best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Hari ni bontot aku jadi besar! Yeeehhhaaaaa!!!!
Kepada pervert yang tetiba otak teringin nak bayangkan bontot aku, sila baling fikiran korang masuk lubang jamban tempat korang selalu letak bontot nak berak, okeh! Aku maksudkan "kembang punggung", yang bermaksud "berbangga". Jangan tanya aku kenapa perkataan ni wujud! Sila Google. Sure tak jumpa, sebab aku dah try. Hahahaa.... Btw, perkataan ni selalu ditutur oleh orang2 yang dah nak tua. (Hah, ada yang tiba2 rasa macam "eh, aku selalu cakap macam tu..." ke? Hahahaha korang dah nak tua!)
Ok, mukadimah sangat panjang.
So sebab apa aku rasa berbangga? Sebab hari ni ada orang confess perasaan dia kat aku!
Woooottttt!~ Bangga siot!!!!
Hehe... Ayat bikin gempak je. No, bukan confess cintan la, der. Jangan risau... Semua jantan yang mengenali aku masih waras lagi.
Anyway, punya la panjang lebar mukadimah + kata-kata aluan aku, cerita sebenarnya... Tadi ada la member aku ni. Punya la selama ni menyepi, kerek kat aku siot... Komen kat wall fesbuk pon, balas macam tak ikhlas je *touching! sob! sob!* Tadi, bleh plak dia ngaku yang dia stalker blog aku ni. Cewah! Dia la yang suruh aku hapdet blog ni. Peeeeeewwwit! Aku rasa terharu, aku macam nak nangis.
*Sob! Sob!*
Time kasih la kat Cik Adik Manis (Heh! Padahal lagi tua dari aku!) kerana menjadi stalker aku selama ni. Entah betul ke tak ko baca blog aku, aku dulik apa! Yang penting, untuk sementara ni ko berjaya buatkan aku rasa cam seorang blogger yang feymes. Ala2 hot hot stuff gitu, noks!~ Awww!~
Kepada Cik Adik Manis, kalau ko baca post ni, ko suruh la Cik Adik Comel dan Cik Adik Menawan tu baca sama. Hehe... Kepada Cik Adik Menawan, sory2 sebab tak kenal ko tadi. Aku nye RAM ni dah la model lama, memory pon 256MB je...
p/s: Nama di atas sekadar tanda mesra je. Janganla marah... Kalau nak marah, salahkan Cik Adik Manis. Nak sangat suruh aku hapdet. Hahahahahahah!!!!!!!!
0 bebelan orang:
Post a Comment