan aku kerana lapar. Btw, aku tak perlu rasa malu kat kereta2 yang lalu kat sebelah, sebab aku memang naturally renek merimbun, tinggi tak seberapa. Kedudukan stereng aku lagi tinggi dari muka, so aku selamat la (waktu ni je la aku bersyukur aku dilahirkan dalam versi mini).

Sampai rumah, aku terserempak dengan beberapa member uniteng. Aku dengan riang ria terus la menyapa mereka. Tak sangka, aku lupa pulak yang diorang ada habit XOXO (hugs and kisses - salam, peluk sikit, cium pipi kiri muah! pipi kanan muah!) Dan belum sempat aku menyesal, aku telah ditarik untuk membuat aksi XOXO Gossip Girl bersama-sama...

Kemudian aku blah.

Dan aku 80% pasti bahawasanya lepas aku blah tu, diorang mesti memperkatakan tentang mulut aku yang berbau ayam goreng crispy di tengah petang Asar.

Oh, maruahku....... TT-TT

Moral of the story: Kalau ponteng puasa, pastikan lap mulut dan kumur2 selepas makan...

Bahasa Melayu susah ke?

Isk, dah berapa lama aku peram cerita ni, asik tak sempat je nak tulis kat sini!

Korang pernah dengar dua pepatah/kata2 hikmat ni?
Bersakit2 dahulu,
Bersenang2 kemudian.
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna.
Dua ayat berbeza, tapi maksud lebih kurang je.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memang kena tau banyak pepatah/kata2 hikmat macam ni. Kalau tak tau jugak, sila masuk darjah satu balik.

Tapi, kadang2 banyak sangat menghafal boleh memesongkan ingatan orang juga, sampai tergabung dua ayat. Macamlah apa yang terkeluar dari mulut seorang perempuan ni pada suatu hari:
Bersusah-susah dahulu pendapatan,
Bersenang kemudian, tidak berguna
Bersenang kemudian tak berguna? Haha... ajaran sesat la pulak!

Tuesday, September 15, 2009

When Nothing Matters Anymore (edisi luahan hati yang touching)

Pernah tak korang rasa burnout habis, sampaikan korang terfikir:
"Apa guna aku belajar/kerja semua ni? Tak de baiknya pon. Gi mampos!"



Pernah tak korang rasa tak tahan dengan kehidupan/masalah korang (walaupun takdela teruk mana pun) sampaikan korang dah takde hati nak nangis/jerit/fikir lagi dan korang asyik fikir:
"Erm... whatever. Nak mampos pon, lantak la..."




Itulah yang aku sedang alami this couple of weeks.


Bosannya hidup.
Nak bunuh diri, tak cium bau syurga kang.


Whatever.

Saturday, September 12, 2009

Sapa makan cili, dia yang terasa pedas ouch!

Tersebut la kisah, aku ni ber'lidah kucing'. Lidah aku tak tahan sangat makan makanan panas. Jauh sekali makan pedas!

Ye, aku memang mengada. Mak aku kata aku perasan omputih walaupun hakikatnya, aku 75% orang Jawa. Ala rilek la mommy... Nak jadi jawa tak semestinya kena reti makan pedas. Dapat hafal angka dalam bahasa jawa pon dah kira ok gak what? Siji... loro... telu... papat....

Waktu kecik, aku selalu rasa yang teman sebaya aku yang reti makan pedas tu semua cool. Kat tadika, kalau ada budak tuang sos cili kat pinggan, memang jadi Hot Stuff Of The Day la!

Suatu hari, kakak aku kata aku pon boleh makan sos merah yang nampak pedas tu jugak. Tak pedas, katanya. Aku tak percaya, tapi aku try jugak. Rupanya sos tu memang tak pedas! Serta merta, aku rasa macam badan aku dipenuhi aura hotness yang membara, dan sepanjang waktu tu aku makan ayam goreng dengan bercicah sos.

Esoknya, tibalah waktu makan tengah hari di tadika. Dan aku dengan bangganya tuang sos di pinggan. Seperti jangkaan, semua mata memandangku dengan pandangan bersinar. Serta-merta aku dipandang sebagai Hot Stuff of the Day (cewah!). Tanpa membuang masa, aku suap mihun goreng yang telah diletak sos cili ke dalam mulut...

Dan aku rasa SANGAT PEDAS!!!!

Itu adalah kali pertama aku tahu yang sos ada dua jenis - Sos Cili dan Sos Tomato... Hahahaha....

Oh ya, apa jadi kat aku lepas tu? Of course aku tetap teruskan suapan. Tak cun ar tetiba stop - aku kan Hot Stuff of The Day. So aku makan cepat2 dan blah. Tak ada sesiapa tahu bahawa lepas aku bangun dari tempat duduk, berjurai-jurai air mata aku mengalir, sambil bergelas-gelas air aku minum. Menyesal! I was soooo lame..... Sekarang dah cool. Haha... Tapi tetap tak reti makan pedas. Pedas tak termasuk dalam kriteria untuk jadi cool, ok!)

