"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Sunday, December 20, 2009

Zaman dah berubah.... Budak dah maju......

Cuti semester lepas (aku dah habis cuti dah la ni.... T-T) aku telah ter-ada hobi baru dalam mengisi masa senggangku.

Mendownload video2 kat YouTube.


Kebanyakan video yang aku download adalah video2 lama, mostly katun2 kegemaran waktu zaman kanak2 dulu. Thanks to Mozilla dan para pencipta add-ons kat Mozilla, sekejap je aku leh download video2 kat YouTube, walaupun broadband aku sangat crappy macam ayam sembelit.

Tapi masalahnya, aku takde mood pon nak tengok katun2 yang warna tak bright dan takde suara nyaring2 macam kat Cartoon Network tu, tak secomel kat Disney Channel, serta tak sengal macam kat Nickelodeon. Tapi aku tetap download gak. Seronok dan excited bila tengok video2 aku sangat laju didownload. Hahahahaaaa....!~ (Buang tebiat)

Dan setelah beberapa lama, barulah aku ada mood untuk menonton segala haramjadah yang aku download tu.


Dan aku perasan cerita2 tu semua kebanyakannya....





SANGAT BOSAN!






Mungkin sebab aku ni dah tua kot. Dah mula hilang jiwa remaja serta riang ria rebina aku. Memang tercabar ego aku bila sedar aku dah mula menjadi tua (walaupun muka aku nampak ke-makcik-an, tapi aku selalu perasan aku ni young at heart! Hehe...)

Jadi aku pun suruh la adik2 sedara aku tengok. Saja nak pastikan.

Dan review yang mereka beri adalah....


“BOSAN LA CITER2 NI....”

“TAK NAK TENGOK LAGI...”

“..........z...........” (tidur)



Dan ketika itu barulah aku sedar...


Orang zaman kita kecik2 dulu memang takde taste buat cerita!




(oh, exception kepada Dragon Ball dan Sailormoon. Haha....)


Wednesday, December 9, 2009

Saya Anak Malaysia. Anda Bagaimana?

Tersebutlah kisah pada hujung minggu yang lepas, datang seorang wanita yang tidak dikenali dengan wajah yang sangat dicurigai mengetuk pintu rumahku. Ibuku dulu pernah berkata "jangan bukak pintu utk org yang tak dikenali. Nanti kena culik". Biasa la, anak dia ni kan ala2 Miss World Greatest Loser ~ Siapa yang tak nak culik aku! Rasanya semua orang pun tak nak!

Jgn bengang kat aku dulu. Sila highlightkan ayat di atas tu.

Jadi aku pun mengintai dari pintu belakang. Memang nampak mencurigakan la, sekejap2 pandang atas, lepas tu buat muka bengang. Sekejap dia pegang leher, sekejap pegang kepala. Tak boleh duduk diam. Macam budak2 baru curik gula2 dua posen kat gerai sekolah.

Tapi kemudian baru aku perasan, rupanya dia tengah kepanasan... Laa... Kesian...

Dipendekkan cerita, bila aku buka pintu, wanita tersebut meminta aku untuk menjawab survey2 yang dibawanya. Survey berkenaan 1Malaysia. Punya la bersungguh dia bertanya itu ini pasal pendapat aku tentang masyarakat berbilang kaum dan pendapat aku berkenaan 1Malaysia. Aku jawab je la seperti budak baik yang sangat patriotik, walaupun hakikatnya aku menanam cita-cita untuk keluar dari negara ini dan lepak kat negara lain sebagai pendatang untuk lima enam tahun, saja nak lari dari cukai pendapatan kat sini. Hehe...

Selesai menjawab, aku telah dihulurkan sehelai tuala muka warna hijau. "Cenderahati sebab tolong jawab," katanya. Tapi kemudian, barulah aku perasan tag yang ada di tuala itu:


100% cotton
Made in China



Saiz tag tu besar woo...! Hurm... Yang buat survey ni tak tau ke perbezaan multi-racial ngan multi-national? Walaupun orang Cina di Malaysia tergolong dalam rakyat 1Malaysia, tapi tak tau pula aku negara China pon join dasar ni. Ceh! Sooooo Malaysian! Buat penat je promosikan barangan buatan Malaysia.

Tapi, apa boleh buat... Dalam pepatah Melayu pun ada kata, "Belajar tinggi-tinggi, biar sampai ke negeri China." Produk Malaysia tak best... Mahal pulak tu...