"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Monday, January 18, 2010

Promosi Istimewa! Tawaran Hebat!

Pengumuman!~ Pengumuman!~
Siapa yang mau bantu
Tolong aku! Kasihani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku

Siapa yang mau?!~

Ibu-ibu!~
Bapak-bapak!~
Siapa yang punya anak tu, bilang aku!
Aku yang tengah malu sama teman-temanku
Kerana cuma diriku yang tak laku-laku


Ok, itu kedengaran sangat desperate. Dan aku tak la desperate mana. Bak kata orang, seorang itu............... erm...............






Eh, baiknya cuaca kat luar! Kan? Kan?








Ok, berbalik kepada iklan aku tadi.

Sebenarnya itu cuma lirik kepada lagu tema aku. (Huahaha! Aku ada lagu tema! Gempak tak? Korang ada ke?)

Aku tau korang tau lagu ni. Dah lama menyemak kat radio, tapi selama ni aku akan tukar siaran radio tu kalau ada lagu ni, sebab muzik dia punya la macam........errr.....

-no komen-

Tapi lirik dia... Memang menusuk kalbu aku yang berstatus bujang ni la!

Nah aku bagi lirik dia! Para bujang terlarang, jejaka sunyi, mahupun dara sepi boleh bersama2 nyanyi lagu ni dengan sepenuh hati.... (Yang "in relationsip" ngan "it's complicated" pun leh join skali, untung2 leh pasang satu lagi. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan sekepak...



Cari Jodoh

Apa salahku?
Apa salah ibuku?
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Untuk jadi pengobat pilu
Untuk jadi penawar rindu
Untuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cubaan?

Ibu-ibu, bapak-bapak
Siapa yang punya anak, bilang aku!
Aku yang tengah malu sama teman-temanku
Kerana cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman!~ Pengumuman!~
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau?!~


p/s: Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Ariessis atas usaha kerasnya memaksa aku dengar lagu ni serta titik peluhnya menulis lirik khas untukku. Ceh!

Ariessis yang dengan bangganya menayangkan 'surat layang'nya untukku


p/s: Oh ya, kang kalau mantera (lagu tu la!) tu menyebabkan korang yang single ni tetiba jadi available,jangan pulak kang 'main' kat tempat gelap, belakang swimming pool, atau dalam kereta. Nanti kang........

Friday, January 15, 2010

Confession Hangat Seorang Gadis

Hurm... Dah lama kan aku dump blog aku ni? Ada ke orang rindu bebelan aku? Mmmmuuuuaaahhhhh!~ (perasan)

Sebenarnya aku kat Computer Lab ni. Baru abih kelas C Programming. (kepada bdak Uniten, jangan kompius mengapa aku amik subjek ni di kala usia aku sudah lanjut. Aku tak repeat paper, ok! Aku memang skip subjek ni waktu 1st sem 1st year dulu)

Aku nak buat confession ni. Hari ni aku kena dump. Bukan aku sorang, ramai member aku pon kena dump gak. Frust menonggeng beb! Punya la, kitorang kena dumped dalam keadaan masih keliru, jiwa kacau lagi berkecamuk. Terkapai-kapai mencari jawapan "kenapa? kenapaaaaaaaaaa????!!!!" Tapi tiada siapa mampu menjawab persoalan itu.....

Tak taulah macam mana nak teruskan lagi hidup ni.... Mata aku dah bergenang bila si dia kata nak blah camtu je. Tapi, aku kentalkan juga semangat bila member2 lain yang senasib denganku memujuk, "Biar je la. Malas dah. Layan fesbuk lagi baik!"

Ye! Layan fesbuk je la! (Eh, aku bukak blogger, bukan fesbuk). Biaq pi la semua ni. Setiap kali aku tekan "Compiling", berapa banyak error yang keluar. Tak pun bila tekan "Start without debugging" plak, terus bising komputer ni bunyi beep! Frust aku! Sampai tonggek bontot menonggeng banyak kali!


Miss Masyura, Lecturer C-Programming kami!!!! Pulanglah ke pangkuan kelas ini! Kami tak reti buat function menatang-alah ni! Waaaaaaaaaa~~~~~~~