"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Friday, February 19, 2010

Whataya Want From Me?

Whattayaaaaa!!!!!

(Hehe... saja je... aku cuma fancy perkataan 'whataya' dalam lagu Adam Lambert tu)


Akhir-akhir ni, telah berlaku sebuah epidemik yang sangat annoying kat apartment aku.


Semut merah berleluasa!!!!!!!!!!


Aku tak faham apa yang digilakan sangat dengan semut-semut merah tu. Nak kata housemate aku masak sedap, takde la pon. Sebab akhir2 ni, housemates aku dah malas nak masak, diorang terlalu sibuk melayan kehendak setiap lecturer2 mereka. (ey, ini bukan lucah punya wooo…. Aku cakap pasal assignments dan exams, okai!?)

Tambah ketidakfahaman aku adalah, semut2 kat apartmen kitorang agak mementingkan kesihatan. Diorang nak serang makanan yang betul2 dimasak – maggi diorang tak layan. Buah-buahan pun mereka tibai. Dan yang paling menarik, diorang tak layan air2 bikarbonat dan air kotak. Yang diorang selalu serbu adalah air suam kat dalam jug dan electric kettle kitorang. Memang menyihatkan. Orang Malaysia patut mencontohi cara pemakanan semut2 ni!

Tapi yang paaaaling aku tak faham adalah… Semut2 ini juga menggigit aku!

Aku tak tipu! Diorang suka gigit aku. Walaupun kesan gigitan diorang tak berbintat (tak jadi kembung), tapi aku tetap rasa annoyed. Bayangkan la, tengah syok aku senyum2 simpul melayan movie dengan penuh khusyuk, tiba2 kena gigit! Mati nafsu aku nak senyum. (Ey, aku tak tengok yang bukan2 ok! Sila jangan berfikiran serong)

Yang peliknya, aku sorang je yang kena gigit kat rumah aku. Housemate aku tak pernah kena. Membuatkan aku tiba2 terfikir…

Aku ni sweet sangat ke? Alamak… NI yang rasa blush ni!

Atau mungkin…



Aku ni ‘sihat’ sangat?? Aku gemuk? Tidakkkkk!!!!



Isk, ni yang nak kena minum Jusmate5 ni? Sapa ada? Nak satu boleh? Hahahahahahahahahahahahahahaah
(Eh, aku bukan berniat nak hahaha-kan peminat Jusmate. Sila jgn serang aku dengan plan diet korang. Peace!^^)

Tuesday, February 16, 2010

Google adalah pengancam hidup kita

Aku tau korang mesti ramai dah tau. Especially lepas Fly.fm warning pasl ni last month. Tapi baru sekarang aku discover.

Ala, aku kan memang ketinggalan sikit. Tapi bagi sesiapa yg lagi ketinggalan dari aku, sila2 la baca.

Pendahuluan:
Pelik btol bdak2 yang takde facebook/suka2 tukar nama kat facebook. Kan susah bila orang nak kontek. Aku yang tengah bengang x dpt kontek sorang member aku dengan saja2 nya menggatal tangan menaip nama penuh member tuh kat google.

And guess what? Banyak siott data dia kat tenet! Especially data kat kolej dia (sama kolej ngan aku pon). Habis kantoi segala bagai info pasal carry mark dia waktu semester2 yang lepas. Haha!

Cerita aku:
Hal ini telah menjadikan aku cuak. Camne kalo ade orang lain jumpe carry mark aku?

So aku pon menggoogle la nama penuh aku... Kalau dulu, orang kata "anda adalah sangat buang tebiat/perasan glamer kalo anda google nama anda". Tapi ni untuk safety aku, ok! Ntah apa yg memalukan yg terdedah kat tenet, aku mesti la nak tau!

Dan bila aku google je....




!@#$%^&*()!@#$%^&*(!@#$%^&*







(aku tercarut)




(dan terbeliak)




(adeh... tetiba rasa macam nak sembelit)




Gila arh! Sejak bila aku daftar semua ni???



Daftar jadi tutor? Huh?
Oh... Suatu masa dulu, bila aku dengar jadi tutor ni senang. Lagipon waktu tu otak aku masih blom bengong lagi. Daftar je, bukan apa pon. Waktu aku foundation dulu...
Tapi dia siap bagitau segala info aku psl alamat ngan no tepon lagi tu! Cis!

Huh? Carry marks aku kat uniteng? Eh? Banyak nye info aku psl kt uniteng?

Kantoiiiiii..... Tapi, lupakan je la. Lgpun yang aku jumpa tu wkt foundation dulu punya gak. Bukannye digunapakai waktu degree nih...

Arrgghhh??? Blog sana? Blog sini? Blog situ?
Erm... Tak memalukan kot? Let's just say, google membantu mempromote aku in some way (wpun x de berkesan pon)

Ehhh??? Facebook pon ada?
Ok, aku kena set privacy aku kat facebook!

Eh? Friendster?
Haha.... Wujud lagi ke frenster? Ok, delete!


Eh jap. Pendaftaran apa ni?

Member baru apa ni?


Google groups? Aku x pnah tau pon google groups ni? Guna google groups pon x reti!



Apaaaaa niiiiiiii!!!!!!!!!



Tapi kan... Bila fikir balik, ramai manusia2 kat sana yang aku x nak diorang tau yg aku masih hidup lagi. Ramai manusia kat luar sana yg aku x nak diorang tau aku skang study kat mana. Isk... Senang2 je diorang tau kolej aku???

Uniteng ni memang tak melindungi privasi orang langsung! Generate professional konoN! Mereka sendiri tidak professional dalam hal2 camni! Ceit! Dasar taik idong!


Takuuuuttttttnyaaaaaa!!!!!


Nasihat aku:
Buat korang di luar sana, kalo korang rasa korang glamer, bajet hot, rasa cam ramai orang nak google korang, baik cek apa yang boleh menggugatkan kemachoan korang kat google.

Kalo korang x cun, x de sape sangat nak google korang, nak abaikan pesanan aku ni pon x pe.

***Dalam kes aku, aku rasa aku hot dan glamer, so aku memang x leh abaikan hal2 macam ni. But then again, aku ni delusional sikit. Biarlah aku perasan sorang2. Hahaha***