"A good blogger doesn't need flamboyant templates"

Hmmpphh Aku blogger picisan je. Template kena la over,you!~

Saturday, July 31, 2010

Today was a fairytale~

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Hari ni bontot aku jadi besar! Yeeehhhaaaaa!!!!

Kepada pervert yang tetiba otak teringin nak bayangkan bontot aku, sila baling fikiran korang masuk lubang jamban tempat korang selalu letak bontot nak berak, okeh! Aku maksudkan "kembang punggung", yang bermaksud "berbangga". Jangan tanya aku kenapa perkataan ni wujud! Sila Google. Sure tak jumpa, sebab aku dah try. Hahahaa.... Btw, perkataan ni selalu ditutur oleh orang2 yang dah nak tua. (Hah, ada yang tiba2 rasa macam "eh, aku selalu cakap macam tu..." ke? Hahahaha korang dah nak tua!)

Ok, mukadimah sangat panjang.

So sebab apa aku rasa berbangga? Sebab hari ni ada orang confess perasaan dia kat aku!

Woooottttt!~ Bangga siot!!!!

Hehe... Ayat bikin gempak je. No, bukan confess cintan la, der. Jangan risau... Semua jantan yang mengenali aku masih waras lagi.

Anyway, punya la panjang lebar mukadimah + kata-kata aluan aku, cerita sebenarnya... Tadi ada la member aku ni. Punya la selama ni menyepi, kerek kat aku siot... Komen kat wall fesbuk pon, balas macam tak ikhlas je *touching! sob! sob!* Tadi, bleh plak dia ngaku yang dia stalker blog aku ni. Cewah! Dia la yang suruh aku hapdet blog ni. Peeeeeewwwit! Aku rasa terharu, aku macam nak nangis.

*Sob! Sob!*

Time kasih la kat Cik Adik Manis (Heh! Padahal lagi tua dari aku!) kerana menjadi stalker aku selama ni. Entah betul ke tak ko baca blog aku, aku dulik apa! Yang penting, untuk sementara ni ko berjaya buatkan aku rasa cam seorang blogger yang feymes. Ala2 hot hot stuff gitu, noks!~ Awww!~

Kepada Cik Adik Manis, kalau ko baca post ni, ko suruh la Cik Adik Comel dan Cik Adik Menawan tu baca sama. Hehe... Kepada Cik Adik Menawan, sory2 sebab tak kenal ko tadi. Aku nye RAM ni dah la model lama, memory pon 256MB je...

p/s: Nama di atas sekadar tanda mesra je. Janganla marah... Kalau nak marah, salahkan Cik Adik Manis. Nak sangat suruh aku hapdet. Hahahahahahah!!!!!!!!

Tuesday, July 6, 2010

Abang, Jangan tinggalkan Esah banggggg...~

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
Petang semalam, tengah aku nak bayar kat satu kedai magazine kat Alamanda, satu kejadian tak diingini berlaku.

Ada budak potong barisan!

Haha... Dramatik sungguh.
NO
, itu bukan kisahnya! (-_-") Aku tak kisah pun budak yang potong tu, sebab aku baik. Apatah lagi, budak tu usia cam 5 tahun gitu. Tak boleh la aku berdrama buat-buat marah...lepas tu main jeling2 mata...pastu saling terpikat...kemudian bertukar nombor...then calling2... Ya, aku pernah buat macam tu. Hehaaa... Nampak muka aku macam muke innocent je, macam Makcik Cleaner pon ada. Mesti korang tak sangka kan?

Tak caya, tengoklah gambar bukti taktik cinta aku berjaya:

Aksi terlampau aku dengan Abang Panda



Sorry, out of topic!

Bebalik kepada cerita, budak tu bawak dua paket mainan, lepas tu suruh papa dia bayarkan. Papa dia, cuba menjadi bapa mithali,menarik mainan tersebut lalu berkata "Tidak, anakku. Membazir itu amalan syaitan! Belilah kamu sebuah buku ilmuan, supaya kelak kamu akan jadi pintar..." (Perkara sebenar: Bapak dia kata "Ala sayang... Beli satu cukup la...". Mungkin sedang berfikir 'ni mesti ikut genetik mak dia, tau nak sapu aku je!')

Dan tiba-tiba........









*drum rolling*
*biar suspens sikit*








Anak dia tersungkur! Betul2 kat kaki bapak dia. Kemudian, tak semena-mena...












*drum rolling lagi...*
*suspens ni!*








"Papa!!!! Nak dua menan! Nak dua menan! Please, papaaaaaaaaaaaaaaaaa! Belikan dua menaaaaan!!!!" laung si anak, merengek2 sambil memeluk kaki bapanya. Esakannya kuat tatkala meminta belas ikhsan bapanya (walaupun aku tak nampak pulak air mata dia). Bapanya menarik kaki, pandang2 orang sekeliling sambil senyum sumbing. Malulah tu! Lantas, mainan yang ditarik dari anaknya tadi diserahkan kembali kepada Mamak kaunter dan berkata "Errr... Saya beli dua-dua ni la..." (dengan tak rela hati).

Sekelip mata, si anak terus bangun, sapu2 badan, dan tersengih bahagia. Selamba je buat muka tak bersalah.
(Si Mamak pun turut tersengih, sebab dia yang untung!)


Siyes, ini mesti pengaruh dari TV. Selalu sangat duduk ngan Mama/Bibiknya tengok drama Melayu yang nangis2 tu, siap ikut cara para bini merayu laki diorang.


~ ~ Abang... Jangan tinggalkan Esah, bang... *sob sob* ~ ~


Budak tu memang berbakat! Bapak dia patut hantar anak dia pergi audition! Boleh bayar balik duit dua menan tu! Hahahaha

Monday, July 5, 2010

Awesome signboard

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
When there is a sign in the park saying "Do not walk on grass", it's always more tempting to break the rules and get a little steppie on the green carpet.

Why? Because they say you couldn't! Just out of curiosity, or a cute rebellion. And when the guards/garderner caught you, you can always say:

"I don't walk! I just step on it!

Those park suppose to have this kind of signs, and it would look more awesome!:


Sekarang, apa lagi kau nak kata?

Thursday, July 1, 2010

Teka-teki Cikgu Murni

best viewed in http: // redmelati .blogspot .com
**Aku tak tau la story ni dah berapa tahun usianya, tapi dalam 21 tahun usia aku, aku baru first time baca. Dan habis aku tergelak geli-geli hati all the way, sebab.................... Oh well, kalo korang baca, korang tahu la sebabnya! Selamat membaca, dan selamat bergelak geli-geli hati!**

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!". Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abuterus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega. Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

P/s2: Aku baca story ni, aku tergelak sebab: Aku jawab sama dengan Abu, okay! Otak aku sesuci kain putih lampin bayi sebelum digunakan tu, tau! (^^,)V