"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Wednesday, April 28, 2010

Permainan bodoh-bodoh

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Alkisah, dua kanak2 lelaki telah bertengkar di kawasan rumah aku petang tadi. Berikut adalah snippet pertengkaran tersebut:

Adik A: Pergi la kau! Bodoh!
Adik Z: Kau la bodoh!
Adik A: Kau lagi bodoh!
Adik Z: Ala, kau tu, sifir 12 pon tak reti. Kau la lagi bodoh!

Hahahaha... Permainan "Siapa Paling Bodoh"!

Tapi aku rasa kita semua pun pernah main permainan tu. Ungkit mengungkit kompem ada. Cuma biasanya, permainan ni akan berlanjutan, sampai ada yang mengalah, terdiam, atau tukar topik. Dan waktu zaman kita dulu, rasanya kita guna "saya-awak" atau "kita-awak" (sebab dulu mak kita selalu takutkan kita dengan Hantu Paku)

Contohnya:

Alibaba: Awak sifir 6 pon tak reti! Bodoh!
Minah: Macam la awak reti! Awak lagi bodoh!
Alibaba: Kita tau sifir 5!
Minah: Kita tau sifir 10! (lagi besar!)
Alibaba: Eleh... Dulu awak tak reti eja nama awak sendiri pon! Lagi bodoh!
Minah: Ey, itu waktu kita tak masuk tadika lagi la! Mana aci! Bodoh!
Alibaba: Ari tu awak menangis sebab termakan sos cili. Lagi bodoh dari kita!
Minah: Ey, mana ada! Tipu! Tipu dosaaa... mati seksaaa... Masuk nerakaaa... (siap boleh buat lagu)
Alibaba: Dah la, kita lapar. Nak gi makan.
Minah: (Bangga. Sebab dah menang)

Hahahaha... Aku dulu selalu camtu. Korang pon mesti pernah camtu. Sila jangan nafikan. Hah!

Tuesday, April 27, 2010

Nostalgia buatkan aku menangis. Oh, habis tak cool dah!

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Awwww!~ Aku sungguh terharu!~

Setelah sekian lama tak bukak Fesbuk (Trust me. Sebelum ni korang nampak aku online , tp sebenarnya atas urusan komunikasi sewaktu takde kredit je...), tiba2 aku nye page flooded dengan notification.

Baru je aku nak bajet hot. Maklumlah, tiba2 je lak ramai orang nak komen gambar2 aku (cewah!). Tapi bila cek2, baru aku perasan yang…

Whooooaaa!!! Ada orang tag aku gambar waktu aku skola darjah 5 dulu la!!!

Oh, kenangan lama kembali berputik. Membuatkan aku teresak2 riang. Sobb.. sobb.. yay! sob.. sobb.. Intailah kat bawah tu, waktu aku zaman comel2 lagi:

Aku kat barisan tengah, 8 dari kiri. Kalau rajin kira la. Gambar ni aku rembat dari fesbuk. So memang la tak jelas. (nasib baik x jelas. Kalo x habis kantoi muka aku wkt kecik dulu!)

Kalau nak tahu, sejak aku sekolah kat Selangor waktu form 1, aku dah mula lupa sikit pasal member2 lama kat sekolah rendah. Ye la… Dulu mana ada henpon sangat. Nak komunikasi bukan main payah. Bila berjumpa, langsung tak tau nak cakap apa. So "in relationship" aku dengan diorang dah bertukar kepada "single"

Tapi bila skang aku kena tag (walaupun lambat sikit), sobb…sobb… aku sungguh terharu. Lagi terharu bila ramai yang add aku. Yay! Walaupun aku tak kenal lagi dah beberapa orang... (dah la muka masing2 kecik sangat. Dah tu, bila aku view page, masing2 dah jadi cun/hensem. Aku je yang makin macam makcik jual ayam. Hahahahaha)

Monday, April 26, 2010

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor - What's gotten into them?

