"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Thursday, August 25, 2011

Macam mana nak buka blocked website? Guna la anonymous proxy~

Cik Melati selalu dapat pertanyaan ni: "Macam mana nak buka blocked website?" 

Padan muka akulah. Siapa suruh gi hebahkan satu Malaysia yang aku masih selalu download file dari PirateBay dan FilesTube lagi. Dah semua orang attack aku soalan yang sama.

Jawapannya, aku guna anonymous proxy.

Banyak sebenarnya website yang tawarkan service anonymous proxy. Tapi yang paling aku suka:


Kalau tak puas hati dengan dua site ni, Google la "anonymous proxy". Ada banyak list kat internet. Korang guna la dan download sampai pengsan! 

* *  LOVIN' THE INTERNET~   * *

Cara nak guna:

First, korang masuk laman web tu dan taip website yang korang nak kat address bar yang disediakan.



Korang akan dapati yang korang dah pun boleh bukak blocked website tu. Tapi hakikatnya, korang buka blocked website tu melalui anonymous proxy nye website tu. See the header. 



Oh, sebelum korang cuba, nak kena bagi amaran sikit. Since service ni free, of course la ada keburukannya:

1. Website2 ni biasanya suka buat pop-up ads. Dan website yang korang berjaya bukak tu pun ada iklan (sila klik figure kedua tu utk besarkan gambar). So sangat la annoying. So pastikan korang ada kesabaran yang tinggi. 

2. Since ada pop-up ads, so mungkin ada la aktiviti2 spamming dan kemasukan bakteria internet (a.k.a. virus) menerjah ke komputer korang. So, pastikan korang ada kesabaran yg tinggi dan ada antivirus yg bagus (but then again, website2 download ni kan memang selalunya banyak virus pun, walaupun tak guna anonymous proxy)

3. Kegiatan ini illegal. Yalah, ada kaitan dengan plagiarism dan cetak rompak kan... Lagipun, rasanya guna proxy luar ni salah di sisi undang2 (sepatutnya la. Tapi kita kan peduli apa. Kita kat Malaysia, bukan kat Amerika. Rakyat takkan ditangkap kalau download illegally. Lagipun semua orang buat. Takkan dia nak tangkap berapa juta rakyat Malaysia ni? hahahaha)

-----------------------------

So, sekarang korang dah tahu, so apa lagi, shuh shuh! Gi download sampai pengsan!

Monday, August 1, 2011

Kek Cik Melati

Jangan terkejut ye adik2. Cik Melati sekarang dah pandai main jual-jual kek! Huahahahaaaa Dah setapak ke hadapan!


KEK LAPIS ASAM MANIS


Rajah 1

Pek 4'' x 7" =  RM10.00
Pek 7" x 7" = RM16
Tester (saiz sushi pek) = RM0.80 (harga promosi!) 


Untuk tempahan, boleh contact Cik Melati:
010-4249778 (Mel)



Kami terima tempahan raya & tempahan sebelum/lepas raya ^____^

Anda dijemput beli/tempah kek ni. Gerenti sedap! Bila nak hidang kat tetamu pun, korang akan tersenyum lebar. Resepi kebanggaan Bonda nih!

p/s:
Buat masa ni, kitorang terima tempahan untuk Kek Asam Manis ni je. Sebab Bonda busy nak kerja + beribadah bulan puasa. Cuma anak dara dia ni je yang senang memanjang, dan resepi ni je yang aku terer sebab dah beribu kali berlatih (resepi lain, Bonda tak kasi buat. "Menjahanamkan resepi je kang!" katanya. *sob*sob* Kalau ada kek baru, nanti Cik Melati beritahu, okeh?




***UPDATE: Berikutan dengan kekecohan pasal butter Golden Churn yang disahkan mengandungi DNA babi, Cik Melati kena terangkan dua hal:
 
1) Ini bukan kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak kan cantik menawan indah berseri. Kek lapis Cik Melati punya ni kan cantik menawan je, tak indah berseri pun...
2) Kek ini tak gunakan butter. Kami gunakan marjerin, sebab Bonda tak suka bau susu kat butter. So kitorang memang le tak guna Golden Churn tu (dengar nama pun tak pernah!)