Tuesday, September 8, 2009

Funny answer on Muslim Veil / Hijab

Ok, it's probably a little annoying to have another vid on my blog, since i know lots of my reader are staying inside Uni*en and the connection was ridiculously slow, but I really want you to read this!

Why Muslim women wear veils?

Even Muslims don't really know how to convincingly explain this, and non-Muslim usually very sceptical about veils. Just hear this out, and you know why veils are needed.



That was the most relevant answer I had ever heard, by Sheikh Ahmad Dedaat.

Thanks to blogger of Akal vs Hati for introducing the vid in your blog.

Sunday, September 6, 2009

The Famous Abang Matt ^^

Korang kena tengok video ni! Mesti!

Well, I know a lot of you probably have watched this vid months ago, but I'm pretty sure there are lots more who haven't (I just discovered this vid myself, too). Just look how many people surrounded him! It inspires me, and I know it will give the same effect to you too.


Malaysia's not included in this vid, but you can see it in: "Where the Hell are Matt's Outtakes" taken place in Sarawak.

This vid was done by Mathew "Matt" Harding. At first he did the vid for fun, to be watched by friends and family. But somehow his vid was passed around through emails and eventually became viral, with his server getting 20,000 or more hits a day after it was discovered!

He used to be a game designer, but he resigned so he could do what he's doing. Just so you know, this vid you're watching has been viewed 23,386,506 times in Youtube! Giler ah!

For more info, please google it yourself. Macam tak reti pulak.

p/s: I wish I could do something like that. Then it will become viral, and I could be a Youtube star, and I can get a lot of sponsors and stuff, and I'll become famous and rich! Yay!~~~~ But somehow the mirror in my room doesn't approve. Ceh! Apa bleh buat? Tengok la bila aku cun/seksi nanti! Huahahahahaha

Tuesday, September 1, 2009

Malang tidak berbau, tapi kalau terpijak najis ayam kan berbau jugak?

Aku eksiden hari ni!!!!!!

Takde la parah. Tapi teruk jugak la. Saaaakit... Aku tak tau ape jadi dengan aku hari ni. Semuanya serba tak kena. Mungkin sebab lapar ke? Tapi hari2 sebelum ni takde pulak!

Aku tak tau apa jadi. Sedar2 aku terasa macam aku digilis. Tapi boleh pulak aku blur jap. Lepas beberapa ketika, baru aku perasan, darah menitik-nitik. Waktu tu bila aku tengok bahagian yang cedera tu, dan aku tengok darah bertakung, tiba2 aku rasa saaaaakit sangat! Aku cuba nak mintak bantuan, tapi takde sesapa kat situ... Nak cari first aid, tak jumpa. At last aku amik tisu, lap darah tu. Tapi pedihnya!!!

Dah lama post aku takde gambar kan? Tapi hari ni aku sertakan sekali gambar2 yang sempat aku tangkap dalam tangan aku menggigil2 menahan sakit.


Tempat kejadian eksiden
(atas meja, surat khabar sebagai alas pemotong)

*kalau tak nampak, klik gambar tu*
Jari aku yang luka berdarah kerana terhiris (kertas sebelah tu diari tempat aku mengadu dan merengek). Bulatan tu, sila tengok di bawah:


Ni la kulit yang terpotong. Kalau korang perasan, tengah tu ada bentuk bulat, tu la daging ibu jari aku.

Itulah jadinya kalau gelabah sangat waktu potong kertas guna pisau zigzag dan pembaris. Isk, korang mesti rasa aku mengada kan? Dulik apa aku? Sakit tau!

Kalau korang nak tau, waktu aku amik gambar kulit yang terpotong tu (dalam bulatan), daging dia masih basah lagi (walaupun takde darah). Macam span basah yang terlekat kat sellotape! Badan kita memang banyak kandungan air kan?

Kenapa la ek waktu subjek Sains sekolah dulu takde eksperimen utk kaji peratus air dalam badan manusia? Kalau la ada eksrperimen tu, mesti lab report dia camni:

Hipotesis: Manusia terdiri daripada 70% air.

Alatan dan radas:
Tangan sendiri, pisau tajam, mikrowave (Ni kot nama dia. Ala.. yang nak hilangkan moisture dalam bahan tu), piring petri, penimbang

Prosedur:
1. Potong mana2 bahagian tangan anda sebanyak 50gram.
2. Potong lagi 50gram lagi dan disimpan di dalam mikrowave, dan dibiarkan 24jam supaya kelembapannya hilang untuk mendapatkan jisim kering.
3. Timbang jisim kering dan kira peratusan air yang hilang selepas pengeringan.

Pengiraan:
Kira sendiri

Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Manusia memang berkelembapan tinggi.



-GILA-