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com

Pilihanraya kecil DUN Hulu Selangor
semalam…akhirnya DAH TAMAT!!!!~

Penat tau tak bila terpaksa menghadapi pelbagai kerenah penyokong2 TEGAR dan orang2 KUAT parti2 yang bertanding. Siap baling telur kat masjid, merusuh, bergaduh, dan berbunuh lagi… Memang sangat bersifat ZAMAN BATU! Aku rasa orang utan (yang berstatus haiwan) lagi bertamadun daripada diorang semua. Oh, perenggan ini aku tak specified kepada satu pihak sahaja, ok. Tapi kepada semua yang jadi gila setiap kali ada pilihan raya kecil kat mana2.

Bagi orang-orang tua yang suka buat kacau setiap kali pilihan raya tu… Agaknya diorang ni takde kerja lain ke? Apa diorang ingat ni perlawanan bola sepak pasukan Malaysia lawan Indonesia? Kalo orang Indon buat kacau lepas perlawanan, pandai pulak menyumpah seranah kata takde tamadun. Bila diri sendiri buat kacau, tak sedar diri pulak.

Tiba-tiba aku teringat waktu zaman budak2 aku dulu. Waktu sukaneka, perlawanan antara tadika-tadika. Perang mulut antara tadika sangatlah hebat, dan kadangkala bertengkar sampai tarik2 rambut. Padahal wakil masing2 hanya dua tiga orang je, dan hadiah cuma hamper set alat tulis yang berharga tak sampai RM10.

Haha… Orang perasan arif politik kat luar sana sebijik macam budak2 tadika aku dulu. Ouch!


Nota kaki:


Oh, BN MENANG!~ Syukur Alhamdulillah…

Now, don’t bash me for saying “Alhamdulillah” for a winning of an Indian candidate. I’m not a MURTAD for saying that, okay! Aku cuma bersyukur sebab BN is able to secure the seat instead of the parti yang suka memfitnah dan melagakan rakyat dengan segala macam drama dan teori tak realistik PKR.

Kepada sesapa yang bengang kat nota kaki ni, sorry la. It's a free country, dan aku bukannya tengah melaga-lagakan mana-mana insan. TQ

Thursday, April 22, 2010

Golek2 Gelek2 Gelak2 Galak!

Ditulis dengan cantik kat blog http: // redmelati . blogspot . com
Selepas POTONG P1 W1max yang bongek tu.... Aku sudah ada internet balik! Yay!

Oh, aku sungguh excited! (ni technician tu baru balik, lepas pasangkan modem tadi). Alang2 aku tengah excited ni, aku nak buat azam baru:

AKU MAU SELALU UPDATE BLOG.

tidak dilupa FACEBOOK KESAYANGAN!~


Oh yeah! Kepada member2 tersayang, sila usha2 page aku ya!

Oh, btw, aku dapat online sebab aku guna Streamyx Cool UniPack. Yeah, it's cool, and I gotta get a netbook FOR FREE!!!! <-----Aku x sepatutnya excited, sebab mak aku suruh bagi menda alah ni kat adik aku. Biasa la, aku kan baik. Cewah! Nak tau lebih pasal Streamyx tu, usha poster bawah ni, or pandai2 tanya Uncle Google. Okeh?

Friday, April 16, 2010

P1, POTONG!



Bagi sesiapa yang fikir aku tengah promote P1Wimax, ANDA SILAP! Aku tengah condemn ni!

Korang tengok iklan kat atas, pasal potong2. Hurm... Akhir2 ni baru aku faham apa maksudnya...

“P1Wimax tak bagus, so bila korang dah langgan nanti, korang boleh la POTONG balik Wimax!”

Korang rasa P1 tak guna wayar? Hei, mana ada. Itu untuk Wiggy je la. Mahal sikit. Yang biasa punya berwayar-wayar!

Ceh! Indah khabar dari rupa. But then again, rupa device dia pun bukan la bagus sangat. Dah la tak portable pulak tu! (aku guna yang tu). Pastu, kalau nak dapat line, kena letak kat tingkap. Tak boleh tempat lain. Pastu guna kuasa elektrik pulak! Buat beban bil elektrik aku je! Dah la tu, line tak bagus pun! Buat aku rasa macam nak POTONG kabel wayar kat syarikat P1 tu je!

Memang aku akui, P1Wimax memang laju. Gila seronok aku layan Youtube, download torrent, bagai. Tapi bila aku guna Stremyx, cewah! Streamyx dah laju gak la sekarang! Tak tersekat2 pun macam dulu (waktu siang ada la tersekat sikit. Tapi standard la. P1 yang konon hebat tu pun camtu gak!)

Dah tu, aku dok Putrajaya. Kat sini, masih tak ada coverage P1 sangat. Tapi ada la dapat tempias coverage dari kawasan berdekatan. Menyala gak la LED aku warna kuning (kalau laju, warna hijau. Slow/takde lina, warna merah). Dulu waktu kitorang first jadi customer, kitorang dah DIJANJIKAN bahawa dalam masa terdekat ni diorang akan luaskan coverage kat Putrajaya. By then, memang heaven la kalau nak surf internet.

Tapi sekarang lepas dah 4 bulan, HARAM! Coverage kat Putrajaya masih takde. Dahlah aku punya kawasan perumahan ni kat pinggir Putrajaya. Memang line sentiasa merah. Waktu malam dah nak dekat midnight baru ada. Itu pun berkelip kuning. Line tu segan-segan je!

Lepas tu, sikit2 server ada masalah. Kadang2 line ada, tapi tak boleh surf internet sebab server kata mak aku tak bayar bil. Gila apa! Pastu bila call technical, diorang kata “Sorry la kak. Server kat Putrajaya sekarang ada masalah sikit. Saya janji kitorang akan baiki hari ni jugak!” Huh, dah dua minggu, tetap problem gak. Agaknya kat planet diorang definisi “hari ni” adalah sama dengan “BULAN ni” kot!

Damn! Aku potong! Layan streamyx lagi bagus! Walaupun tak portable (ala, P1 yang aku pakai pun tak portable) tapi murah. Pakej universiti tu. Siap dapat netbook lagi! Huh!

Please tell me I'm dreaming....


This is so messed up...!!!


Nothing is okay, and I’m not fine!

And they ARE as bad as they look!

STOP trying to calm me down by saying those words when you are not even sure if you mean them. And I won’t have to fake a smile and pretend to think positively! It’s tiring, and we both know that!

This is so messed up...
So f*cking messed up...





So this is it.
THE END.
Fullstop
.



Why can’t I stop crying! Stop it! Stop it!

Tuesday, April 13, 2010

Catuan Air dan korang semua

Last weekend, aku balik kampung kat Johor, daerah Batu Pahat. Terkejut aku bila tau ada catuan air kat sana! Air paip hanya boleh dibuka dari 10 MALAM hingga 10 PAGI. (Huh, macam internet Wimax kat rumah aku! Haha...) Katanya, empangan dah kering. Maklumlah, hujan dah kurang…

Kepada sesiapa yang memang tak kenal aku, fyi aku duduk kat Putrajaya/Bangi. Kat sini, setiap petang hujan! Paling tidak mesti gerimis, tapi selalu memang asyik hujan lebat, walaupun sekejap. Ni pun tengah lebat gila kat luar tu! Empangan mini kat Putrajaya (depan PICC) tu, bulan lepas dah cetek, sekarang dah dalam balik!

Bukan Putrajaya je. Area KL, lembah Kelang... senang cerita, area Sentral,memang selalu hujan. Hujan lebat sampai keluar kat berita Fly.fm (kat dalam berita trafik. Pasal trafic conjesction petang2)

Ini membuatkan aku terfikir…

Selatan dilanda kemarau sebab semua hujan dah lari ke Sentral ke? Aku tak tau la camne hujan kat Utara (aku jarang baca berita). Tapi kepada sesiapa yang duduk kat Sentral ni…


KORANG TAK RASA BERSALAH KE SEBAB RAMPAS HUJAN ORANG SELATAN?



Haha… Cam dalam cerita One Piece (a.k.a. Budak Getah) pulak, yang kisah Alabaster tu!